Membaca Alquran impian semua. Namun kesibukan membataskan impian itu tercapai. Setiap hari bergelumang dengan rutin kehidupan yang sama.
Dulu saya bekerja, dari pagi hingga jam 8 malam. Sampai rumah lebih kurang 8.30 malam. Makan di kedai. Balik nampak katil sahaja.
Kemudian saya resign separuh suri rumah separuh mengajar. Masa saya banyak kononnya. Tapi cara hidup berubah. Drive sendiri ke tempat mengajar, balik kena buat homework yang nak di ajar. Baca sana dan sini, kerja rumah kejap buat kejap tak. Kain berlonggok atas katil. Syukur Alhamdulillah suami faham tapi nak bantu Dia pula super bz.
Oh stress juga rupanya. Mulalah saya belajar satu ilmu menguruskan rumah tangga. Hakikatnya dah 19 tahun berkeluarga. Aih tak manage² lagi ke?
Manage. Tapi lihatlah hati. Stress ni makanan hati. Sebab itu Allah bekalkan Alquran buat saya, melekat rapat. Bila tinggal je rasa serabut.
Oh! Syukur hidayah ini.
Allah hadiah dan terus hadiahkan..
1-Beri ilmu 'Talk to Allah' . "Allah saya penatlah Allah. Allah tolong tunjuk cara bagaimana saya nak buat ini?"
Dan Allah beri lintasan hati "Kebaikan yang kamu buat adalah kembali kepada diri kamu sendiri".
Exactly dari tadabbur ayat Allah. Subhanallah.
2-Beri ilmu 'Cuci hati' . Setiap kali ada drama dalam hidup. Anak minta dimanja, suami minta dimanja. Makanan minta dimasak. Rumah minta dikemas.Mak abah mohon disantuni. Pasti hati macam² serabut. Tiba² kita marah orang, orang termarah kita. Kita terburuk sangka pada orang. Ketika itulah hati kita kotor, penuh dengan sifat mazmumah.
Maka saya belajar membaca Alquran dengan setting cuci hati. Lepas cuci hati audit pula. Adakah makin tenang, makin sayang, makin bahagia. Tengok anak² tengok suami tengok ibubapa, jadi lubuk pahala. Subhanallah.
Banyak sangat yang di pelajari, semakin di amal semakin indah. Masa yang dulu terasa pendek menjadi semakin panjang. Apa tidaknya bila cuci hati, kerja tidak jadi terbeban.
Rutin melakukan kerja rumah semakin menjadi tidak rutin. Ditukar rutin kepada membaca dan tadabbur Alquran.
Makan di kedai cuma jadi 'me time' dan hari cuti buat saya dengan ihsan suami.
Bila hati tenang, inshaAllah rezeki melimpah ruah, senyum lebar. Bukan rezeki duit saje, rezeki kasih sayang, rezeki Sahabat AlQuran Malaysia.
Subhanallah nikmat dengan petunjuk yang diberi Allah. Tiada guarantee 100‰. Semua dengan izin Allah. Semoga menjadi asbab semakin mendapat cinta Allah SWT.
Saya semakin hampir dengan impian. InshaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment