Pesan buat saya; ubat segala penyakit hati dan penyakit fizikal sekali pun adalah Istighfar.
Bismillah,
“Mohonlah ampun kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Muzammil: 20)
”Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya. Sesungguhnya ubat segala dosa ialah Istighfar.” (Riwayat Alhakim)
"dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)" (Q.S. Al Anfal : 33)
Suasana akhir zaman ini, mudahnya kita berpenyakit hati, hingga kadangkala terbit pula dari perbuatan mulut, tangan dan kaki serta pandangan.
Allahuakbar yang dengannya mengundang pemikiran negatif dan hasilnya pastilah energi negatif juga lalu manusia sakit fizikal.
Ada dan ramai manusia dengan segala sakit seperti jantung, kanser dan sebagainya di sebabkan oleh tekanan sekeliling. Tenang tidak terhasil dalam aktiviti kehidupan mereka.
Apa ubatnya?
Istighfar kerana dengan memohon keampunan kepada Allah, inshaAllah akan datang Tenang.
Apalagi? Ialah Alquran yang di praktikkan dalam kehidupan. Di baca (tilawah), di fahami, di tadabbur, di amal dan di hafaz dengan sungguh - sungguh.
Apakah kesannya?
Jauh dari azab. Pesan buat saya lihatlah bahawa segala penyakit itu, sudahlah di dunia berdukacita lebih lagi di akhirat.
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Namun lihatlah sakit dari kacamata Rahmat dan Kasih sayang Allah maka di turunkan Alquran buat kita. Dihantar ingatan yang bukan kita mengalaminya secara direct. Dan akhirnya Allah beri reminder lagi.
أَفَلا يَتَدَبَّرونَ القُرآنَ
Maka apakah mereka tidak tadabbur Al Quran!
Allah beri teguran: tidakkah mereka tadabbur Qur’an? Adakah mereka tidak tadabbur Qur’an itu sampai mereka kena laknat?
Allahuakhbar.
Untuk kita bertindak. Sudah banyak saranan. Mohon pada Allah untuk Increase Taufiq. Iaitu tindakan.
Allahul mustaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment