Showing posts with label BAB 1 - KENAL AL QURAN. Show all posts
Showing posts with label BAB 1 - KENAL AL QURAN. Show all posts

Wednesday, 10 October 2018

APA ADA PADA ALQURAN

Alquran diturunkan dari Allah ke Lauh Mahfuz dan kemudian ia turun pula di langit dunia iaitu Baitul Izzah secara sekaligus menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Kemudiannya di turunkan secara mutawatir iatu sebahagian demi bahagian kepada Rasulullah saw.

Banyak pendapat untuk perbincangan lebih dalam yang layak dikupas oleh hanya yang arif dalam bidangnya.

Di dalam Alquran ada pelbagai perkara seperti kisah Nabi dan Rasul, segala hukum hakam iaitu syariat Allah dan panduan hidup manusia sepanjang hayat.

Apabila Allah ceritakan kebaikan Allah juga akan ceritakan kejahatan supaya tidak terlihat sebahagian sahaja. Apabila Allah berkata tentang Syurga Allah juga bercerita tentang Neraka agar manusia tidak mengambil kesempatan di atas kasih sayang dan rahmat Allah hingga menunda - nunda kebaikan . Allah tidak hanya berkata soal neraka sahaja supaya tidak terlihat kezaliman sedangkan manusialah yang menzalimi dirinya sendiri.

Dalam Alquran ada 30 juzuk yang mempunyai 114 surah . Alquran mengandungi 6236 dan terdapatnya perbahasan ulama tentang bilangan ini .

Subhanallah menyelami ayat demi ayat yang terlalu banyaknya membuatkan kita leka dengan kasih sayang Allah . Mudah - mudahan kita dapat menguasainya. InshaAllah  

Saturday, 22 September 2018

KANDUNGAN EBOOK

Tajuk: Motivasi Al Quran.

Bab 1: Kenal Al Quran

Bab 2: Faham Al Quran

Bab 3: Al Quran dan Solat

Bab 4: Motivasi Al Quran

Bab 5: Mengurus hati

Bab 6: Hak Al Quran (Baca, amal, hafaz, sebar)

Wednesday, 19 September 2018

KENAL AL QURAN


Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ?


Jawapannya adalah dengan mengambil tahu Alquran itu apa ?

Oh , Alquran adalah kitab suci bagi orang Islam. Ia mengumpulkan kata - kata Allah dalam satu musyaf. Alquran itu indah kerana ia merujuk kepada sesuatu yang agung, mulia dan hebat. Di turunkan pula melalui perantaraan Jibril yang dikenali dengan nama Ruhul Qudus. Jibril adalah Malaikat terbaik di sisi Allah.


Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
(An Nahl : 102)


Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ? Adalah dengan Tahu bahawa Alquran adalah satu kitab yang ada banyak Peranan.

Alquran adalah sumber yang meneguhkan Tauhid. 

Saya berikan contoh. Juga dari ayat di atas.MashaAllah, bila kita sebut Meneguhkan Hati , Ia pasti berkait dengan Keyakinan. Adakah kita cukup yakin 100 % kepada Allah bahawa  DIA yang susun atur kehidupan kita dari awal pagi bangun hinggalah mahu tidur semula. Sewaktu tidur, kita tidak terlepas dari aturan Allah SWT. 

Setiap masa kita berada dalam aturannya. Bila berinteraksi dengan Alquran pasti kita sentiasa yakin dengan setiap inci kehidupan kita. Teguh bermaksud kuat dengan kebenaran dan kuatkan hati pada kebaikan. Itulah tauhid dengan merasa Allah itu Esa dan tiada campurtangan makhluk.

Alquran juga merupakan petunjuk. 


Ini bermaksud manusia mengambil kata - kata Allah sebagai panduan, bergantung pada kalamullah dalam setiap  urus hidup. Berpandu pada Al Quran dalam setiap urusan dan masalah yang ditemui dalam kehidupan . Dalam mencari rezeki, dia merujuk dan yakin pada kata - kata Allah tentang rezeki dan sebagainya. Bila Allah berkata bahawa rezeki manusia diberikan Allah dengan berkadaran, dia pun akur menambah taqwa.


Alquran juga sumber kekuatan emosi. 

Merupakan wadah untuk manusia mendapat kekuatan emosi. Apabila dinyatakan Syurga buat manusia yang beriman. Manusia pasti merasa seronok dan bahagia lalu bermula berbuat kebaikan . Maka khabar - khabar gembira di dalam Alquran adalah pujukan dari sudut emosi diri manusia.

MashaAllah bila dah kenal Alquran dan fungsinya. InshaAllah diceritakan bagaimana Mahu Faham di bab ke 2.





Saturday, 15 September 2018

PENGENALAN

"Cemburu betul !" getus Solehah. 

" Macamana dia boleh rapat dengan Alquran , bawa ke mana sahaja. Eh!  dia tak rasa pun malu dengan Alquran tu. Kenapa aku tak boleh macam tu? Aku pun nak juga ! Usah kata nak bawa ke mana - mana , kat rumah pun susah nak baca. Nampak tapi kat situ je lah Alquran  tu . Minggu depan pun begitulah juga".

MashaAllah.  Sebenarnya Alquran itu bukan untuk dibaca sahaja , tetapi lebih dari itu . Kita nak Alquran tu jadi apa,  itulah yang akan mengubah cara pandang kita kepada Alquran sekaligus kita bertindak mengikut apa yang mahu kita capai.

Saya tanya tuan tuan dan puan - puan . Ada bezakan Alquran untuk mendapat pahala dan Alquran sebagai Best Friend ?

Kalau untuk pahala, baca sahajalah pasti dapat pahala. Namun kalau sebagai Best Friend , boleh sahaja bawa ke mana - mana. Waktu seronok , bahagia, sedih , geram , bermotivasi, down , dia sentiasa kita mahu ada di sisi. Hingga terasa rindu bila tiada,  rindu bila tidak membaca. Indahnya,  dan tetap juga berpahala.

Namun Alquran bukan setakat itu sahaja.

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"
(Al Isra' : 82)


Maka kerana menghadkan fungsi Alquran menyebabkan kita belum bertemu keserasian dengan Alquran. Maka tanya diri kita sendiri. Kita nak Alquran jadi apa?


Alquran itu adalah penawar bagi insan . Kadang kala dalam kehidupan kita ada macam - macam episod kan ? Kita marah orang , orang terdengki kita, kita prasangka pada orang maka Alquran memberikan penawar dan mencuci hati kita dengan syarat mestilah Alquran itu kita amalkan isi kandungannya. 
Alquran adalah rahmat bagi orang beriman. Dengan rahmatlah kita masuk ke Syurga Allah SWT. 


Jadi jelas di sini, Alquran itu harus jadi Best Friend. 


Letak misi dahulu . Saya beri 20 saat .

MISI ALQURAN - BEST FRIEND !


Okay dah dapat jawapan kan ? Baik sekarang , bagaimana caranya nak kenal rapat dengan Best Friend kita ini .







Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...