Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal.
Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaikan. Hati yang baik tempat bersemi segala sifat Mahmudah. Iaitu terpuji seperti mudah bersyukur biar sekecil perkara, mudah simpati dan membantu insan lain, mudah tersenyum biar sedang di raih cabaran hidup.
Mana datangnya hati yang baik ini. Imam Ghazali menggariskan panduan.
"Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran . Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga , carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, akan hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak lagi mempunyai hati".
- Imam Al-Ghazali
Ya cari hati di 3 tempat, pertama ketika membaca Alquran dengan sungguh - sungguh menghayati, kedua cari ketika sedang bersolat dan akhir sekali ketika mengingati mati.
Mendalami Alquran, bersolat dan mengingati mati, ada satu tindakan yang melibatkan hati. InshaAllah akan diterangkan dalam kisah seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Orang beriman yang beriman dalam ayat ini dikatakan orang munafiq oleh ulama tafsir. Mereka mengaku islam tetapi dalam hati mereka tidak ber...
-
Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengam...
No comments:
Post a Comment