Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.
Pesta buku berlalu meninggalkan memori indah. Manusia itu dipertemukan dengan perancangan Allah SWT. Namun bertemu dan berpisah dengan asbab Al Quran membutirkan mutiara jernih di mata.
Merekalah yang selalu berpesan pesan pada kebaikan.Hari dan kali terakhir kami bertemu di KL. Alhamdulillah di rezekikan Allah SWT , dapat meraikan sahabat sahabat dari Jitra Kedah ini . (Lebih kurang 5 kali saya ke sana sepanjang seminggu PBAKL)
Begitu saya terkesan dengan kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu Faham Al Quran. Saban waktu, walau dalam lelah , mengagihkan buku wakaf Faham Al Quran sambil berpesan pesan menyebarkannya.
Suatu waktu maghrib kami berpisah. Hujan turun renyai renyai . Sayu hati, dari celah turunnya nikmat Allah SWT, melihat Umi Nadiyah berjalan kaki ke Hotel Wira seorang diri. Dari atas pedestarian, saya melihat langkah lemah pada fizikal namun kuat di hati. Lalu Allah SWT kurniakan satu hidayah buat saya merasa bahagianya melihat jatuh bangun beliau di dalam dakwah dan membawa bendera Al Quran.
Sungguh saya berbeza umur dengannya. Namun perbezaan yang besar tidak pernah melayakkan umi bersenang lenang di rumah. Apatah lagi beliau yang sudah punya tempat yang selesa di UUM.
Begitu manusia yang jiwanya tidak pernah pudar dalam kerja kerja dakwah. Sanggup melepaskan tenaga tersisa berulang alik ke PWTC dalam misi Al Quran kerana bagi mereka dunia tempat bersusah payah.
Jika umi dengan ceritanya. Ustazah Adawiyah pula di landa demam . Waktu muda yang tidak pernah di sia siakan. (Di mana waktu muda saya berlalu.) Subhanallah.
Begitu pun jua Puan Cahaya yang di kurniakan ujian demam berlarutan.
Kebaikan tidak bermakna tanpa disertai dengan usaha sungguh sungguh dan keikhlasan hati. Sungguh sesuatu ujian itu untuk mengangkat darjat hamba hambanya yang istimewa. Dan ketika itu sebenarnya, Allah SWT memberikan kerehatan pada keletihan itu, sementara.
Hilang lelah dan asbab bersabar pada kesakitan , datanglah semula kekuatan yang dibekal Allah pada langkah seterusnya. Subhanallah, nikmat Allah yang manakah kita hendak terlupakan.
Jauh di sudut hati yang paling dalam.Mereka sangat istimewa. Semoga Al Quran menjadi asbab kami bertemu di Syurga. Semoga mereka dikurniakan Syurga Firdaus tanpa hisab.
Amin Ya Allah.
Di rezekikan lagi bertemu Puan Roza dan Prof Kamil dengan membeli buku terbaru Amirul Budak Sudan. Indah melihat pasangan ini berkongsi hobi yang sama. Begitu melihat perjuangan Alquran Ustazah Solihah yang sentiasa dekat di hati. Sungguh . Mereka sangat istimewa. Saya terinspirasi. Begitu jalan dakwah itu sungguh meluas.
Showing posts with label BAB 2 - FAHAM AL QURAN. Show all posts

Wednesday, 10 October 2018
KENAPA FAHAM BEST
Faham Alquran sangat seronok kerana ada kata - kata yang memujuk kita . Misalnya apabila kita lelah dalam kesibukan dunia, namun gagah jua melawan segala keperluan nafsu syahwat untuk berbuat kebaikan dan mengikut syariat agama, maka ayat berikut seolah memujuk,
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya".
(Al ankabut : 69)
Ayat ini di fahami pada lapisan pertama sahaja , namun ianya sangat jelas memujuk. Menyebabkan kita mahu pergi ke lapisan kedua iaitu tadabbur.
Pada jalan kebaikan pula penuh dengan ujian , Allah memujuk hingga rasa seronok dan kuat mahu meneruskan.
"Allah telah menyediakan bagi mereka surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Itulah kemenangan yang besar".
(At taubah : 89)
Membacanya membuatkan kita terasa sangat indah berada di dalam Syurga menyebabkan kita sanggup bersusah payah kerana mahu menjadi ahli Syurga. Apa pun halangan dan cabarannya perlahan - lahan kita lalui dengan mengambil jalan Alquran tunjukkan seperti ayat berikut ;
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

(Al baqarah: 153)
MashaAllah beruntunglah orang yang berdamping dengan Alquran. Moga - moga kita termasuk dalam golongan Ahlul Quran. Amin.
Monday, 8 October 2018
FAHAM DAN BERTINDAK
Bertindak adalah taufik ,
"….. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya)".
(Al-baqarah : 213)
Kata guru saya, saya terlebih hidayah namun kurang Taufiq. Maka Taufiq adalah bagaimana kita bertindak hasil dari hidayah Allah buat saya dan kita semua, Apa yang di ajar dari kelas - kelas, seminar itu adalah hidayah dari Allah SWT .
Jadi Taufiq adalah tindakan beramal itu . Sebelum ini ada saya kisahkan bagaimana untuk elak dari gangguan Syaitan adalah dengan ilmu itu masuk ke lapisan hati Lubd. Ilmu masuk ke lapisan hati paling dalam ini apabila di amal dengan pancaindera melihat , menulis dan berkata dan semuanya dilakukan dengan penghayatan iaitu emosi.
Inilah dia Taufiq. Iaitu jelas dengan beramal. Kadangkala kita diletihkan dengan kesibukan kelalaian. Maka letih. Letih itu kalau di sebabkan terlalu bekerja maka wajib berehat. Namun bila terus bermalasan ketika itu kita sedang memilih untuk bersama dengan syaitan maka teruslah berzikir , beristighfar sehingga zikir dn istighfar itu mampu membuatkan kita bangun dan bertindak.
Adalah yang mahu ditekankan adalah bagaimana zikir - zikir itu dan istighfar itu mampu menggerakkan diri kita untuk beramal. Berikut adalah langkah - langkah cadangan .
1- Selalu berzikir dengan mengosongkan fikiran dahulu iaitu dengan cara bernafas, tahan nafas dan hembus. Tahan nafas itu akan menyebabkan parietal lobe di otak yang sibuk , direhatkan dan ia akan menukar diri kita kepada mood motivasi.
2- Selalu membaca Alquran dengan misi cuci hati . Mohon pada Allah " Ya Allah hadiahkan saya untuk dapat cuci hati dengan membaca Alquran ini .InshaAllah dengan hati yang bersih , ilmu menjadi ilmu bermanfaat iaitu bila dengan ilmu itu kita mampu beramal.
3-Beri masa beberapa hati untuk amal zikir dengan sungguh - sungguh mengikut emosi kita pada waktu itu .Contoh waktu itu bersyukur anak berjaya peperiksaan maka di ucap Alhamdulillah. Di cari fadilat Alhamdulillah , berdoa pada Allah agar dengan Alhamdulillah menjemput Rahmat Allah yang lebih banyak dalam keluarga dan sebagainya.
Alhamdulillah dengan kita membaca dan inshaAllah beramal dengan tips ini pun adalah Allah juga yang memberi Taufiq.
Allahul mustaan .

CARA TADABBUR
Alhamdulillah telah di jelaskan bagaimana memahami Alquran dengan jalan Tadabbur
Antara cara saya belajar Alquran adalah dengan ;
1-buka youtube, dengar bacaan Qari. Saya suka 'tadabburdaily' kerana terjemahannya berbeza dengan musyaf. Musyaf Wajib masih kena buka kerana nak tulis, garis dan sebagainya. Bahasanya telah dimudah fahami dengan bahasa melayu gaya bercakap.
2-tadabbur dengan youtube. saya suka Al fadhil Ustaz Abdul Muein kerana tepat kena pada diri sendiri.
Teruskan dengan belajar Alquran secara serius kerana segala usaha untuk perbaiki diri, membersihkan hati, menjaga dan mengubati dari pelbagai masalah adalah dengan ilmu Allah dari Alquran dan diperelokkan dengan Sunnah. 💕
Sebelum buka Talk to Allah "Ya Allah tunjukkan saya apa yang saya dapat belajar dari video ini". InshaAllah nanti Allah SWT guide.
Moga Allah bantu. Allahumma solli ala Muhammad.

Thursday, 4 October 2018
USAHA FAHAM AL QURAN
Saya lanjutkan lagi tentang usaha Faham Al Quran . Kita akan pergi kepada istilah Tadabbur.
Faham amat penting untuk ambil semua Nota Kehidupan dari Alquran.
Kisah dalam Alquran tu adalah dalam hidup kita. Nota itu adalah kata - kata Allah, firman Allah, kalam Allah. Saya gunakan istilah Nota Kehidupan sebab nak bagi nampak best dan sungguh memang best sahabat sayang.
Ialah satu proses berfikir untuk hayati ayat Allah ini . Berfikir dan kaitkan dalam diri, memahami hikmah iaitu maksudnya. Ia juga adalah proses merenung ayat Allah secara mendalam. Ya sampai ke lubuk hati paling dalam .

