Showing posts with label ULASAN EBOOK. Show all posts
Showing posts with label ULASAN EBOOK. Show all posts

Friday, 12 October 2018

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia sarat dengan ilmu.

MashaAllah segala prosedur penting dinyatakan. Ikut sahaja tips juga berbekalkan keyakinan kepada Allah pasti berjaya. Dunia perniagaan memang dunia tawakal kepada Allah tinggi. Ia tidak sama seperti makan gaji.

Penulisan yang baik hingga terbayangkan keseronokkan membelai diri di SPA.cInshallah penulisan ini akan membantu ramai yang mahu membuka spa dengan keunikan tersendiri . Di doakan kejayaan buat Puan Hani lebih lagi bila niat membantu ramai lagi insan di dalam bidang yang sama.

InshaAllah.

Nota buat Emak

Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang  seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengambil berat urusan  keluarga. Selepas peninggalan bapa, Long meneruskan peranan sebagai anak namun lebih dekat sebagai teman dari hati. Di dalam adik beradik Long terkenal tegas seolah mengambil alih tugas bapa . Tegas  juga pada kebaikan.

Kisah kehidupan Felda yang penuh kasih sayang. Semua mengimpikan kasih sayang kekeluargaan yang sama seperti kisah ini . Namun cabarannya juga besar. Umpama semua tersandar di bahunya. Gembira emak gembiralah dia. Resah emak , resahlah dia.

Penulisan sangat menarik , menunjukkan bahawa didikan emak berjaya membentuk Long sebagai manusia berakhlak kepada ibubapa. Dengan itu sebagai anak sulong , Long dihormati kerana tauladan yang di tunjukkan.

Semoga Allah terus mengabulkan impian long untuk menunaikan Haji bersama bondanya. Aamiin.

Anakku perjalanan masih jauh

Airmata saya bergenang dan menitik. Tak tertahan hati seorang ibu.  Puan Ida Kamalia dan suami diberi keindahan oleh Allah dan kekuatan untuk santuni anakandanya.

Tak tertahan bila membaca hanya SATU sahaja yang berjaya menembusi ovum untuk disenyawakan. Pasti sungguh yang dipilih oleh Allah itu sangat berhikmah. Begitu setiap  cabaran manusia itu tidak sama. Apa yang diharapkan adalah kecekalan hati . Sejenak terfikir betapa kita belajar dari kehidupan manusia.

Begitu dengan membaca kisah insan lain menyebabkan kita menambah kesyukuran. Di doakan kasih sayang yang berlimpahan buat mereka. Di doakan Allah menghadiahkan kemudahan dalam menyantuni anak - anak Syurga dan kesihatan yang baik.

Penulisan yang sempurna semoga menjadi panduan buat yang mempunyai pengalaman yang sama.


Thursday, 11 October 2018

Bagaimana memulakan business tudung kecilan


Tuan Fadzilah kaya pengalaman. Adat berniaga ada pasang surut. Jiwa kena kuat. Saya teringat. Saya graduan Business Study tetapi mak dan abah tidak menyokong saya berniaga. Abah dengan perniagaan kimpalannya dan emak dengan berniaga gerai makanan. Pengalaman tidak semudah itu. Mereka ada alasan kukuh.

Penulisan Tuan Fadzilah sangat menarik , Gaya bahasa mudah dan menarik pembaca terutama yang mahu berjinak - jinak dalam dunia perniagaan. Saya terpaku pada penceritaan ini. Begitu gigih Tuan Fadzilah menjalankan amanah di bumi Allah ini . Perjuangan mencari rezeki yang tidak putus - putus.

Hampir semua telah di cuba. Kedai kecil , kedai besar, kios dari pelbagai lokasi. Kedai depan, kedai di belakang. Memang born to be an Entrepreneurs .Sangat berbeza dengan orang yang makan gaji sahaja.

Penulisan ini menggabungkan pakej lengkap dari bermula, penjenamaan, segmen pasaran hinggalah tips demi tips yang membantu pendatang baru dalam dunia perniagaan.Indahnya ilmu ini hingga memberi pahala berpanjangan kerana menjadi sumber pendapatan orang - orang yang memerlukannya.

Tahniah Tuan Fadzilah. Saya suka.

Bangkit Selepas Bercerai



Subhanallah, Allah SWT mencipta wanita sangat istimewa . Biar kelihatan lemah lembut pada fizikal namun mampu membawa kandungan selama 9 bulan dengan penuh kasih sayang. 

Begitu dalam menghadapi ujian hidup , Allah bekal dengan kekuatan untuk bangkit kembali. Tulisan Puan Begum sangat membuka minda bagaimana wanita usah larut dalam kekecewaan . Penulisan ebook sangat bermotivasi serta dapat membantu wanita untuk bangkit meneruskan hidup dengan lebih baik. Insan bangkit tidak sama . Ada yang cepat ada yang bertahun. Mungkin pengalaman yang dikongsi serta kata - kata motivasi mampu menjauhkan wanita dari lemas terlalu lama dalam pengalaman perceraian.

Barangkali asbab tulisan ini , insan yang bernama wanita dapat melihat perceraian dari sudut positif bahawa Allah SWT sedang menyayangi mereka dengan menghadiahkan kehidupan baru yang lebih baik. Tahniah Puan Begum kerana membuka persepsi bahawa menyayangi Allah lebih utama dari menyayangi makhluk.

Mudah - mudahan Allah SWT redha.

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...