Wednesday, 10 October 2018

HATI DI PUNCAK UHUD

Bismillah,

Allahuakhbar,

Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.

Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.

Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.

Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².

Kata Bonda,  nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".

Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.

Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.

Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.

Insan sangat kerdil,  Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.

Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.

Ia umpama sahabat saling menyokong,  sampai di satu tahap,  tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.

Sambil berehat, muhasabah diri,  bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.

Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah,  apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan. 😥

Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.

Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula,  apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang  segigih Cinta Sayidatina Khadijah.

Saya merasai kasih sayang Allah.  PertolonganNya sentiasa dekat. 😭😭

Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.

Allahuakhbar!

Saat menuruni Jabal Nur,  benteng -  benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh -  sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.

Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.

Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah,  nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah,  ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.

Berjaya sampai di bawah,  umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.

Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.

"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.

Allahuakhbar!

Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama -  sama mendapat pelajaran.

Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati.  Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata,  perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.

Allahumma solli ala Muhammad. 💚💚

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...