Faham Alquran membuka jalan kedua iaitu Tadabbur. Tidak tadabbur, tiadalah faham Al Quran. Baca terjemahan itu adalah surface sahaja iaitu Level satu .
Sahabat Fb saya ada banyak peringkat ilmukan . Allah beri kita kelebihan pada bidang lain jadi baca terjemahan itu level 1. Baru mahu di asah skill itu. Support mereka , bagi mereka semangat . Usah kata dulu "eh suka - suka tafsir sendiri: Okay .
Untuk yang dah baca terjemahan masih usaha nak habis teruskan . Apa nak dibuat pada ayat yang di baca itu . Akan jumpa pula level seterusnya Tadabbur.
Tadabbur ini apa ?
Sahabat Fb saya ada banyak peringkat ilmukan . Allah beri kita kelebihan pada bidang lain jadi baca terjemahan itu level 1. Baru mahu di asah skill itu. Support mereka , bagi mereka semangat . Usah kata dulu "eh suka - suka tafsir sendiri: Okay .
Untuk yang dah baca terjemahan masih usaha nak habis teruskan . Apa nak dibuat pada ayat yang di baca itu . Akan jumpa pula level seterusnya Tadabbur.
Tadabbur ini apa ?
Ialah satu proses berfikir untuk hayati ayat Allah ini . Berfikir dan kaitkan dalam diri, memahami hikmah iaitu maksudnya. Ia juga adalah proses merenung ayat Allah secara mendalam. Ya sampai ke lubuk hati paling dalam .
Hasan Ali berkata : " Bacalah Alquran hingga boleh mencegahmu dari melakukan dosa.Bila tidak mencegah dari berbuat dosa itu tandanya kamu tidak membacanya ".
Subhanallah. Bagaimana mahu baca hingga cegah dosa adalah dengan Tadabbur. Bagaimana pula untuk tadabbur hingga cegah dosa. Ia adalah melalui hati. Mediumnya hati. Terkesannya adalah hati. Jadi hati yang terkesan dengan Alquran maka akan pengaruhi tindakan yang baik.
Namun kenapa masih belum buat .Antara jawapannya adalah merasa dan yakin bahawa faham Alquran itu susah. Sedangkan kalau Alquran itu susah maka tak sampailah tujuan Alquran itu di turunkan.

Sedang kita tahukan Alquran bukan untuk orang Arab sahaja.
"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran "
(Al qamar :17 )
Andai Allah sudah kata mudah maka siapa kita untuk berkata susah . Andai kita terasa dengan kesedihan Rasulullah saw. Silakan bermula dengan tindakan ye sahabat semua.Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur’an ini sesuatu yang tidak diperhatikan”. (Furqan :30)
Sayu rasa hati .Barangkali dengan emosi ini kita lebih kuat, lebih fokus, lebih serius untuk bertindak .

Allahul mustaan.
Wednesday, 3 October 2018
KELAS ILMU TUNTUTAN
Hendak berilmu;
FAHAM AL QURAN
pesan buat saya yang dihadiahkan limpahan kasih sayang dari Allah SWT melalui Alquran. 💕
Alquran ini kena luang masa dan tenaga, tanda kita serius.
Untuk terus belajar dan belajar kerana manusia bukan terus pandai. Buat umpama zaman kita study dulu. Dengan tugasan, cari buku sana sini sebagai rujukan.
Disiplinnya tetap sama. Kalau ada penyakit malas, saya Pesan diri untuk Istighfar berkali - kali sampai Alquran itu diambil. Barangkali ada sebab lain seperti dosa penyebab malas itu.
Bismillah,
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar),
Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk,
serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa".
(Muhammad ; 17)
Ayat ini bahawa Allah pesan, orang yang awalnya tidak tahu kemudian dia masuk kelas Alquran misalnya. Tak kisahlah kelas baca Quran, amal Quran atau apa - apa Quran sekali pun akan diberi tambahan hidayah dari rasa mahu tahu tadi.
Asbab mereka berilmu tadi, Allah beri tambahan Taqwa. Taqwa ini buatkan mereka bulat dengan kebenaran walau pun banyak isu yang ditimbulkan dari orang yang hendak jatuhkan agama. Jika Allah tak tambah Taqwa tadi mungkin manusia tiada kekuatan diri. Lalu mereka terikut - ikut.
Begitulah pentingnya ilmu dan kelas pengajian Alquran, Allah beri upgraded hidayah dan taqwa.
Moga dapat kita susun kehidupan dan jadual kita untuk keutamaan mencari ilmu.
Allahumma solli ala Muhammad
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.

