Friday, 12 October 2018

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia sarat dengan ilmu.

MashaAllah segala prosedur penting dinyatakan. Ikut sahaja tips juga berbekalkan keyakinan kepada Allah pasti berjaya. Dunia perniagaan memang dunia tawakal kepada Allah tinggi. Ia tidak sama seperti makan gaji.

Penulisan yang baik hingga terbayangkan keseronokkan membelai diri di SPA.cInshallah penulisan ini akan membantu ramai yang mahu membuka spa dengan keunikan tersendiri . Di doakan kejayaan buat Puan Hani lebih lagi bila niat membantu ramai lagi insan di dalam bidang yang sama.

InshaAllah.

Nota buat Emak

Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang  seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengambil berat urusan  keluarga. Selepas peninggalan bapa, Long meneruskan peranan sebagai anak namun lebih dekat sebagai teman dari hati. Di dalam adik beradik Long terkenal tegas seolah mengambil alih tugas bapa . Tegas  juga pada kebaikan.

Kisah kehidupan Felda yang penuh kasih sayang. Semua mengimpikan kasih sayang kekeluargaan yang sama seperti kisah ini . Namun cabarannya juga besar. Umpama semua tersandar di bahunya. Gembira emak gembiralah dia. Resah emak , resahlah dia.

Penulisan sangat menarik , menunjukkan bahawa didikan emak berjaya membentuk Long sebagai manusia berakhlak kepada ibubapa. Dengan itu sebagai anak sulong , Long dihormati kerana tauladan yang di tunjukkan.

Semoga Allah terus mengabulkan impian long untuk menunaikan Haji bersama bondanya. Aamiin.

Anakku perjalanan masih jauh

Airmata saya bergenang dan menitik. Tak tertahan hati seorang ibu.  Puan Ida Kamalia dan suami diberi keindahan oleh Allah dan kekuatan untuk santuni anakandanya.

Tak tertahan bila membaca hanya SATU sahaja yang berjaya menembusi ovum untuk disenyawakan. Pasti sungguh yang dipilih oleh Allah itu sangat berhikmah. Begitu setiap  cabaran manusia itu tidak sama. Apa yang diharapkan adalah kecekalan hati . Sejenak terfikir betapa kita belajar dari kehidupan manusia.

Begitu dengan membaca kisah insan lain menyebabkan kita menambah kesyukuran. Di doakan kasih sayang yang berlimpahan buat mereka. Di doakan Allah menghadiahkan kemudahan dalam menyantuni anak - anak Syurga dan kesihatan yang baik.

Penulisan yang sempurna semoga menjadi panduan buat yang mempunyai pengalaman yang sama.


Thursday, 11 October 2018

Bagaimana memulakan business tudung kecilan


Tuan Fadzilah kaya pengalaman. Adat berniaga ada pasang surut. Jiwa kena kuat. Saya teringat. Saya graduan Business Study tetapi mak dan abah tidak menyokong saya berniaga. Abah dengan perniagaan kimpalannya dan emak dengan berniaga gerai makanan. Pengalaman tidak semudah itu. Mereka ada alasan kukuh.

Penulisan Tuan Fadzilah sangat menarik , Gaya bahasa mudah dan menarik pembaca terutama yang mahu berjinak - jinak dalam dunia perniagaan. Saya terpaku pada penceritaan ini. Begitu gigih Tuan Fadzilah menjalankan amanah di bumi Allah ini . Perjuangan mencari rezeki yang tidak putus - putus.

Hampir semua telah di cuba. Kedai kecil , kedai besar, kios dari pelbagai lokasi. Kedai depan, kedai di belakang. Memang born to be an Entrepreneurs .Sangat berbeza dengan orang yang makan gaji sahaja.

Penulisan ini menggabungkan pakej lengkap dari bermula, penjenamaan, segmen pasaran hinggalah tips demi tips yang membantu pendatang baru dalam dunia perniagaan.Indahnya ilmu ini hingga memberi pahala berpanjangan kerana menjadi sumber pendapatan orang - orang yang memerlukannya.

Tahniah Tuan Fadzilah. Saya suka.

Bangkit Selepas Bercerai



Subhanallah, Allah SWT mencipta wanita sangat istimewa . Biar kelihatan lemah lembut pada fizikal namun mampu membawa kandungan selama 9 bulan dengan penuh kasih sayang. 

Begitu dalam menghadapi ujian hidup , Allah bekal dengan kekuatan untuk bangkit kembali. Tulisan Puan Begum sangat membuka minda bagaimana wanita usah larut dalam kekecewaan . Penulisan ebook sangat bermotivasi serta dapat membantu wanita untuk bangkit meneruskan hidup dengan lebih baik. Insan bangkit tidak sama . Ada yang cepat ada yang bertahun. Mungkin pengalaman yang dikongsi serta kata - kata motivasi mampu menjauhkan wanita dari lemas terlalu lama dalam pengalaman perceraian.

Barangkali asbab tulisan ini , insan yang bernama wanita dapat melihat perceraian dari sudut positif bahawa Allah SWT sedang menyayangi mereka dengan menghadiahkan kehidupan baru yang lebih baik. Tahniah Puan Begum kerana membuka persepsi bahawa menyayangi Allah lebih utama dari menyayangi makhluk.

Mudah - mudahan Allah SWT redha.

AMARAN

Amaran

1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem.
2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau Menjual
Ebook ini kepada pihak lain.
3. Sebarang tindakan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan
undang-undang.
4. Oleh itu hendaklah melaporkan kepada pihak admin sekiranya menerima ebook
ini tanpa melalui Nazliana Abu Naem atau mana-mana pengedar online yang
sah.
5. Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.
6. Bagi kalian yang mahu serta mengedar ebook ini boleh mendaftar dengan Nazliana Abu Naem.

Wednesday, 10 October 2018

BERSIHKAN HATIMU


Tenang datang dari hati yang di cuci bersih. Namun tidak semudah itu. Kata anakanda, "ibu tenang betul hidup ibu, adik belum lagi". MashaAllah , anak kecil pun tahu apa erti tenang.Selalu saya mahu menulis kisah ini namun selalu berhalangan . Barangkali Allah mahukan kisah yang ditulis itu ikhlas mahu mengurus hati. Bukan untuk membuka aib insan lain .Sungguh syurga itu mahal harganya dan didiami oleh insan yang hatinya bersih. Lalu di sinilah hikmah sebuah ujian .

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30 :

Antara ujian manusia termasuklah habluminannas iaitu hubungan dengan manusia. Ada satu hadith Rasulullah saw mafhumnya ;

"Tidak akan masuk Syurga orang yang menyakiti jirannya"Allahuakhbar. Ada ujian bersabit. Tidak boleh ego diri, menyata kau salah dan aku benar atau sebaliknya. Tidak boleh bermasam muka. Tersenyum sahaja jalan terbaik dan anggap ini semua ujian Allah SWT.

Sentiasa berkata dalam diri, pujuk hati; Allah mahu menegur. Adalah itu yang tidak betul tentang diri. Allahuakhbar !!

Saya kisahkan kucing jiran yang membuang najis di rumah. Jiran sebelah rumah  menambak tinggi lantai depan, lalu pasir berkumpul di depan rumah ketika hujan. Hasil bawaan hujan lebat.

Lalu di situlah menjadi habitat haiwan membuang najis. Saya mengeluarkan belanja hampir RM1000 untuk membuat lantai simen di bahagian depan pagar . Tak cukup itu kemudian, tempat letak kereta yang bersih pun menjadi tempat pembuangan najis juga. Ada juga hal jiran membuang sampah di sebelah pintu masuk. Lalu saya mengupah contractor membina sekatan setakat tinggi tong sampah. 

Tulisan ini di harapkan tidak mencerca jiran, tetapi memandang dari satu sudut bagaimana Allah SWT menghadirkan cara untuk meraikan jiran dan utamanya dalam penyucian jiwa.
Hati yang bersih pasti bahagia. Hati yang bersih adalah hati bawaan penghuni syurga. Sekiranya mahu menjaga hati dan menjadi ahli syurga maka bersabarlah dengan ujian ini . 

Boleh sahaja menurut kehendak hati mahu menunjuk kesombongan dan menurut nafsu amarah . Allahuakhbar . Nauzubillahimindzalik. Namun untuk apa ? Sedangkan bahagia yang kita cari di dunia apatah lagi bahagia di akhirat yang kekal abadi . Alhamdulillah urus hatimu dengan Alquran. InshaAllah mendapat redha Allah SWT. Amin Ya Mujib. 

DAKWAH FAHAM ALQURAN

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Pesta buku berlalu meninggalkan memori indah. Manusia itu dipertemukan dengan perancangan Allah SWT. Namun bertemu dan berpisah dengan asbab Al Quran membutirkan mutiara jernih di mata.

Merekalah yang selalu berpesan pesan pada kebaikan.Hari dan kali terakhir kami bertemu di KL. Alhamdulillah di rezekikan Allah SWT , dapat meraikan sahabat sahabat dari Jitra Kedah ini . (Lebih kurang 5 kali saya ke sana sepanjang seminggu PBAKL)

Begitu saya terkesan dengan kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu Faham Al Quran. Saban waktu, walau dalam lelah , mengagihkan buku wakaf Faham Al Quran sambil berpesan pesan menyebarkannya.

