Showing posts with label BAB 5 - MENGURUS HATI. Show all posts
Showing posts with label BAB 5 - MENGURUS HATI. Show all posts

Wednesday, 10 October 2018

BERSIHKAN HATIMU


Tenang datang dari hati yang di cuci bersih. Namun tidak semudah itu. Kata anakanda, "ibu tenang betul hidup ibu, adik belum lagi". MashaAllah , anak kecil pun tahu apa erti tenang.Selalu saya mahu menulis kisah ini namun selalu berhalangan . Barangkali Allah mahukan kisah yang ditulis itu ikhlas mahu mengurus hati. Bukan untuk membuka aib insan lain .Sungguh syurga itu mahal harganya dan didiami oleh insan yang hatinya bersih. Lalu di sinilah hikmah sebuah ujian .

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30 :

Antara ujian manusia termasuklah habluminannas iaitu hubungan dengan manusia. Ada satu hadith Rasulullah saw mafhumnya ;

"Tidak akan masuk Syurga orang yang menyakiti jirannya"Allahuakhbar. Ada ujian bersabit. Tidak boleh ego diri, menyata kau salah dan aku benar atau sebaliknya. Tidak boleh bermasam muka. Tersenyum sahaja jalan terbaik dan anggap ini semua ujian Allah SWT.

Sentiasa berkata dalam diri, pujuk hati; Allah mahu menegur. Adalah itu yang tidak betul tentang diri. Allahuakhbar !!

Saya kisahkan kucing jiran yang membuang najis di rumah. Jiran sebelah rumah  menambak tinggi lantai depan, lalu pasir berkumpul di depan rumah ketika hujan. Hasil bawaan hujan lebat.

Lalu di situlah menjadi habitat haiwan membuang najis. Saya mengeluarkan belanja hampir RM1000 untuk membuat lantai simen di bahagian depan pagar . Tak cukup itu kemudian, tempat letak kereta yang bersih pun menjadi tempat pembuangan najis juga. Ada juga hal jiran membuang sampah di sebelah pintu masuk. Lalu saya mengupah contractor membina sekatan setakat tinggi tong sampah. 

Tulisan ini di harapkan tidak mencerca jiran, tetapi memandang dari satu sudut bagaimana Allah SWT menghadirkan cara untuk meraikan jiran dan utamanya dalam penyucian jiwa.
Hati yang bersih pasti bahagia. Hati yang bersih adalah hati bawaan penghuni syurga. Sekiranya mahu menjaga hati dan menjadi ahli syurga maka bersabarlah dengan ujian ini . 

Boleh sahaja menurut kehendak hati mahu menunjuk kesombongan dan menurut nafsu amarah . Allahuakhbar . Nauzubillahimindzalik. Namun untuk apa ? Sedangkan bahagia yang kita cari di dunia apatah lagi bahagia di akhirat yang kekal abadi . Alhamdulillah urus hatimu dengan Alquran. InshaAllah mendapat redha Allah SWT. Amin Ya Mujib. 

NOTA DARI HATI

Nota dari hati,

Allahuakhbar 😭

Masjid Nabawi yang ku tinggalkan 3 tahun lalu,  2014.

Saat melihat susuk bangunan dari dalam bas,  airmata sudah tidak dapat di tahan tahan.

Rindu Rasulullah  saw.😭😭

Begini rasa terbit dari hati setelah bergelar trainer Al Quran.  Begitu Allah hadirkan rasa kerana mukjizat Al Quran hadiah kepada Rasulullah dan umatnya.

.

Saat niat raikan ibubapa. Alhamdulillah hotel di pilih yang dekat.  Bonda dan ayahanda tidak kuat lagi. Umrah pertama,  hotel agak jauh terpaksa membuat L turn untuk ke ruang muslimat. Bonda lesu.

Alhamdulillah kali ini,  dari hotel terus ke pintu 15 dekat dengan pintu muslimat.  Syukur.

"Wahai Allah pelihara dan kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak dari kecil.

Wahai Allah di hujung usia mereka,  permudahkan ibadah mereka".

.

Bersolat di Masjid Nabi ganjaran 1000 pahala lebih dari 27 pahala jemaah. (1000*27). Ia kiraan Allah SWT namun kiraan manusia umpama bersolat 1500 tahun dengan bersolat 4 jam di masjid.

Sangat perlu mujahadah sungguh sungguh. Perlu banyak berjalan jauh dan  keluar awal.  Jika lewat hanya bersolat di luar.

Seawal pagi berduyun jemaah turun datanglah untuk solat tahajud,solat taubat dan membaca Al Quran.

Al Isro'

79. "Dan pada sebahagian malam hari, kerjakanlah sholat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Robb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" .

