Wednesday, 10 October 2018

DAKWAH FAHAM ALQURAN

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

Pesta buku berlalu meninggalkan memori indah. Manusia itu dipertemukan dengan perancangan Allah SWT. Namun bertemu dan berpisah dengan asbab Al Quran membutirkan mutiara jernih di mata.

Merekalah yang selalu berpesan pesan pada kebaikan.Hari dan kali terakhir kami bertemu di KL. Alhamdulillah di rezekikan Allah SWT , dapat meraikan sahabat sahabat dari Jitra Kedah ini . (Lebih kurang 5 kali saya ke sana sepanjang seminggu PBAKL)

Begitu saya terkesan dengan kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu Faham Al Quran. Saban waktu, walau dalam lelah , mengagihkan buku wakaf Faham Al Quran sambil berpesan pesan menyebarkannya.

Suatu waktu maghrib kami berpisah. Hujan turun renyai renyai . Sayu hati, dari celah turunnya nikmat Allah SWT, melihat Umi Nadiyah berjalan kaki ke Hotel Wira seorang diri. Dari atas pedestarian, saya melihat langkah lemah pada fizikal namun kuat di hati. Lalu Allah SWT kurniakan satu hidayah buat saya merasa bahagianya melihat jatuh bangun beliau di dalam dakwah dan membawa bendera Al Quran.

Sungguh saya berbeza umur dengannya. Namun perbezaan yang besar tidak pernah melayakkan umi bersenang lenang di rumah. Apatah lagi beliau yang sudah punya tempat yang selesa di UUM.

Begitu manusia yang jiwanya tidak pernah pudar dalam kerja kerja dakwah. Sanggup melepaskan tenaga tersisa berulang alik ke PWTC  dalam misi Al Quran kerana bagi mereka dunia tempat bersusah payah.

Jika umi dengan ceritanya.  Ustazah Adawiyah pula di landa demam . Waktu muda yang tidak pernah di sia siakan. (Di mana waktu muda saya berlalu.) Subhanallah.
Begitu pun jua Puan Cahaya yang di kurniakan ujian demam berlarutan.

Kebaikan tidak bermakna tanpa disertai dengan usaha sungguh sungguh dan keikhlasan hati. Sungguh sesuatu ujian itu untuk mengangkat darjat hamba hambanya yang istimewa. Dan ketika itu sebenarnya, Allah SWT memberikan kerehatan pada keletihan itu, sementara.

Hilang lelah dan asbab bersabar pada kesakitan , datanglah semula kekuatan yang dibekal Allah pada langkah seterusnya. Subhanallah, nikmat Allah yang manakah kita hendak terlupakan.

Jauh di sudut hati yang paling dalam.Mereka sangat istimewa. Semoga Al Quran menjadi asbab kami bertemu di Syurga. Semoga mereka dikurniakan Syurga Firdaus tanpa hisab.

Amin Ya Allah.

Di rezekikan lagi bertemu Puan Roza dan Prof Kamil dengan membeli buku terbaru Amirul Budak Sudan. Indah melihat pasangan ini berkongsi hobi yang sama. Begitu melihat perjuangan Alquran Ustazah Solihah yang sentiasa dekat di hati. Sungguh . Mereka sangat istimewa. Saya terinspirasi. Begitu jalan dakwah itu sungguh meluas.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...