Suatu waktu maghrib kami berpisah. Hujan turun renyai renyai . Sayu hati, dari celah turunnya nikmat Allah SWT, melihat Umi Nadiyah berjalan kaki ke Hotel Wira seorang diri. Dari atas pedestarian, saya melihat langkah lemah pada fizikal namun kuat di hati. Lalu Allah SWT kurniakan satu hidayah buat saya merasa bahagianya melihat jatuh bangun beliau di dalam dakwah dan membawa bendera Al Quran.

Sungguh saya berbeza umur dengannya. Namun perbezaan yang besar tidak pernah melayakkan umi bersenang lenang di rumah. Apatah lagi beliau yang sudah punya tempat yang selesa di UUM.

Begitu manusia yang jiwanya tidak pernah pudar dalam kerja kerja dakwah. Sanggup melepaskan tenaga tersisa berulang alik ke PWTC  dalam misi Al Quran kerana bagi mereka dunia tempat bersusah payah.

Jika umi dengan ceritanya.  Ustazah Adawiyah pula di landa demam . Waktu muda yang tidak pernah di sia siakan. (Di mana waktu muda saya berlalu.) Subhanallah.
Begitu pun jua Puan Cahaya yang di kurniakan ujian demam berlarutan.

Kebaikan tidak bermakna tanpa disertai dengan usaha sungguh sungguh dan keikhlasan hati. Sungguh sesuatu ujian itu untuk mengangkat darjat hamba hambanya yang istimewa. Dan ketika itu sebenarnya, Allah SWT memberikan kerehatan pada keletihan itu, sementara.

Hilang lelah dan asbab bersabar pada kesakitan , datanglah semula kekuatan yang dibekal Allah pada langkah seterusnya. Subhanallah, nikmat Allah yang manakah kita hendak terlupakan.

Jauh di sudut hati yang paling dalam.Mereka sangat istimewa. Semoga Al Quran menjadi asbab kami bertemu di Syurga. Semoga mereka dikurniakan Syurga Firdaus tanpa hisab.

Amin Ya Allah.

Di rezekikan lagi bertemu Puan Roza dan Prof Kamil dengan membeli buku terbaru Amirul Budak Sudan. Indah melihat pasangan ini berkongsi hobi yang sama. Begitu melihat perjuangan Alquran Ustazah Solihah yang sentiasa dekat di hati. Sungguh . Mereka sangat istimewa. Saya terinspirasi. Begitu jalan dakwah itu sungguh meluas.

UJIAN DAN AL QURAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang mentakdirkan kesakitan namun memberi mudah dan ketenangan hati.Jauh dari rasa sakit terlampau.Semuanya dapat di tahan jauh sekali bersungut sakit..sakit..sakit....Ye ...Allah SWT beri ujian yang mampu kita tanggung.

Saat di khabarkan Doktor bahawa saya ada 2 pilihan sama ada Injection yang bertahan jangka masa pendek Atau pun Pembedahan, yang saya mahukan adalah Kesembuhan.Saya mahu berjalan jauh ke Masjid Nabi, mahu sujud lagi di Masjid Haram .saya mahu berwukuf di Arafah satu masa nanti dengan keizinan Allah SWT.

Saya memberanikan hati dan tunduk merenung lantai . Terlintas di dalam hati terlalu besarnya Rahmat dan Keampunan.Betapa sayang Allah SWT pada saya sehingga memberi Ujian ini.Sesungguhnya saya merasa tiada milik kita .Semua Allah SWT yang punya.

Saat mahu dipengsankan, saya sudah pun mengucap berkali2.saya mohon Andai tiada hayat selepas ini.ampunkan dosa saya.masukkan ke dalam syurga tanpa di hisab serta pelihara Ibubapa,suami , anak2 dan ahli keluarga lain di dunia dan akhirat.Saya redha menyerah diri kerana hanya kepada Allah SWT sebaik baik tempat kembali, saya redha kerana mahu tubuh saya mudah di rawat tanpa sebarang kesukaran dan tepat pada puncanya..saya redha kerana yakin hikmah kebaikan di sebalik Ujian dari Allah SWT.

Akhirnya kita bertemu lagi.Saya redha dan gembira di kelilingi sahabat2 terbaik termasuk anda.Alhamdulillah saya sihat2.Selama 2 tahun tidak pernah mc, Allah SWT memberi ruang saya berehat.Saya sedang membiasakan diri untuk bergerak kerana luka pembedahan.Fungsi pergerakan kita di kawal oleh tulang belakang maka kecederaan ini amat membataskan pergerakan.

Pengalaman bersolat duduk sedang saya rasai.Rukuk dan sujudnya lebih kurang sama.Jika lalai sudah pasti terlupa di rakaat berapa.rukuk kah sujud kah?semoga Allah SWT menerima kekurangan Ibadah.Allahuakhbar, Subhanallah , Alhamdulillah saya sedang melalui dan meninggalkan 2 perkara.

1.masa muda sebelum tua
2.masa sihat sebelum sakit

Semoga berhasil meraih kasih sayang Allah SWT lagi dan lagi...

PROGRAM HAFAZAN ALQURAN

Segala yang baik itu harus Bermula.

Mahu Alquran penuh di dada, Cita - Cita kita semua . Sahabat Quran Malaysia dengan kerjasama Sahabat Quran Indonesia akan bergabung bagi menyantuni anak - anak dan ibu ayah di Program Hafazan Intensif Amazing Camp Al Quran Cuti Sekolah 25 Nov - 08 Dec 2018 ini .


InshaAllah akan diadakan di Lembah Klang bersama - sama kita berjemaah dalam menghafaz Alquran sebagai satu kekuatan spiritual untuk kita dan anak - anak . Andai kita rasakan masa sudah terlewat , lihatlah Rasulullah saw menerima wahyu yang dihafaz ketika umur 40 an.

MashaAllah , program ini menggunakan Sistem Hafazan Turki Uthmani yang digunakan di seluruh dunia dan Palestin umpamanya dan telah melahirkan seramai 20 ribu hafiz dan hafizah dalam masa 40 hari secara sepenuh masa dengan izin Allah  SWT.


Untuk memulakan perjalanan Alquran penuh keindahan , kami sedang membuka penyertaan silakan menghubungi kami di Sahabat Quran Malaysia.


NOTA DARI HATI

Nota dari hati,

Allahuakhbar 😭

Masjid Nabawi yang ku tinggalkan 3 tahun lalu,  2014.

Saat melihat susuk bangunan dari dalam bas,  airmata sudah tidak dapat di tahan tahan.

Rindu Rasulullah  saw.😭😭

Begini rasa terbit dari hati setelah bergelar trainer Al Quran.  Begitu Allah hadirkan rasa kerana mukjizat Al Quran hadiah kepada Rasulullah dan umatnya.

.

Saat niat raikan ibubapa. Alhamdulillah hotel di pilih yang dekat.  Bonda dan ayahanda tidak kuat lagi. Umrah pertama,  hotel agak jauh terpaksa membuat L turn untuk ke ruang muslimat. Bonda lesu.

Alhamdulillah kali ini,  dari hotel terus ke pintu 15 dekat dengan pintu muslimat.  Syukur.

"Wahai Allah pelihara dan kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak dari kecil.

Wahai Allah di hujung usia mereka,  permudahkan ibadah mereka".

.

Bersolat di Masjid Nabi ganjaran 1000 pahala lebih dari 27 pahala jemaah. (1000*27). Ia kiraan Allah SWT namun kiraan manusia umpama bersolat 1500 tahun dengan bersolat 4 jam di masjid.

Sangat perlu mujahadah sungguh sungguh. Perlu banyak berjalan jauh dan  keluar awal.  Jika lewat hanya bersolat di luar.

Seawal pagi berduyun jemaah turun datanglah untuk solat tahajud,solat taubat dan membaca Al Quran.

Al Isro'

79. "Dan pada sebahagian malam hari, kerjakanlah sholat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Robb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" .

QS. Ali 'Imran

113".... , mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat)".

Ada yang memilih bersolat di carpet luar awal awal biar pun masih banyak ruang kosong di dalam.

Namun sayang, mengapa jauh datang dengan pakej mahal tetapi tidak meraikan bersolat  di dalam masjid.

.

Tong Air zam zam berderetan. Saya mencari yang tidak sejuk namun tidak berjumpa.  Rupanya cuaca sejuk lalu airnya sejuk kerana cuaca bukan kerana ais.

Minum dan berdoalah dengan bacaan sunnah Rasulullah saw.

"Allahumma inni as-aluka ‘ilman naafi’a wa rizqon waasi’an wa syifa’an min kulli daa-in/"

(Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit)

Mengambil ibrah, Hajar di tinggalkan bersama Nabi Ismail tanpa sebarang bekal. Lalu Allah Swt hadiahkan air zam zam di bawah kaki Nabi Ismail.

Syukur kesempatan yang tidak mahu di akhiri.

Allahumma solli ala Muhammad. 💚💚NOTa

HATI DI PUNCAK UHUD

Bismillah,

Allahuakhbar,

Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.

Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.

Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.

Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².

Kata Bonda,  nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".

Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.

Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.

Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.

Insan sangat kerdil,  Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.

Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.

Ia umpama sahabat saling menyokong,  sampai di satu tahap,  tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.

Sambil berehat, muhasabah diri,  bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.

Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah,  apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan. 😥

Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.

Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula,  apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang  segigih Cinta Sayidatina Khadijah.

Saya merasai kasih sayang Allah.  PertolonganNya sentiasa dekat. 😭😭

Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.

Allahuakhbar!

Saat menuruni Jabal Nur,  benteng -  benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh -  sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.

Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah,  nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah,  ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.

Berjaya sampai di bawah,  umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.

Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.

"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.

Allahuakhbar!

Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama -  sama mendapat pelajaran.

Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati.  Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata,  perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.

Allahumma solli ala Muhammad. 💚💚

LAGI SYURGA NERAKA

Bismillah.

Membicarakan Surah An-Naba, ayat 23:

لَّابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا

Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Surah Al-Kahf, ayat 60:

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

Nota : Neraka Jahanam tempat kembali yang paling buruk.

PALING buruk! ( paling maksudnya buruk sangat sangat ! )

Hukuba dalam surah Al Kahfi dalam Tafsir Ibnu Kasir maksudnya 80 puluh tahun.

Allahuahbar bukan 80 tahun sahaja tetapi 80 berkali kali.

Lalu Ahkaba dalam surah Naba bermaksud lama yang mencapai 80 tahun.

Allahuakhbar, saya pesan kepada diri bahawa hukuman ini sangat azab. Bayangkan 1% api di dunia yang begitu panas sekali. Mampu membakar seluruh isi alam.

Saya pesan pada diri janganlah sekali kali berkata " takpelah masuk Neraka akhirnya akan masuk Syurga"

"Takpelah buat dosa Allahu SWT Maha Pengampun".

 Nauzubillahimin dzalik

Subhanallah hari ini di beri kesempatan masih bernafas. Lalu tekad mahu terus menjadi ahli Syurga yang di penuhi dengan keindahan.

Bukan Nikmat prasarana sahaja, tetapi nikmat hati bersih, nikmat berakhlak mulia.

Subhanallah. Pesan ustaz , Mengajar dan Mendidik itu berbeza.

Mengajar adalah menurunkan ilmu tetapi mendidik itu membawa maksud lebih dalam kerana membawa mesej  tersebut di dalam diri dahulu.

Satu tugas berat namun kita mohon dipermudahkan serta di beri segala ruang memperbaiki diri demi mahu meraih nikmat Syurga . Jauh dari Neraka , seburuk buruk tempat kembali.

Allahu Taala. Aklam

#notaQuranNazliana

Alquran, Syurga dan Neraka

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Semalam di beri kesempatan hadir Taman Syurga bersama Prof Kamil dan Puan Raudzah.

Subhanallah. Siapa yang tidak sedih mendengarkan masa kita di alam kubur nanti dan dengan siapa kita masuk syurga?😭😭😭

Prof membuka perspektif 'masa yang subjektif' untuk kita memikirkan konsep bila kita akan mati. Dan apakah persediaan penting ke arah itu.

Antara point penting adalah:

💎Masuk syurga tanpa hisab
💎Dalam kubur sekejap
💎Masuk syurga bersama orang-orang di sayangi
💎 lupa😭(siapa boleh ingat satu lagi point)

Perlu lakukan ;
~Solat berjemaah
~Solat malam
~Membaca Al Quran (baca terjemahan, baca Quran, baca terjemahan.Buat 1 muka surat, setengah muka surat pun takpe.)
~Solat dhuha
~Puasa sunat
~Menjaga hati

Lebih indah bertemu dengan wanita syurga Puan Raudzah.

Niat menunaikan haji usia muda dirai dengan doa -doa dan tangisan malam hari untuk melembutkan hati suami yang belum bersedia ketika itu.

Bukan setahun tetapi bertahun -tahun.

Subhanallah alhamdulillah allahuakhbar.

Ternyata Allah swt memperkenan.😭

Pesanan buat diri : Berapa kerap dan gigih  berdoa untuk suami?😭😭😭😭.

NIKMAT

Bismillah,

Pesan Allah SWT pagi ini buat saya.

Nikmat-nikmat daripada Allah SWT kepada hamba-hambaNya sangatlah banyak tak terhitung.

An Nahl :80

“Dan Allah menjadikan rumah-rumah kamu sebagai tempat tinggal bagimu.

Dan Dia menjadikan bagi kamu rumah-rumah (khemah-khemah) daripada kulit binatang ternak yang kamu berasa ringan (membawa)nya pada waktu kamu berjalan

dan pada waktu kamu bermukim. Dan (dijadikan-Nya pula) daripada bulu biri-biri, bulu unta dan bulu kambing, peralatan rumahtangga dan perhiasan (yang kamu pakai) sampai waktu (tertentu)".

Subhanallah,

Allah SWT menyebutkan kesempurnaan nikmat-nikmat-Nya yang telah dianugerahkan kepada kita.

Dia beri kita tempat berlindung.

Zaman kita lebih baik. Tidak duduk di khemah - khemah. Masihkah kita mahu sia-siakan segala kasih sayang Allah SWT.

Allahuakhbar,
Kita hanya memberi masa kepada solat untuk Allah SWT hanya setelah kita letih.

Kita mengabaikan kebaikan dan melakukannya hanya ketika kita di tarik nikmat sihat dan nikmat lapang.

Moga - moga hati kita sentiasa hidup, mata sentiasa terbuka melihat dengan segala nikmat yang kita terima dari Allah SWT.

Allahul mustaan.
Allahumma solli ala Muhammad 💚 💚

KENAPA FAHAM BEST

Faham Alquran sangat seronok kerana ada kata - kata yang memujuk kita . Misalnya apabila kita lelah dalam kesibukan dunia, namun gagah jua melawan segala keperluan nafsu syahwat untuk berbuat kebaikan dan mengikut syariat agama, maka ayat berikut seolah memujuk,

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya". 
(Al ankabut : 69)

Ayat ini di fahami pada lapisan pertama sahaja , namun ianya sangat jelas memujuk. Menyebabkan kita mahu pergi ke lapisan kedua iaitu tadabbur.

Pada jalan kebaikan pula penuh dengan ujian , Allah memujuk hingga rasa seronok dan kuat mahu meneruskan.

"Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Itulah kemenangan yang besar".
(At taubah : 89)

Membacanya membuatkan kita terasa sangat indah berada di dalam Syurga menyebabkan kita sanggup bersusah payah kerana mahu menjadi ahli Syurga. Apa pun halangan dan cabarannya perlahan - lahan kita lalui dengan mengambil jalan Alquran tunjukkan seperti ayat berikut ;
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al baqarah: 153)

MashaAllah beruntunglah orang yang berdamping dengan Alquran. Moga - moga kita termasuk dalam golongan Ahlul Quran. Amin.

APA ADA PADA ALQURAN

Alquran diturunkan dari Allah ke Lauh Mahfuz dan kemudian ia turun pula di langit dunia iaitu Baitul Izzah secara sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Kemudiannya di turunkan secara mutawatir iatu sebahagian demi bahagian kepada Rasulullah saw.

Banyak pendapat untuk perbincangan lebih dalam yang layak dikupas oleh hanya yang arif dalam bidangnya.

Di dalam Alquran ada pelbagai perkara seperti kisah Nabi dan Rasul, segala hukum hakam iaitu syariat Allah dan panduan hidup manusia sepanjang hayat.

Apabila Allah ceritakan kebaikan Allah juga akan ceritakan kejahatan supaya tidak terlihat sebahagian sahaja. Apabila Allah berkata tentang Syurga Allah juga bercerita tentang Neraka agar manusia tidak mengambil kesempatan di atas kasih sayang dan rahmat Allah hingga menunda - nunda kebaikan . Allah tidak hanya berkata soal neraka sahaja supaya tidak terlihat kezaliman sedangkan manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.

Dalam Alquran ada 30 juzuk yang mempunyai 114 surah . Alquran mengandungi 6236 dan terdapatnya perbahasan ulama tentang bilangan ini .

Subhanallah menyelami ayat demi ayat yang terlalu banyaknya membuatkan kita leka dengan kasih sayang Allah . Mudah - mudahan kita dapat menguasainya. InshaAllah  

Tuesday, 9 October 2018

TIPS UNTUK KUSYUK SOLAT

Kusyuk solat adalah dengan menghadirkan hati dalam solat serta fizikal turut terlihat bersama - sama dalam usaha kusyuk itu. Ada lagi satu yang membantu kusyuk iaitu bagaimana minda kita dapat di rehatkan sementara kita bersolat dalam erti kata tidak berfikir - fikir di dalam solat itu.

Usaha untuk kusyuk solat ini mengambil masa dan perlu jihad sungguh - sungguh . Solat 5 minit itu usahanya adalah dengan bagaimana kita mengingati Allah SWT selain masa solat itu . Maksudnya sekiranya selain dari masa solat itu, andai sentiasa mengingati Allah dan menjaga diri dari berbuat dosa maka ia sangat membantu mendapatkan kusyuk. Namun sekiranya tidak maka usaha harus lebih lagi.

Ada pelbagai peringkat lain juga iaitu apa yang dilakukan sebelum solat. Sebelum solat kita haruslah menyediakan masa untuk merehatkan minda kita. Berikut saya kongsikan turutannya.

Masa azan berdoa "Ya Allah bantulah saya jauhkan dari kerja - kerja dunia"

Semasa berwuduq minta dengan Allah "Ya Allah berilah saya kusyuk ".

Kemudian ambil Al quran dan baca dengan Tajwid. Beristighfar dan betulkan niat baru Solat.

InshaAllah usaha ini perlu berterusan di samping menjaga Taqwa di luar solat.

Allahul mustaan .


Monday, 8 October 2018

FAHAM DAN BERTINDAK

Bertindak adalah taufik ,

 "….. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)".
(Al-baqarah : 213)


Kata guru saya, saya terlebih hidayah namun kurang Taufiq. Maka Taufiq adalah bagaimana kita bertindak hasil dari hidayah Allah buat saya dan kita semua, Apa yang di ajar dari kelas - kelas, seminar itu adalah hidayah dari Allah SWT .


Jadi Taufiq adalah tindakan beramal itu . Sebelum ini ada saya kisahkan bagaimana untuk elak dari gangguan Syaitan adalah dengan ilmu itu masuk ke lapisan hati Lubd. Ilmu masuk ke lapisan hati paling dalam ini apabila di amal dengan pancaindera melihat , menulis dan berkata dan semuanya dilakukan dengan penghayatan iaitu emosi. 


Inilah dia Taufiq. Iaitu jelas dengan beramal. Kadangkala kita diletihkan dengan kesibukan kelalaian. Maka letih. Letih itu kalau di sebabkan terlalu bekerja maka wajib berehat. Namun bila terus bermalasan ketika itu kita sedang memilih untuk bersama dengan syaitan maka teruslah berzikir , beristighfar sehingga zikir dn istighfar itu mampu membuatkan kita bangun dan bertindak.

Adalah yang mahu ditekankan adalah bagaimana zikir - zikir itu dan istighfar itu mampu menggerakkan diri kita untuk beramal. Berikut adalah langkah - langkah cadangan .

1- Selalu berzikir dengan mengosongkan fikiran dahulu iaitu dengan cara bernafas, tahan nafas dan hembus. Tahan nafas itu akan menyebabkan parietal lobe di otak yang sibuk , direhatkan dan ia akan menukar diri kita kepada mood motivasi.


2- Selalu membaca Alquran dengan misi cuci hati . Mohon pada Allah " Ya Allah hadiahkan saya untuk dapat cuci hati dengan membaca Alquran ini .InshaAllah dengan hati yang bersih , ilmu menjadi ilmu bermanfaat iaitu bila dengan ilmu itu kita mampu beramal.

3-Beri masa beberapa hati untuk amal zikir dengan sungguh - sungguh mengikut emosi kita pada waktu itu .Contoh waktu itu bersyukur anak berjaya peperiksaan maka di ucap Alhamdulillah. Di cari fadilat Alhamdulillah , berdoa pada Allah agar dengan Alhamdulillah menjemput Rahmat Allah yang lebih banyak dalam keluarga dan sebagainya.

Alhamdulillah dengan kita membaca dan inshaAllah beramal dengan tips ini pun adalah Allah juga yang memberi Taufiq. 


Allahul mustaan .



 


CARA TADABBUR

Alhamdulillah telah di jelaskan bagaimana memahami Alquran dengan jalan Tadabbur

Antara cara saya belajar Alquran adalah dengan ;

1-buka youtube, dengar bacaan Qari.  Saya suka 'tadabburdaily' kerana terjemahannya berbeza dengan musyaf.  Musyaf Wajib masih kena buka kerana nak tulis,  garis dan sebagainya.  Bahasanya telah dimudah fahami dengan bahasa melayu gaya bercakap.

2-tadabbur dengan youtube.  saya suka Al fadhil Ustaz Abdul Muein kerana tepat kena pada diri sendiri.

Teruskan dengan belajar Alquran secara serius kerana segala usaha untuk perbaiki diri, membersihkan hati,  menjaga dan mengubati dari pelbagai masalah adalah dengan ilmu Allah dari Alquran dan diperelokkan dengan Sunnah. 💕

Sebelum buka Talk to Allah "Ya Allah tunjukkan saya apa yang saya dapat belajar dari video ini". InshaAllah nanti Allah SWT guide.

Moga Allah bantu. Allahumma solli ala Muhammad.

KUSYUK SOLAT SIRI 3

Lagi ilmu kusyuk solat dari Kelas bersama Ustaz Muein. Saya seronok dengan ustaz ini kerana ilmu yang di bawa adalah ilmu Sunnah.  Sungguh Allah menghantar kita di dunia sebagai khalifah dan dibekalkan ilmu buat kita sebagai persediaan akhirnya pula sebagai bekal sebelum pulang ke akhirat lebih kekal.

Part 3

Bismillah.

‎‫إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ به مِن‬ ‫شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا‬ ‫مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ‬ أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه‬.

‎السلام عليكم ورحمة الله

🌳Kusyuk solat itu ilmu yang bermanfaat dan ia termasuk dalam amal soleh.

Dalam bahasa arabnya adalah

الخشوع kusyuk
فيdalam
الصلاهsolat

🌿Kusyuk solat juga adalah merupakan amalan soleh. Maka janganlah kita memandang remeh akan urusan tersebut.

🌿Solat yang betul sebenarnya akan mencegah kemungkaran.

🌳Antara sebab kita tidak kusyuk dalam solat : adalah apabila kita tidak amalkan ilmu yang di pelajari.

🌿Apabila ilmu yang kita ada
tidak di amalkan , kusyuk tidak akan di capai; Kemudian akhirnya doa pun tidak mustajab.

🌾Surah Al-Isra, ayat 107:🌾

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu):"Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka,mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

☝Ayat di atas menunjukkan sifat orang yang berilmu .

🌿Dari ayat di atas; Ilmu bermanfaat, ia akan memberi kesan tindakan  iaitu mereka terus *tersungkur sujud*. Mereka iaitu orang yang berilmu bukan sahaja tersungkur sujud tetapi mereka juga *semakin yakin dengan janji Allah SWT.*

Iaitu di dalam:

🌾Surah Al-Isra, ayat 108:🌾

وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "

Ini tanda yakin. Dan kesan seterusnya, mereka terus *tersungkur dan menangis;*
Sebenarnya tangisan adalah kusyuk.

Seperti dinyatakan dalam ayat berikut ini :

🌾Surah Al-Isra, ayat 109:🌾

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

_Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk._

🌿Daripada mana dia mendapat kusyuk?

Ialah dari ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat tentulah ada kesan dalam kehidupan.

🌾Surah Al Anfal :🌾
_Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila di sebut nama Allah hatinya gementar dan apabila dia di baca ayat2 Allah imannya bertambah._

🌿Kenapa hatinya gementar?  Sebab dia berilmu. Orang yang berilmu dia kenal Allah. Dia kenal Allah sebab berilmu.

Apabila disebut dalam Al Quran, *Innama* maksudnya hanyalah pasti. Pasti ini sahaja sifat orang beriman. Jika tiada sifat ini maka tidak berimanlah dia.

🌿 Apabila di baca ayat ayat Allah . Imannya bertambah.
Kita baca Quran hati tak gementar. Iman tak bertambah maknanya kita belum beriman. Dengar ayat Allah kita tak rasa apa - apa tetapi tengok drama nangis.

🌳Dalam contoh lain seperti ayat berikut.

🌾Surah Az-Zumar, ayat 9:🌾

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

_"Apakah sama orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna._

🌿Orang berilmu dalam ayat ini adalah yang bangun malam. Ilmu menghasilkan amal soleh. Ilmu menghasilkan solat kusyuk. Orang yang tidak solat malam adalah orang yang tidak berilmu kerana dalam hadith nabi kata kemuliaan orang yang  beriman adalah bangun malam. Solat malam adalah kebiasaan orang soleh.

🌿Kusyuk dalam solat berpunca dari ilmu. Salah saru tanda kusyuk adalah dia solat malam.

🌳Satu tanda aras untuk kita mengenal diri kita.

1-Takut dan mengharap.Ciri orang beriman. Dia takut dan berharap.

🌿Orang yang bangun malam sebab dia rasa solatnya tidak cukup. Nilai rahmat Allah terlalu besar.

🌿Adakah kita ini mencukupi syarat untuk masuk syurga seperti tersebut.

🌾Surah Adh-Dhariyat, ayat 15:🌾
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

_Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya._

🌿Siapa orang yang bertaqwa.Orang bertakwa adalah yang solat awal waktu, tak ambil hak orang dan sebagainya.

🌿Kenapa mata air. Sebab manusia suka air.

🌾Ayat 16:🌾
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

_(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan._

🌳Siapa muhsinin ?

🌾ayat 17:🌾
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

🌳Kenapa dia layak masuk syurga ?

Sebab dia muhsinin.

🌳Apa sikap orang muhsinin? Adalah dia sedikit tidur dan dia bangun malam. Lepas tahajud dia bersyukur dan minta ampun.

*Muhasabah*
🚫Orang yang bangun malam solat lama, masih minta ampun. Yang tak bangun malam lebih lagi kena minta ampun.Kemudian istighfar tak masa bangun subuh.Yang istighfar bangun subuh esoknya bangun malam lagi tak?

🚫Nak tolak setengah jam kepada tuhan yang  bagi umur panjang pun susah kita nak buat?

🚫Beza orang berilmu; semakin berilmu semakin bangun malam semakin takut. Orang tak berilmu terlepas bangun malam semakin tak rasa apa apa.

🚫Asas kepada kusyuk adalah berilmu .Maka pergilah belajar. Yang lebih penting belajarlah tadabbur.Bila semakin kenal tuhan semakin takut Allah. dan rajin bangun malam.

🌳Maka antara doa yang boleh kita hafaz dan amalkan  adalah seperti berikut.

🌷 *Do’a Berlindung Dari Ilmu yang tidak bermanfaat, Hati yang tidak Khusyu’, Jiwa yang tidak pernah puas dan Do’a yang tidak terkabul.* 🌷

اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسِ لاَ تَـشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يَسْـتَجَابُ لَهَا

Ertinya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”

Penjelasan :

Do’a ini bersumber dari hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : 4899, Abu Dawud : 1324. An Nasaiy : 3572, Ibu Majah : 3827, Ahmad : 8132,

Alhamdulillah.  InshaAllah kita bersambung dengan Fadhilat solat khusyuk.InshaAllah.

Semoga bermanfaat buat sahabat semua.

ISTIGHFAR DALAM ALQURAN

Pesan buat saya; ubat segala penyakit hati dan penyakit fizikal sekali pun adalah Istighfar.

Bismillah,

“Mohonlah ampun kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Muzammil: 20)

”Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Sesungguhnya ubat segala dosa ialah Istighfar.” (Riwayat Alhakim)

"dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)" (Q.S. Al Anfal : 33)

Suasana akhir zaman ini, mudahnya kita berpenyakit hati, hingga kadangkala terbit pula dari perbuatan mulut, tangan dan kaki serta pandangan.

Allahuakbar yang dengannya mengundang pemikiran negatif dan hasilnya pastilah energi negatif juga  lalu manusia sakit fizikal.

Ada dan ramai manusia dengan  segala sakit seperti jantung, kanser dan sebagainya di sebabkan oleh tekanan sekeliling. Tenang tidak terhasil dalam aktiviti kehidupan mereka.

Apa ubatnya?
Istighfar kerana dengan memohon keampunan kepada Allah,  inshaAllah akan datang Tenang.

Apalagi?  Ialah Alquran yang di praktikkan dalam kehidupan. Di baca (tilawah), di fahami,  di tadabbur,  di amal dan di hafaz dengan sungguh - sungguh.

Apakah kesannya?
Jauh dari azab. Pesan buat saya lihatlah bahawa segala penyakit itu,  sudahlah di dunia berdukacita lebih lagi di akhirat.

Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.

Namun lihatlah sakit dari kacamata Rahmat dan Kasih sayang Allah maka di turunkan Alquran buat kita. Dihantar ingatan yang bukan kita mengalaminya secara direct. Dan akhirnya Allah beri reminder lagi.

أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرآنَ

Maka apakah mereka tidak tadabbur Al Quran!

Allah beri teguran: tidakkah mereka tadabbur Qur’an? Adakah mereka tidak tadabbur Qur’an itu sampai mereka kena laknat?

Allahuakhbar.

Untuk kita bertindak.  Sudah banyak saranan. Mohon pada Allah untuk Increase Taufiq. Iaitu tindakan.

Allahul mustaan.

Sunday, 7 October 2018

KUSYUK SOLAT SIRI 2

Alhamdulillah . Lepas pergi siri satu,  saya pergi pula siri 2. Harapan kusyuk masih ada.

Pagi ini kita sambung Kusyuk Solat

Part 2

Baik kita mulakan kuliah hari ini.

‎‫إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ به مِن‬ ‫شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا‬ ‫مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ‬ أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه‬.

‎السلام عليكم ورحمة الله

*Pembahagian Kusyuk*

🌳Ia terbahagi kepada 2

🔺kusyuk Iman
🔺kusyuk munafik

🚫Kusyuk munafiq yang ingin kita jauhi.

Iaitu;

Solat yang kelihatan nampak kusyuk tetapi hati melayang entah ke mana.

🌳Kata Saidina Umar ~Kusyuk bukan tunduk tetapi di dalam hati.

🌳Kata Huzaifah~ Badan fizikal kusyuk tetapi hati tak kusyuk.

Beliau menegur seorang lelaki yang tunduk.

Kata Huzaifah lagi ~

🔹Pertama hilang dari agama kamu adalah kusyuk;

🔹Dan yang kedua akan hilang adalah Solat dan hampir hampir  kamu masuk masjid tanpa ada seorang pun yang kusyuk.

🔹Dia berkata begitu pada bila? Pada zamannya ketika itu.

🔹Bagaimana pula pada zaman sekarang. Apakah maksud kata kata Huzaifah ini❓

#Sebagai renungan dan tindakan.

Semua kemungkaran bermula dari :

🔹 Solat yang tidak kusyuk.

Apabila tak kusyuk solat ;
Maka solat tak seronok.

🔹Tak mustahil manusia akan meninggalkan solat.

🔹Lalu mula solat lambat lambat dan akan tinggalkan solat.

🔹Apabila tinggal solat pula. Manusia tidak merasa apa apa kesalahan dan ia menjadi perkara biasa.

🔹Maka jawapan kepada hilang Agama tadi adalah :

🔹Bila tidak solat maka tiadalah agama bagi manusia.

Nota Part 1, scroll di wall saya.

Alhamdulillah .diberi izin Allah SWT untuk saya sharing harini.

Semoga bermanfaat buat sahabat semua.

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr.
#mohon teguran jika ada kesilapan.
#notaSolat

NOTA KUSYUK SOLAT 1

Alhamdulillah guru saya Ustaz Muein penyampaian best sekali. Begini kuliahnya.

Kita bertemu dalam siri 1.

Ilmu kusyuk solat.

Baik pertamanya kita nak kenal apakah itu kusyuk?

🌱Kusyuk dari segi bahasa bermaksud :

Tunduk dan tenang

Dari Surah Al-Qalam, Ayat 43 :

Sambil pandangan mereka #tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Surah Taha, ayat 108 :

Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan #diam #khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Dalam ayat ke 2, di bayangkan suasana di padang mahsyar di mana manusia semua diam tanpa mengeluarkan suara. Kenapa?

Kerana gerunnya kita semua pada waktu itu.

🌱Kusyuk juga bermaksud Diam.

Namun : Apabila manusia diam ketika solat, tidak bermakna dia kusyuk.

Dan apabila dia bergerak tak bermaksud dia tak kusyuk.

✔Baik kita dah tahu maksud kusyuk dari segi bahasa.

🌱Dari segi istilah Kusyuk maksudnya #tunduk kepada kebenaran.

Satu perkara yang paling penting untuk kita tahu bahawa apabila kita tunduk kepada perintah Allah SWT,

Barulah kita akan tenang.

Dan hanya apabila tenang , baru kita boleh mencapai kusyuk.

Apabila mata/telinga/seluruh perbuatan semua selari dengan Allah SWT maka ;

dapatlah kita mencapai kusyuk.

🚫tak mungkin kita kusyuk 10 minit ,
jika seluruh waktu tak selari dengan Allah SWT.

Macamana nak kusyuk solat jika selepas solat kita dedah aurat.

Ustaz memberi beberapa contoh.

⚡Apabila kita bercakap, kita bercakap tanpa berfikir.

kemudian solat Zuhur kita mahu kusyuk. Mustahil !

⚡Kita tak baca Al Quran dan tak rasa kebesaran Allah SWT .

mana mungkin kita kusyuk di dalam solat.

🌱Kusyuk juga adalah #takut berterusan di dalam hati.

Apabila di ingatkan akan kesalahan terus dia menerima teguran.

Bila takut pada Allah dan buat kesilapan, terus dia bertaubat.

🌱Dan kusyuk itu tempatnya di hati.
Dan;
Kesannya merebak kepada fizikal.

Bayangkan ada kisah insan yang terpaksa di potong kakinya takut merebak penyakitnya.

Beliau seorang yang waraq, tidak mahu minum ubat yang mengandungi bahan terlarang. Hingga sebabkan beliau hilang kewarasan.

Lalu beliau memilih untuk di potong kaki itu ketika beliau solat.

Sungguh tinggi kusyuk insan tersebut.

Kata Ibnu Abbas ~Solat itu di beri pahala setakat Faham dan Kusyuk.
Allahuakhbar

Alhamdulillah.Kita dah memahami maksud kusyuk dari segi istilah dan bahasa.💚

Kita tutup dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr.

InshaAllah nanti bila free kita sambung bahagian

2-kata Huzaifah
3-kusyuk dalam solat adalah ilmu bermanfaat dan amalan yang soleh
4-fadilat kusyuk
5-hukum kusyuk.

Allahu taala aklam.

HATI BAIK!

Kisah sahabat yang berhati baik. Ia diurus oleh Alquran. Mereka ini pasti kuat bercinta dengan Alquran.

2 dan 3 hari ni saya belajar bahawa hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Alhamdulillah hari ini Allah SWT hadiahkan rasa indah itu di Wisma Nur Kasih.

Kisahnya begini.

Sahabat Fb saya punyai sebuah boutique, menjual pakaian siap dan ada cafe jual laksa mee. Allahuakbar rupanya yang diusahakan adalah satu usaha murni menyara anak yatim. Sedangkan beliau hanya  seorang jururawat namun berjiwa ummah.

Sahabat Fb yang kedua seorang ibu dan isteri yang tabah. Menjaga suami yang sakit dan tidak bekerja, beliau berjual jajan untuk anak anak sekolah.  Itulah usaha menyara keluarga.  Membeli Alquran hasil kumpul duit.

Gambar saya pula bersama Hajah Mariam.  Beliau adalah seorang ibu berjiwa besar membesarkan anak -  anak asnaf.

Allahuakhbar, sebahagiannya adalah anak - anak yang mengalami pengalaman ibubapa bercerai.

Bagi menyara seramai 50 orang anak anak asnaf (hanya 10 anak - anak yang dibayar yuran),  Pertubuhan Nur Kasih membuka bakeri dan dobi. Tadinya Program Khatam Al Quran dan Kursus Umrah kami dihadiahkan goodie beg donut comel.

Saya pasti mereka orang - orang hebat yang di datangkan dengan pakej ahli Syurga.  MashaAllah.

Andai menyelami kisah - kisah ini. Ada dua perkara dalam fikiran. Pertama,  apa lagi yang kita mahukan. Nikmat Allah terlalu luas buat kita. Kesihatan dan kasih sayang penuh dalam jiwa hingga dapat merasa kekurangan orang lain.

Perkara kedua. Betapa kita sibuk kelam kabut untuk diri sendiri,  ada orang berkongsi nikmat,  mengurangi keperluan diri untuk kepentingan orang lain. Saya?  Kita? 😢

Mudah - mudah Allah tetapkan dan lorongkan hati kita terus pada jalan kebaikan,  saling bantu membantu. Subhanallah setiap hari pasti Allah jumpakan dengan pelbagai sudut kehidupan yang mendidik jiwa.

Hanya pada yang melihat dari pandangan mata hati.

Tahniah team Amazing. Terus memberi dan bahagia pada jalan Alquran dengan meraikan Sahabat Quran Malaysia dan Amazing Umrah.

InshaAllah.

Moga Allah redha.  Allahul mustaan.

Allahumma solli ala Muhammad

Saturday, 6 October 2018

REZEKI DALAM Al QURAN

Subhanallah , ilmu Allah SWT tentang rezeki pagi ini.

Ayat berikut significant dengan keyakinan bahawa rezeki telah tertulis buat kita semua.

Surah Az Zaariyat ayat 22 :

Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.

Pesan buat hati ;

bahawa rezeki itu bukan dari Bank tempat bekerja tetapi rezeki dari Allah SWT di dalam pelbagai cara.

Buat saya,  harus Yakin pada Asas ini.

3 cara rezeki di tetapkan iaitu  :

1-Tertulis di Lauh Mahfuz,
2-Tertulis sejak manusia dalam kandungan 4 bulan dan
3- Rezeki di tetapkan ketika malam Lailatul Qadar.

Allah SWT pesan rezeki manusia ada di langit.

Mana tau?

Tu kat ayat atas tu . "Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu"

dan "Dia tidak pernah memungkiri janji".

Lalu saya bertanya di hati; bagaimana agaknya Allah SWT mahu menurunkan rezeki kepada kita?

Jawapannya saya temui di dalam ayat seterusnya surah Al Araf.

Surah Al Araf ayat 96

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa,

pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,

tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu,

maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

~•~

Subhanallah !

Allah beri jaminan kalau insan beriman.

Beriman tu dalam ertikata Yakin percaya  ?
Percaya tak bahawa ada rezeki di langit untuk insan  .

Dan kalau percaya dan yakin perlu tak risau sangat lepas resign ada rezekinya, makan tak saya?

Jika tak risau. Ok saya memang beriman.

Jika ada yang bertanya bagaimana dengan usaha?

Usaha termasuklah  di dalam ciri ciri orang bertaqwa.

Allah perintah kita usaha tak?
Ye Allah perintah.

Alhamdulillah.

Termasuk dalam ciri - ciri Taqwa iaitu buat apa yang di Allah SWT perintahkan .

Jadi jika menepati 2 syarat di atas

1-Beriman

2-Taqwa

"Kami akan limpahkan rezeki "

Allahuakhbar!

2 ayat ini Subhanallah sudah cukup membuktikan kenyataan rezeki sudah tertulis.

Saya merenung dalam dalam .

Bila saya mahu rezeki , saya usaha beriman sungguh - sungguh . (Jatuh Iman,  bangun balik perkara biasa bagi Insan).

Tanpa sedar rupanya Allah SWT mahu terbaik buat diri.

Tanpa di sedari diri terus berjalan ke arah Allah SWT dengan tempo berbeza namun Pasti.

Segala tindak tanduk di perbaiki bukan saya terbaik tetapi sama - sama juga mengajak sahabat sahabat . Ramai sahabat juga ke arah itu. Saya kagum!

Akhirat nampak terang dunia makin samar samar.

Sahabat sahabat yang mencari rezeki di luar sana ; berniat mahu mengakhiri zaman bekerja.
Ada tips dari saya :

1- Niat dalam hati sungguh - sungguh. Mahu berubah karier  kerana Allah SWT
(InshaAllah Allah SWT lorong ).

2-Doa doa doa
(Saya doa mohon 'kerja' yang dekatkan diri pada Allah SWT). Allah SWT sudah tunjuk jalan.

3-Pada yang berminat nak sama - sama belajar, Niat belajar untuk mengajar. Allah SWT beri sedikit kemahiran dan beri kekuatan untuk kita build.

Ajar skill inshaAllah tak susah. Niat baik Allah bantu.

4-Saya pernah business online. Namun saya leka membungkus. Solat lewat. Sahabat yang kuat teruskan . Namun jaga Allah . Allah jaga kita.

5-Sedekah setiap hari. Power of sedekah sangat ajaib.

Saya dikelilingi orang orang baik. Saya dapat tajaan Al Quran hingga cecah RM1000 /orang.
Memudahkan usaha sebar Al Quran saya.

Infaq mereka, pelajaran bagi saya.

Bila usaha sedekah , satu ketenangan dan bahagia buat saya. Kadangkala saya tak tengok amout, tak tertahan memberi kerana yakin tak pernah ada manusia muflis kerana sedekah. Sedangkan saya insan biasa dan sederhana.

Allah turun rezeki buat saya, bila niat nak memberi sesuatu pada sahabat menunaikan Haji.

Allah SWT hantar mereka datang ke rumah. Allahu, bahagianya saya. Tetamu Allah pilih pasti Special.

Amalan baik , hati mereka bersih. Bila datang kerumah.Mereka membawa barakah.

Subhanallah.
Banyak lagi tak tercerita.

6- Sharing saya, saya amal apa yang Allah SWT dan Rasulullah saw cinta.

a-Istighfar  minimum 1000 dan lebih.(ini motivasi supaya lebihkan ingat Allah. Bukan tetapkan apa yang Rasulullah saw tidak buat).

b-Selawat  minimum 1000 dan lebih.

c-Inna hadza larizkuna malahu minnafat

Surah Sad, ayat  54:
إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِن نَّفَادٍ

Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis

Baca banyak kali lebih 300 ++

Bila nak baca 3 ni, baca la bila bila sambil kerja,.dalam train, atas motor, dan sebagainya.

Semua nya buat hari hari.

Semoga Allah SWT rezekikan Taqwa.

Allahul mustaan.


PELAJARAN BUAT HATI

Pelajaran hari ini.

Sungguh hati selalu terkesan.

Pagi tadi meredah hujan. Masa bermula kerja sudah hampir. Tidak boleh statik di situ.

Lalu akhbar The Sun menjadi payung sementara. Setakat menutupi bahagian atas tudung.

Baju sudah lencun. Masuk lift pejabat , terdengar teguran seseorang kepada sahabatnya.

'Sikit sangat basah tu.........Allah duga sikit aje'.

Hati berkata dan terkesan. "Memang benar"

 "Sedikit sahaja".

---- 0 -----

Petang tadi sedang membuat kerja. Di panggil nama dari depan. Ada insan yang ingin berjumpa.

Saya menurut langkah si empunya badan dengan pandangan mata. Penuh hairan. Urusan apakah ini yang belum selesai?

Subhanallah beliau rupanya ingin membayar duit RM10 untuk bayaran sewa locker di surau.

Di bayar kerana beliau akan berangkat menunaikan haji .Tidak mahu terhutang sesuatu pun.

Allahuakhbar , beliau Tetamu Allah.

Saya sudah sebak. Sambil menulis nama dan no locker, air mata sudah bergenang. Saya tahan.

Akhirnya bersalam dan mendoakan. Sempat pula berkirim doa dalam keadaan tertahan - tahan suara. Sebenarnya berbisik.

Allah2, Rindu dan Rasa diri banyak berbuat dosa.