Monday, 1 October 2018
KENAPA FAHAM ALQURAN
Kenapa kena Faham Al Quran.
Sebab kita nak tahu Allah kata apa?
Selalukan kita nak dengar manusia kata apa, mak kata apa, suami kata apa, anak - anak kata apa.
Lalu Alquran adalah apa Allah kata buat kita. Allah kata dengan kasih sayang hatta yang diceritakan Azab juga tersirat kasih sayang. Umpama bercinta dengan kekasih hati, merindui siang malam, rasa seronok nak dengar kata Allah.
Saya beri contoh;
“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
(al-Mu’min : ayat 60)
MashaAllah,
Allah Mahu agar kita sentiasa mendambakan Dia dengan sentiasa berDoa. Ada insan masih belum dihadiahkan oleh Allah rasa indah berdoa dan perlu berdoa. Maka kalau bertemu ayat ini boleh tersedar, "Ya Allah ini rupanya yang Engkau mahukan" .
Selepas bertemu ayat ini, ada setengahnya masih belum dihadiahkan taufiq tetapi bila terngiang di kepala akan azabnya orang yang dikatakan sombong asbab tidak berdoa itu, terus saja dia berdoa. Mula mula paksa diri.
Lalu mengubah persepsi dia hari itu juga dan inilah yang dipegang sampai bila - bila. Mula doakan diri sendiri akhirnya dia berdoa untuk orang tersayang dan sahabat- sahabat. Bila tidak berdoa rasa pelik, bila tak berdoa rasa tidak complete hari itu buat dia.
Ha! lalu inilah keindahan Faham Alquran.
Apa tindakannya dari mesej ini sahabat - sahabat?
Mulalah baca terjemahan. Yang mahu di kejar bukan lagi khatam bertahun - tahun. Tetap dapat pahala tetapi kali ini adalah mahu tilawah disertai dengan baca Terjemahan.
Biar separuh page tapi yang di baca di fahami.
InshaAllah sama - sama kita.

Sunday, 23 September 2018
FAHAM AL QURAN
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya.
Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan lagi nanti.
Peranan Alquran ia sebagai Petunjuk. Untuk mendapat petunjuk dari Alquran tidak hanya dengan Tilawah Alquran (mengaji) sahaja. Mestilah dengan kita memahaminya.
Alquran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Arab
Faham Alquran itu apa?
Faham itu adalah Tahu dan Jelas akan ayat - ayat di dalam Alquran. Jika tidak faham dan jelas, maka sukar untuk kita menjadikan Alquran sebagai petunjuk atau pedoman.
"Sungguh, Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu agar mereka mendapat pelajaran.
(Ad Dukhan : 58)
Sesungguhnya kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).
(Az Zukhruf : 3)
Lalu usahalah untuk memahami Alquran dengan pelbagai cara. Ada beberapa cara
1- Memahami terjemahan . Banyak Alquran yang di keluarkan sekarang mempunyai terjemahan. Misalnya Alquran Mu'jam dan Riyadh oleh Karangkraf.
Di dalam Alquran ada banyak ayat - ayat yang mudah difahami. Misalnya ,
2- Merujuk kepada tafsir sama ada bertalaki atau pun melalui youtube. Ada juga tafsir yang didapati di internet dan telegram namun perlulah dipastikan ianya shahih dan dari sumber yang benar.

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabnya.
(Surah Al-Kahfi: 110)
2- Merujuk kepada tafsir sama ada bertalaki atau pun melalui youtube. Ada juga tafsir yang didapati di internet dan telegram namun perlulah dipastikan ianya shahih dan dari sumber yang benar.
InshaAllah kita kupas lebih lanjut di dalam tajuk seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Nota dari hati, Allahuakhbar 😠Masjid Nabawi yang ku tinggalkan 3 tahun lalu, 2014. Saat melihat susuk bangunan dari dalam bas, air...
-
Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengam...
-
Airmata saya bergenang dan menitik. Tak tertahan hati seorang ibu. Puan Ida Kamalia dan suami diberi keindahan oleh Allah dan kekuatan untu...