Monday, 8 October 2018

KUSYUK SOLAT SIRI 3

Lagi ilmu kusyuk solat dari Kelas bersama Ustaz Muein. Saya seronok dengan ustaz ini kerana ilmu yang di bawa adalah ilmu Sunnah.  Sungguh Allah menghantar kita di dunia sebagai khalifah dan dibekalkan ilmu buat kita sebagai persediaan akhirnya pula sebagai bekal sebelum pulang ke akhirat lebih kekal.

Part 3

Bismillah.

‎‫إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ به مِن‬ ‫شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا‬ ‫مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ‬ أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه‬.

‎السلام عليكم ورحمة الله

🌳Kusyuk solat itu ilmu yang bermanfaat dan ia termasuk dalam amal soleh.

Dalam bahasa arabnya adalah

الخشوع kusyuk
فيdalam
الصلاهsolat

🌿Kusyuk solat juga adalah merupakan amalan soleh. Maka janganlah kita memandang remeh akan urusan tersebut.

🌿Solat yang betul sebenarnya akan mencegah kemungkaran.

🌳Antara sebab kita tidak kusyuk dalam solat : adalah apabila kita tidak amalkan ilmu yang di pelajari.

🌿Apabila ilmu yang kita ada
tidak di amalkan , kusyuk tidak akan di capai; Kemudian akhirnya doa pun tidak mustajab.

🌾Surah Al-Isra, ayat 107:🌾

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu):"Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka,mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

☝Ayat di atas menunjukkan sifat orang yang berilmu .

🌿Dari ayat di atas; Ilmu bermanfaat, ia akan memberi kesan tindakan  iaitu mereka terus *tersungkur sujud*. Mereka iaitu orang yang berilmu bukan sahaja tersungkur sujud tetapi mereka juga *semakin yakin dengan janji Allah SWT.*

Iaitu di dalam:

🌾Surah Al-Isra, ayat 108:🌾

وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "

Ini tanda yakin. Dan kesan seterusnya, mereka terus *tersungkur dan menangis;*
Sebenarnya tangisan adalah kusyuk.

Seperti dinyatakan dalam ayat berikut ini :

🌾Surah Al-Isra, ayat 109:🌾

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

_Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk._

🌿Daripada mana dia mendapat kusyuk?

Ialah dari ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat tentulah ada kesan dalam kehidupan.

🌾Surah Al Anfal :🌾
_Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila di sebut nama Allah hatinya gementar dan apabila dia di baca ayat2 Allah imannya bertambah._

🌿Kenapa hatinya gementar?  Sebab dia berilmu. Orang yang berilmu dia kenal Allah. Dia kenal Allah sebab berilmu.

Apabila disebut dalam Al Quran, *Innama* maksudnya hanyalah pasti. Pasti ini sahaja sifat orang beriman. Jika tiada sifat ini maka tidak berimanlah dia.

🌿 Apabila di baca ayat ayat Allah . Imannya bertambah.
Kita baca Quran hati tak gementar. Iman tak bertambah maknanya kita belum beriman. Dengar ayat Allah kita tak rasa apa - apa tetapi tengok drama nangis.

🌳Dalam contoh lain seperti ayat berikut.

🌾Surah Az-Zumar, ayat 9:🌾

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

_"Apakah sama orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna._

🌿Orang berilmu dalam ayat ini adalah yang bangun malam. Ilmu menghasilkan amal soleh. Ilmu menghasilkan solat kusyuk. Orang yang tidak solat malam adalah orang yang tidak berilmu kerana dalam hadith nabi kata kemuliaan orang yang  beriman adalah bangun malam. Solat malam adalah kebiasaan orang soleh.

🌿Kusyuk dalam solat berpunca dari ilmu. Salah saru tanda kusyuk adalah dia solat malam.

🌳Satu tanda aras untuk kita mengenal diri kita.

1-Takut dan mengharap.Ciri orang beriman. Dia takut dan berharap.

🌿Orang yang bangun malam sebab dia rasa solatnya tidak cukup. Nilai rahmat Allah terlalu besar.

🌿Adakah kita ini mencukupi syarat untuk masuk syurga seperti tersebut.

🌾Surah Adh-Dhariyat, ayat 15:🌾
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

_Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya._

🌿Siapa orang yang bertaqwa.Orang bertakwa adalah yang solat awal waktu, tak ambil hak orang dan sebagainya.

🌿Kenapa mata air. Sebab manusia suka air.

🌾Ayat 16:🌾
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

_(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan._

🌳Siapa muhsinin ?

🌾ayat 17:🌾
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

🌳Kenapa dia layak masuk syurga ?

Sebab dia muhsinin.

🌳Apa sikap orang muhsinin? Adalah dia sedikit tidur dan dia bangun malam. Lepas tahajud dia bersyukur dan minta ampun.

*Muhasabah*
🚫Orang yang bangun malam solat lama, masih minta ampun. Yang tak bangun malam lebih lagi kena minta ampun.Kemudian istighfar tak masa bangun subuh.Yang istighfar bangun subuh esoknya bangun malam lagi tak?

🚫Nak tolak setengah jam kepada tuhan yang  bagi umur panjang pun susah kita nak buat?

🚫Beza orang berilmu; semakin berilmu semakin bangun malam semakin takut. Orang tak berilmu terlepas bangun malam semakin tak rasa apa apa.

🚫Asas kepada kusyuk adalah berilmu .Maka pergilah belajar. Yang lebih penting belajarlah tadabbur.Bila semakin kenal tuhan semakin takut Allah. dan rajin bangun malam.

🌳Maka antara doa yang boleh kita hafaz dan amalkan  adalah seperti berikut.

🌷 *Do’a Berlindung Dari Ilmu yang tidak bermanfaat, Hati yang tidak Khusyu’, Jiwa yang tidak pernah puas dan Do’a yang tidak terkabul.* 🌷

اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسِ لاَ تَـشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يَسْـتَجَابُ لَهَا

Ertinya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”

Penjelasan :

Do’a ini bersumber dari hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : 4899, Abu Dawud : 1324. An Nasaiy : 3572, Ibu Majah : 3827, Ahmad : 8132,

Alhamdulillah.  InshaAllah kita bersambung dengan Fadhilat solat khusyuk.InshaAllah.

Semoga bermanfaat buat sahabat semua.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...