Saya sungguh terkesan !! Allah beri rezeki berbeza - beza buat semua insan.

Bersabar. Jalan sebaik - baiknya. Inilah pelajaran paling baik buat hati.

InshaAllah yang terbaik buat kita semua.

MONOLOG HATI

Allahuakhbar,

Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.

Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.

Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.

Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².

Kata Bonda,  nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".

Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.

Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.

Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.

Insan sangat kerdil,  Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.

Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.

Ia umpama sahabat saling menyokong,  sampai di satu tahap,  tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.

Sambil berehat, muhasabah diri,  bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.

Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah,  apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan.

Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.

Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula,  apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang  segigih Cinta Sayidatina Khadijah.

Saya merasai kasih sayang Allah.  PertolonganNya sentiasa dekat.

Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.

Allahuakhbar!

Saat menuruni Jabal Nur,  benteng -  benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh -  sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.

Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah,  nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah,  ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.

Berjaya sampai di bawah,  umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.

Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.

"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.

Allahuakhbar!

Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama -  sama mendapat pelajaran.

Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati.  Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata,  perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.

Allahumma solli ala Muhammad.

PERJALANAN ALQURAN ITU INDAH

Sungguh saya tak tahu! Allah SWT yang tahu.

Selepas resigned, kata Puan Guru,  cukupkan KPI dengan Allah SWT dulu. Biarlah rezeki datang kemudian.

Subhanallah saya insan kerdil. Kerdil sangat! Belum sempat lagi cukupkan KPI. Usaha tetap ada namun hanya Allah SWT yang tahu.

Tiba - tiba Allah SWT datangkan hadiah. Pagi semalam saya solat sunat sebelum bertemu Hajah Sarni. Waktu solat saya berdebar - debar. Oh memang azam tahun ini sebelum mulakan kerja nak minta tolong dengan Allah SWT. Selalu minta juga tapi tak proper!

Ingat tak nota saya post kelmarin.

 “Dan mintalah pertolongan Allah SWT dengan jalan Sabar dan mengerjakan Solat, sesungguhnya ianya (solat) amat berat kecuali orang - orang yang kusyuk". (2:45)

Sempat juga saya doa. "Ya Allah jadikan aku keluar rumah ini sebagai satu ibadah buatku" . Terus drive sambil baca Istighfar,  selawat Nabi saw dan "inna hazha larizqunna malahu minnafat". (sesungguhnya ini kami rezekikan tidak putus - putus).

Niat saya hanya satu. Asbab kecintaan Makkah dan Madinah,  saya nak ajak semua orang pergi Tanah Suci tu. Saya nak jadi agen umrah Amazing Umrah Travel sambil sambung silaturrahim dengan Hajah ini, cerita pasal tahfiz dan kehidupan.

Kami bertemu masa Matta Fair 17. Rasa pergi Matta Fair ni boleh tahanlah juga. Macam mimpi indah di siang hari. Pergi jalan bahasa mudahnya. Siapa tak nak kan?

Saya pergi dengan rasa indah.  Berjalan jauh pun sangka baik dengan Allah SWT.  Kalau kita pergi Matta Fair tu memang bahagian Umrah hujung sekali. Di seberang sungai luar PWTC. Saya tahan sabar penat kaki berjalan.  Susah di sini apalah sangat. Demi impian nak raikan bonda dan ayahanda. (Masa itu impian. Sekarang dah jadi kenyataan dan kenangan. Allah izin, alhamdulillah).

Panjang kami sembang dan bertukar cerita. Saya apa lagi. Modal cerita hijrah. Touching la sikitkan. Hajah pun sama. Berair -  air mata kami muhasabah diri betapa Allah SWT Maha Penyayang. Masa tu Hajah pelawa saya ke office.

Bulan 9 membawa ke 16 Jan 2018. Allahuakbar! Allah SWT lorongkan saya buat benda yang tertangguh lama. Tangguh tu pun plan Allah SWT.

Tangguh nak berjumpa Hajah ini. Rupanya Allah SWT plan terbaik. Rasa seronok sangat masa kat Matta Fair tu rupanya ada pakej  berganda. Sampailah berita gembira!

Nak tahu apa?  Saya di lamar buat kelas di sana. Setiap minggu 2 atau 3x. Siapa pernah kahwin mesti rasa hebat dilamarkan. Tapi lamaran Al Quran lebih hebat dari itu!

Tak tumbuh tak melata.
Tak sungguh saya tak kata!

Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!

Siapa saya nak puji lagi kalau bukan Allah SWT. Saya tak pandai. Tapi bila Allah SWT  tempatkan saya di situ,  saya tahu amanah itu terlalu besar di galas.

Rahimnya Allah, Rahmannya Allah santuni insan kerdil seperti saya. Saya terkesima,  memandang jauh - jauh perancangan Allah SWT.

Sahabat!
yakinlah dengan janji Allah SWT. Saya berkali - kali diberi. Diberi hidayah berhijrah, di ruangkan masa menuntut ilmu,  diberi  membayar yuran tinggi anak sekolah swasta 5 tahun kerana minta sekolah Jais tak dapat,  suami diberi hadiah menunaikan haji, saya dapat peluang resigned,  dapat imbuhan vss ketika berhenti kerja tiada simpanan (duit simpanan semua untuk tujuan belanja umrah 40k),  diberi peluang meraikan ibubapa dan bawa famili ke umrah dengan saguhati mengajar selama setahun,  diberi pelepasan awal dari kerja, November untuk mengerjakan Umrah, di beri izin mengajar Al Quran walau diri masih sangat lemah. Tak cukup space nak cerita pasal nikmat sahaja.

Allahu Allah😭😭😭. Saya tak menunjuk. Cuma sharing kasih sayang Allah SWT.

Kata Hajah : 80% FOKUS pada FISABILILLAH.
20% baru untuk DUNIA.
Nikmatnya Hanya Pada Yang PERCAYA.

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Moga Impian saya mengajar di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tercapai!

Terus jadual saya penuh. Namun masa tetap flexible. Saya ada masa belah petang untuk study,  homework, tulis manuskrip  dan santuni anakanda, ayahanda dan bonda. Saya ada rabu untuk tambah ilmu.

Terima kasih Allah. Terima kasih sahabat -  sahabat mendoakan dan menyokong. Terima kasih guru - guru Al Quran, Akademi dan guru - guru di office.

Saya sujud syukur sambil muhasabah diri. Ini pun nak selalu saya jadikan amalan. Sungguh rezeki Allah SWT itu terlalu luas.

Hati saya ikhlas nak sahabat semua rasa. Berjihadlah di jalan Allah SWT.

Barangkali buat saya!
Buat saya! 

Ini pemberian tatkala jihad meninggalkan perbankan riba.
(buat saya wajib tinggal kerana peluang dan ruang mengajar).

Ini terbaik buat saya. Saya doakan kalian mendapat yang sama. Bertemu ruang dan peluang lain yang lebih indah. (Nota : Buat sahabat ustaz tak suruh resign dulu. Sehingga ada peluang lain.Saya doakan sahabat  sentiasa di beri rahmat dan keberkatan).

Nota : Yang baik dari Allah SWT  dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri dan saya memohon keampunan kepada Allah SWT.

Inshaallah. Allahulmustaan.

Allahumma solli ala Muhammad 💚 💚.

Semoga bermanfaat.

Di izinkan share andai ada manfaat !

#Impian Hajah tercapai.Nampak tak senyum sambil pejam.
#fahamQuran
#fahamSolat
#kusyukSolat
#FatahaAlmulk

HIJRAH Al QURAN


Segala puji bagi Allah yang memberi nikmat masih bernafas di dunia ini di usia genab 42 tahun semalam.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar atas nikmat kasih sayangNya. 

Terima kasih buat semua ucapan dan doa - doa sungguh menjadi momen dan asbab saya meneruskan kehidupan dengan bersyukur dikurniakan sahabat² sebaik Tuan tuan dan Puan - puan 

Seperti dijanjikan pada yang mahu membaca kisah penghijrahan saya. Saya mula berhijrah ketika hadir di Seminar Bidadari Syurga tahun 2012.

Ketika itu ada slot bagaimana menjadi Hamba Allah yang bertaqwa, Ibu dan Isteri mithali dan anak soleh.

Subhanallah saya merasa sangat kerdil kerana di sisi Allah telah melakukan banyak dosa. Di sisi ibubapa dan suami saya bukan solehah dan sebagai ibu terlalu banyak amanah saya lalaikan.

Allah jentik hati saya ketika itu,  bagaimana Allah mahu memakbulkan doa seorang ibu seperti saya, andai saya tidak menjaga batas syariat.

Tindakan paling awal saya lakukan adalah mengeluarkan semua baju - baju di almari untuk di ganti dengan jubah. Saya masih ingat waktu itu mengajak suami ke kedai² membeli berhelai jubah.

Saya mula berjubah,  meninggalkan jeans ketat dan tshirt. Melakukannya tanpa meminta izin dan berbincang dengan suami kerana apabila Allah telah redha, sudah sayang,  apatah lagi manusia. Memang saya rasakan kasih sayang Allah SWT yang memberi hidayah waktu itu.