QS. Ali 'Imran

113".... , mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat)".

Ada yang memilih bersolat di carpet luar awal awal biar pun masih banyak ruang kosong di dalam.

Namun sayang, mengapa jauh datang dengan pakej mahal tetapi tidak meraikan bersolat  di dalam masjid.

.

Tong Air zam zam berderetan. Saya mencari yang tidak sejuk namun tidak berjumpa.  Rupanya cuaca sejuk lalu airnya sejuk kerana cuaca bukan kerana ais.

Minum dan berdoalah dengan bacaan sunnah Rasulullah saw.

"Allahumma inni as-aluka ‘ilman naafi’a wa rizqon waasi’an wa syifa’an min kulli daa-in/"

(Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit)

Mengambil ibrah, Hajar di tinggalkan bersama Nabi Ismail tanpa sebarang bekal. Lalu Allah Swt hadiahkan air zam zam di bawah kaki Nabi Ismail.

Syukur kesempatan yang tidak mahu di akhiri.

Allahumma solli ala Muhammad. 💚💚NOTa

HATI DI PUNCAK UHUD

Bismillah,

Allahuakhbar,

Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.

Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.

Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.

Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².

Kata Bonda,  nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".

Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.

Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.

Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.

Insan sangat kerdil,  Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.

Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.

Ia umpama sahabat saling menyokong,  sampai di satu tahap,  tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.

Sambil berehat, muhasabah diri,  bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.

Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah,  apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan. 😥

Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.

Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula,  apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang  segigih Cinta Sayidatina Khadijah.

Saya merasai kasih sayang Allah.  PertolonganNya sentiasa dekat. 😭😭

Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.

Allahuakhbar!

Saat menuruni Jabal Nur,  benteng -  benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh -  sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.

Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah,  nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah,  ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.

Berjaya sampai di bawah,  umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.

Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.

"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.

Allahuakhbar!

Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama -  sama mendapat pelajaran.

Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati.  Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata,  perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.

Allahumma solli ala Muhammad. 💚💚

Sunday, 7 October 2018

HATI BAIK!

Kisah sahabat yang berhati baik. Ia diurus oleh Alquran. Mereka ini pasti kuat bercinta dengan Alquran.

2 dan 3 hari ni saya belajar bahawa hidup untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Alhamdulillah hari ini Allah SWT hadiahkan rasa indah itu di Wisma Nur Kasih.

Kisahnya begini.

Sahabat Fb saya punyai sebuah boutique, menjual pakaian siap dan ada cafe jual laksa mee. Allahuakbar rupanya yang diusahakan adalah satu usaha murni menyara anak yatim. Sedangkan beliau hanya  seorang jururawat namun berjiwa ummah.

Sahabat Fb yang kedua seorang ibu dan isteri yang tabah. Menjaga suami yang sakit dan tidak bekerja, beliau berjual jajan untuk anak anak sekolah.  Itulah usaha menyara keluarga.  Membeli Alquran hasil kumpul duit.

Gambar saya pula bersama Hajah Mariam.  Beliau adalah seorang ibu berjiwa besar membesarkan anak -  anak asnaf.

Allahuakhbar, sebahagiannya adalah anak - anak yang mengalami pengalaman ibubapa bercerai.

Bagi menyara seramai 50 orang anak anak asnaf (hanya 10 anak - anak yang dibayar yuran),  Pertubuhan Nur Kasih membuka bakeri dan dobi. Tadinya Program Khatam Al Quran dan Kursus Umrah kami dihadiahkan goodie beg donut comel.

Saya pasti mereka orang - orang hebat yang di datangkan dengan pakej ahli Syurga.  MashaAllah.

Andai menyelami kisah - kisah ini. Ada dua perkara dalam fikiran. Pertama,  apa lagi yang kita mahukan. Nikmat Allah terlalu luas buat kita. Kesihatan dan kasih sayang penuh dalam jiwa hingga dapat merasa kekurangan orang lain.

Perkara kedua. Betapa kita sibuk kelam kabut untuk diri sendiri,  ada orang berkongsi nikmat,  mengurangi keperluan diri untuk kepentingan orang lain. Saya?  Kita? 😢

Mudah - mudah Allah tetapkan dan lorongkan hati kita terus pada jalan kebaikan,  saling bantu membantu. Subhanallah setiap hari pasti Allah jumpakan dengan pelbagai sudut kehidupan yang mendidik jiwa.

Hanya pada yang melihat dari pandangan mata hati.

Tahniah team Amazing. Terus memberi dan bahagia pada jalan Alquran dengan meraikan Sahabat Quran Malaysia dan Amazing Umrah.

InshaAllah.

Moga Allah redha.  Allahul mustaan.

Allahumma solli ala Muhammad

Saturday, 6 October 2018

PELAJARAN BUAT HATI

Pelajaran hari ini.

Sungguh hati selalu terkesan.

Pagi tadi meredah hujan. Masa bermula kerja sudah hampir. Tidak boleh statik di situ.

Lalu akhbar The Sun menjadi payung sementara. Setakat menutupi bahagian atas tudung.

Baju sudah lencun. Masuk lift pejabat , terdengar teguran seseorang kepada sahabatnya.

'Sikit sangat basah tu.........Allah duga sikit aje'.

Hati berkata dan terkesan. "Memang benar"

 "Sedikit sahaja".

---- 0 -----

Petang tadi sedang membuat kerja. Di panggil nama dari depan. Ada insan yang ingin berjumpa.

Saya menurut langkah si empunya badan dengan pandangan mata. Penuh hairan. Urusan apakah ini yang belum selesai?

Subhanallah beliau rupanya ingin membayar duit RM10 untuk bayaran sewa locker di surau.

Di bayar kerana beliau akan berangkat menunaikan haji .Tidak mahu terhutang sesuatu pun.

Allahuakhbar , beliau Tetamu Allah.

Saya sudah sebak. Sambil menulis nama dan no locker, air mata sudah bergenang. Saya tahan.

Akhirnya bersalam dan mendoakan. Sempat pula berkirim doa dalam keadaan tertahan - tahan suara. Sebenarnya berbisik.

Allah2, Rindu dan Rasa diri banyak berbuat dosa.

Saya sungguh terkesan !! Allah beri rezeki berbeza - beza buat semua insan.

Bersabar. Jalan sebaik - baiknya. Inilah pelajaran paling baik buat hati.

InshaAllah yang terbaik buat kita semua.

MONOLOG HATI

Allahuakhbar,

Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.

Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.

Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.

Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².

Kata Bonda,  nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".

Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.

Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.

Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.

Insan sangat kerdil,  Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.

Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.

Ia umpama sahabat saling menyokong,  sampai di satu tahap,  tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.

Sambil berehat, muhasabah diri,  bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.

Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah,  apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan.

Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.

Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula,  apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang  segigih Cinta Sayidatina Khadijah.

Saya merasai kasih sayang Allah.  PertolonganNya sentiasa dekat.

Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.

Allahuakhbar!

Saat menuruni Jabal Nur,  benteng -  benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh -  sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.

Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah,  nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah,  ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.

Berjaya sampai di bawah,  umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.

Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.

"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.

Allahuakhbar!

Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama -  sama mendapat pelajaran.

Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati.  Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata,  perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.

Allahumma solli ala Muhammad.

HATI TENANG

Hati manusia itu mudah terjangkit dengan sifat - sifat mazmumah iaitu segala sifat buruk termasuk buruk sangka , tidak berpuas hati mahu nikmat lebih , dengki dan tamak.

Allah SWT dalam Alquran ayat

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang ridha dan diridhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambak-Ku (29), dan masuklah ke dalam surga-Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)

Hati perlu disucikan.  Allah tekankan bahawa hanya orang yang hatinya tenang dan redha dengan kehidupannya akan masuk ke dalam Syurga menunjukkan bukan Syurga matlamat utama.  Syurga adalah hadiah dari Allah tetapi utamanya adalah membersihkan hati.

Hati yang bersih InshaAllah terpancar sinar dari wajah dan perbuatannya.  Bagaimana mencuci hati adalah melalui bacaan Alquran, Solat dan Zikir.  InshaAllah di terangkan nanti.

Friday, 5 October 2018

HATIMU DI MANA

Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal.

Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaikan. Hati yang baik tempat bersemi segala sifat Mahmudah. Iaitu terpuji seperti mudah bersyukur biar sekecil perkara,  mudah simpati dan membantu insan lain,  mudah tersenyum biar sedang di raih cabaran hidup.

Mana datangnya hati yang baik ini.  Imam Ghazali menggariskan panduan.

"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga , carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, akan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak lagi mempunyai hati".

- Imam Al-Ghazali

Ya cari hati di 3 tempat,  pertama ketika  membaca Alquran dengan sungguh - sungguh menghayati,  kedua cari ketika sedang bersolat dan akhir sekali ketika mengingati mati.

Mendalami Alquran,  bersolat dan mengingati mati, ada satu tindakan yang melibatkan hati.  InshaAllah akan diterangkan dalam kisah seterusnya.