Saya mula berubah. Mula mengenakan stokin kerana terasa baju sudah longgar, kaki pula terdedah. Itulah masalahnya dengan baju kurung kerana niat menutup aurat itu terhalang apabila pakaian yang kita pakai itu ketat!

Saya berubah sikap menjadi lebih tenang. Tidak mudah marah². Belajar bersabar. Mula merasakan tiada ilmu. Memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga. Tidak mementingkan diri sendiri.

Sehingga suatu hari saya rasakan sesuatu. Saya belajar dalam bidang akaun dan business tetapi ilmu akhirat tiada yang melekat di hati. Akhirnya setelah meminta izin suami dan redha ibubapa serta dorongan dan doa sahabat tersayang  Ti'Nie Har saya mula menuntut ilmu agama di Universiti Malaya dari tahun 2012 sehingga sekarang.

Bermula dengan Sijil Pengajian Usuluddin, Kursus Pengajian Bahasa Arab Al Bayan dan Kursus Pengajian Al Quran sekarang di modul 3.

Di dalam tempoh itu,  kerana telah mula melazimi surau ketika masa rehat di pejabat,  Subhanallah saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Kakitangan Islam Affinbank di dalam Lajnah Dakwah dan Kebajikan.

Berurusan dengan para asatizah menjemput dan membuat proposal Program Ceramah ke Affin Bank merupakan pengalaman yang sangat indah.

Saya dikelilingi orang² baik, Ustaz dan Ustazah yang apabila melakukan apa² sahaja, saya kira membawa imej² islam yang baik. Saya rasakan malu kepada diri sendiri andai saya bertindak melampau dalam urusan hidup.Ketika itulah saya berusaha menjaga do and dont dalam Islam dan masih berusaha. Allahuakhbar. Ujiannya sangat hebat.

Asbab hidayah Allah, saya mula menukar sistem pendidikan anak² kepada pendidikan penuh Islam dengan memasukan anak² ke sekolah intergrasi. Allahuakbar, rasa untuk tidak mahu anak² mewarisi hidup silam saya sangat kuat. Sanggup membayar yuran sekolah swasta anak sulung hampir berjumlah Rm1000 setiap bulan selama 5 tahun.

Allahuakbar.

Tahun 2014 saya dijemput menjadi tetamu Allah SWT mengerjakan ibadah umrah pertama. Umrah pertama sangat bermakna kerana saya yakin Allah telah menyediakan saya dengan ruang keampunan yang besar. Allahuakhbar. Melihat Kaabah kali pertama terasa melimpah kasih sayang Allah SWT. 😢

Hari ini genablah 2 tahun saya bergelar Trainer Al Quran dan Faham Bacaan Solat setelah saya berniat di bulan Ramadhan 2016 di Masjid Negara. Saya mahu memahami Al Quran dan mengajarkannya. Saya juga berniat Resign di Affin Bank.

Subhanallah, Allah makbulkan hasrat saya resign di Affin Bank pada November 17 setelah berkhidmat selama 22 tahun. Allah terus memberi lagi dan lagi dengan menjemput saya sekeluarga kembali ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada December 17 dan sekali lagi pada April yang lalu.

Allahuakhbar.
Tiada lafaz terbaik untuk saya nyatakan bahawa saya semakin kenal Allah. Allah memperkenalkan dirinya sebagai Ar Rahman, Ar Rahim, Ya Ghofur(Maha Pengampun) , Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan Al Affuw. (Maha Pemaaf).

Saya tidak pernah putus duit. Tidak pernah tidak makan. Walau telah melakukan banyak dosa. Allah tidak pernah jemu menunggu dan tidak meninggalkan saya keseorangan.😥

Andai saya menzalimi diri sendiri maka saya selayaknya malu dengan Allah. 😢

Saya menulis kisah ini dengan meninggalkan rasa riak dan taajub supaya kita lebih mengenali Allah SWT. Saya orang biasa² yang dijemput menyebar AlQuran sebenarnya untuk diri sendiri. Sebagai peringatan setiap hari buat diri saya.

Inilah kisah penghijrahan saya dan saya yakin, MashaAllah Tuan Puan mengalami yang lebih baik dari ini.

Terima kasih kepada abah dan mak yang menjaga, melahirkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang sementelah saya satu²nya anak perempuan dalam keluarga. Terima kasih suami, abang dan adik serta ipar duai dan sahabat² sentiasa menyokong, sahabat² di Affin Bank yang kalian semua mendoakan dalam nyata dan senyap.

PRAKTIKAL ILMU

Membaca Alquran impian semua. Namun kesibukan membataskan impian itu tercapai. Setiap hari bergelumang dengan rutin kehidupan yang sama.

Dulu saya bekerja,  dari pagi hingga jam 8 malam. Sampai rumah lebih kurang 8.30 malam.  Makan di kedai. Balik nampak katil sahaja.

Kemudian saya resign separuh suri rumah separuh mengajar. Masa saya banyak kononnya. Tapi cara hidup berubah. Drive sendiri ke tempat mengajar,  balik kena buat homework yang nak di ajar.  Baca sana dan sini,  kerja rumah kejap buat kejap tak. Kain berlonggok atas katil. Syukur Alhamdulillah suami faham tapi nak bantu Dia pula super bz.

Oh stress juga rupanya. Mulalah saya belajar satu ilmu menguruskan rumah tangga. Hakikatnya dah 19 tahun berkeluarga. Aih tak manage² lagi ke?

Manage. Tapi lihatlah hati. Stress ni makanan hati. Sebab itu Allah bekalkan Alquran buat saya, melekat rapat.  Bila tinggal je rasa serabut.

Oh! Syukur hidayah ini.

Allah hadiah dan terus hadiahkan..

1-Beri ilmu 'Talk to Allah' . "Allah saya penatlah Allah. Allah tolong tunjuk cara bagaimana saya nak buat ini?"

Dan Allah beri lintasan hati "Kebaikan yang kamu buat adalah kembali kepada diri kamu sendiri".

Exactly dari tadabbur ayat Allah. Subhanallah.

2-Beri ilmu 'Cuci hati' . Setiap kali ada drama dalam hidup.  Anak minta dimanja,  suami minta dimanja. Makanan minta dimasak. Rumah minta dikemas.Mak abah mohon disantuni. Pasti hati macam² serabut. Tiba² kita marah orang,  orang termarah kita. Kita terburuk sangka pada orang. Ketika itulah hati kita kotor,  penuh dengan sifat mazmumah.

Maka saya belajar membaca Alquran dengan setting cuci hati. Lepas cuci hati audit pula. Adakah makin tenang,  makin sayang,  makin bahagia. Tengok anak² tengok suami tengok ibubapa, jadi lubuk pahala. Subhanallah.

Banyak sangat yang di pelajari, semakin di amal semakin indah. Masa yang dulu terasa pendek menjadi semakin panjang. Apa tidaknya bila cuci hati, kerja tidak jadi terbeban.

Rutin melakukan kerja rumah semakin menjadi tidak rutin. Ditukar rutin kepada membaca dan tadabbur Alquran.

Makan di kedai cuma jadi 'me time' dan hari cuti buat saya dengan ihsan suami.

Bila hati tenang,  inshaAllah rezeki melimpah ruah,  senyum lebar. Bukan rezeki duit saje,  rezeki kasih sayang,  rezeki Sahabat AlQuran Malaysia.

Subhanallah nikmat dengan petunjuk yang diberi Allah. Tiada guarantee 100‰. Semua dengan izin Allah. Semoga menjadi asbab semakin mendapat cinta Allah SWT.

Saya semakin hampir dengan impian. InshaAllah.

HATI TENANG

Hati manusia itu mudah terjangkit dengan sifat - sifat mazmumah iaitu segala sifat buruk termasuk buruk sangka , tidak berpuas hati mahu nikmat lebih , dengki dan tamak.

Allah SWT dalam Alquran ayat

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku (29), dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)

Hati perlu disucikan.  Allah tekankan bahawa hanya orang yang hatinya tenang dan redha dengan kehidupannya akan masuk ke dalam Syurga menunjukkan bukan Syurga matlamat utama.  Syurga adalah hadiah dari Allah tetapi utamanya adalah membersihkan hati.

Hati yang bersih InshaAllah terpancar sinar dari wajah dan perbuatannya.  Bagaimana mencuci hati adalah melalui bacaan Alquran, Solat dan Zikir.  InshaAllah di terangkan nanti.

Friday, 5 October 2018

HATIMU DI MANA

Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal.

Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaikan. Hati yang baik tempat bersemi segala sifat Mahmudah. Iaitu terpuji seperti mudah bersyukur biar sekecil perkara,  mudah simpati dan membantu insan lain,  mudah tersenyum biar sedang di raih cabaran hidup.

Mana datangnya hati yang baik ini.  Imam Ghazali menggariskan panduan.

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga , carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, akan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak lagi mempunyai hati".

- Imam Al-Ghazali

Ya cari hati di 3 tempat,  pertama ketika  membaca Alquran dengan sungguh - sungguh menghayati,  kedua cari ketika sedang bersolat dan akhir sekali ketika mengingati mati.

Mendalami Alquran,  bersolat dan mengingati mati, ada satu tindakan yang melibatkan hati.  InshaAllah akan diterangkan dalam kisah seterusnya.


Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...