Tuesday, 2 October 2018

KASIH SAYANG DARI ALLAH UNTUK MANUSIA

Hati manusia penuh dengan kasih sayang. Ia percikan sifat Allah Ya Rahman Ya Rahim. Dari surah Maryam ;

Bismillah,
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
(Maryam:96)
Mashaallah, bila Allah Maha Pengasih maksudnya Dia memberi keampunan kepada manusia tanpa perantara. Rahmatnya pula sangat luas dan mengena sesuatu. Untuk orang soleh, Allah janji akan mendapat kecintaan makhluk. ❤️
Subhanallah,
Hadith Nabi saw ;
“Apabila Allah mencintai seorang hamba, Dia memanggil Jibril, “Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia!”
Maka Jibril mencintainya, lalu Jibril memanggil penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia!” lalu penduduk langit mencintainya, kemudian ia pun diterima di bumi.” 
(HR. Bukhari)
Kasih sayang ini sebenarnya satu ketenangan dari Allah. orang yang sifatnya penuh kasih sayang tidak akan mementingkan dirinya sendiri. Segala keperluan manusia lain sentiasa dipenuhi. Dia bukan berkorban sebaliknya merasa bahagia dan perlu kepada keadaan nak berkhidmat dengan kasih sayang ini . Baginya kasih sayang ini harus dibahagikan kepada sesama makhluk. 
Maka untuk mendapat nikmat ini maka manusia harus terus menerus untuk berusaha meningkatkan amal soleh.
Tiada nikmat besar melainkan mendapat Cinta Allah dan mendapat Cinta penduduk langit. Apabila hati telah mendapat cinta Allah , maka inshaAllah mendapat kecintaan manusia. Maka tiadalah ruang untuk kita merasai kekurangan kerana nikmat cinta Allah itu terlalu besar.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.Mudah - mudahan kita mendapat Cinta Allah sama ada melalui Al Quran atau pun dalam Solat , ialah medium utama berhubung dengan Allah di dunia yang fana ini .
Allahul mustaan .

HATI

"Baiknya hati awak ! "

Perasaan tenang bila dipuji begitukan ? Bahagia yang datang bukan di buat - buat tapi datang dari anugerah Allah SWT pada manusia yang merindui ketenangan lalu dia mensucikan hati kerana Allah SWT.

Hati yang baik sangat di tekankan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi saw. 

أَلاَ وَإِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ . أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ

Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung).”(HR. Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599).

Namun hati ini jugalah tempat gangguan Syaitan untuk membawa manusia jauh dari Allah dan ia bermula dari hati.

Ada 4 lapis 
hati iaitu Sudur, Qalbun, Fuad dan Lubd. Syaitan sebenarnya sangat lemah. Dia kuat kalau kita ambil dia jadi pemimpin. Jadi di lapisan Sudur godaan dia sebenarnya sangatlah lemah. Tugas syaitan cumalah membisik - bisikkan sedang kita jugalah yang memilih untuk berada pada ruang kebaikan atau ruang kejahatan.
Apabila kita Tilawah Alquran, berkuliah atau majlis ilmu, ada getaran dalamhati, waktu ini ilmu yang kita ada itu membawa kita berada pada lapisan hati, Qalbun. Di lapisan hati ini , Iman masih berbolak balik. Iman yazid wa yankus. Iman bertambah dan berkurangan. Itu ada doa tetap hati pada Allah. Syaitan di mana? Lebih terancam.
Hadis dari Ibnu Majah ;

  إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ
“Sesungguhnya orang beriman itu, kalau berdosa, akan akan terbentuk bercak hitam di qalbunya.” (Hadist Riwayat Ibnu Majah)

وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَ أَبْصَارَهُمْ

“Dan Kami bolak-balikan hati mereka dan penglihatan mereka.” (QS. Al-An’am: 110)

Apabila kita usaha mujahadah. amal Alquran. Ye keywordnya Amal. Dengan amal ini, ilmu masuk ke lapisan Fuad. Waktu ini Syaitan tidak upaya hasut lagi . Itulah sebabnya ilmu bermanfaat adalah ilmu yang apabila dipelajari menjadi barakah apabila ilmu itu diamalkan.

Apabila kita belajar Alquran, dengan emosi (hati) dengan pancaindera, melihat dan mendengar , inshaAllah ilmu akan masuk ke lapisan hati Lubd. Di sinilah tipu daya Syaitan itu telah berjaya dipatahkan.
Mashaallah dengan ilmu ini pasti kita usaha untuk amal yang kita pelajari. Dan hayati ilmu sampai lubuk hati paling dalam iaitu Lubd. Semoga dengan ilmu ini hati sentiasa baik kerana tiada lagi sifat - sifat tidak baik iaitu sifat mazmumah. InshaAllah di ceritakan nanti apakah sifat ini .

Allahu taala aklam.


Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...