Saturday, 6 October 2018
HIJRAH Al QURAN
Segala puji bagi Allah yang memberi nikmat masih bernafas di dunia ini di usia genab 42 tahun semalam.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar atas nikmat kasih sayangNya.
Terima kasih buat semua ucapan dan doa - doa sungguh menjadi momen dan asbab saya meneruskan kehidupan dengan bersyukur dikurniakan sahabat² sebaik Tuan tuan dan Puan - puan
Seperti dijanjikan pada yang mahu membaca kisah penghijrahan saya. Saya mula berhijrah ketika hadir di Seminar Bidadari Syurga tahun 2012.
Ketika itu ada slot bagaimana menjadi Hamba Allah yang bertaqwa, Ibu dan Isteri mithali dan anak soleh.
Subhanallah saya merasa sangat kerdil kerana di sisi Allah telah melakukan banyak dosa. Di sisi ibubapa dan suami saya bukan solehah dan sebagai ibu terlalu banyak amanah saya lalaikan.
Allah jentik hati saya ketika itu, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa seorang ibu seperti saya, andai saya tidak menjaga batas syariat.
Tindakan paling awal saya lakukan adalah mengeluarkan semua baju - baju di almari untuk di ganti dengan jubah. Saya masih ingat waktu itu mengajak suami ke kedai² membeli berhelai jubah.
Saya mula berjubah, meninggalkan jeans ketat dan tshirt. Melakukannya tanpa meminta izin dan berbincang dengan suami kerana apabila Allah telah redha, sudah sayang, apatah lagi manusia. Memang saya rasakan kasih sayang Allah SWT yang memberi hidayah waktu itu.
Saya mula berubah. Mula mengenakan stokin kerana terasa baju sudah longgar, kaki pula terdedah. Itulah masalahnya dengan baju kurung kerana niat menutup aurat itu terhalang apabila pakaian yang kita pakai itu ketat!
Saya berubah sikap menjadi lebih tenang. Tidak mudah marah². Belajar bersabar. Mula merasakan tiada ilmu. Memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga. Tidak mementingkan diri sendiri.
Sehingga suatu hari saya rasakan sesuatu. Saya belajar dalam bidang akaun dan business tetapi ilmu akhirat tiada yang melekat di hati. Akhirnya setelah meminta izin suami dan redha ibubapa serta dorongan dan doa sahabat tersayang Ti'Nie Har saya mula menuntut ilmu agama di Universiti Malaya dari tahun 2012 sehingga sekarang.
Bermula dengan Sijil Pengajian Usuluddin, Kursus Pengajian Bahasa Arab Al Bayan dan Kursus Pengajian Al Quran sekarang di modul 3.
Di dalam tempoh itu, kerana telah mula melazimi surau ketika masa rehat di pejabat, Subhanallah saya dilantik menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Kakitangan Islam Affinbank di dalam Lajnah Dakwah dan Kebajikan.
Berurusan dengan para asatizah menjemput dan membuat proposal Program Ceramah ke Affin Bank merupakan pengalaman yang sangat indah.
Saya dikelilingi orang² baik, Ustaz dan Ustazah yang apabila melakukan apa² sahaja, saya kira membawa imej² islam yang baik. Saya rasakan malu kepada diri sendiri andai saya bertindak melampau dalam urusan hidup.Ketika itulah saya berusaha menjaga do and dont dalam Islam dan masih berusaha. Allahuakhbar. Ujiannya sangat hebat.
Asbab hidayah Allah, saya mula menukar sistem pendidikan anak² kepada pendidikan penuh Islam dengan memasukan anak² ke sekolah intergrasi. Allahuakbar, rasa untuk tidak mahu anak² mewarisi hidup silam saya sangat kuat. Sanggup membayar yuran sekolah swasta anak sulung hampir berjumlah Rm1000 setiap bulan selama 5 tahun.
Allahuakbar.
Tahun 2014 saya dijemput menjadi tetamu Allah SWT mengerjakan ibadah umrah pertama. Umrah pertama sangat bermakna kerana saya yakin Allah telah menyediakan saya dengan ruang keampunan yang besar. Allahuakhbar. Melihat Kaabah kali pertama terasa melimpah kasih sayang Allah SWT. 😢
Hari ini genablah 2 tahun saya bergelar Trainer Al Quran dan Faham Bacaan Solat setelah saya berniat di bulan Ramadhan 2016 di Masjid Negara. Saya mahu memahami Al Quran dan mengajarkannya. Saya juga berniat Resign di Affin Bank.
Subhanallah, Allah makbulkan hasrat saya resign di Affin Bank pada November 17 setelah berkhidmat selama 22 tahun. Allah terus memberi lagi dan lagi dengan menjemput saya sekeluarga kembali ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada December 17 dan sekali lagi pada April yang lalu.
Allahuakhbar.
Tiada lafaz terbaik untuk saya nyatakan bahawa saya semakin kenal Allah. Allah memperkenalkan dirinya sebagai Ar Rahman, Ar Rahim, Ya Ghofur(Maha Pengampun) , Ya Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan Al Affuw. (Maha Pemaaf).
Saya tidak pernah putus duit. Tidak pernah tidak makan. Walau telah melakukan banyak dosa. Allah tidak pernah jemu menunggu dan tidak meninggalkan saya keseorangan.😥
Andai saya menzalimi diri sendiri maka saya selayaknya malu dengan Allah. 😢
Saya menulis kisah ini dengan meninggalkan rasa riak dan taajub supaya kita lebih mengenali Allah SWT. Saya orang biasa² yang dijemput menyebar AlQuran sebenarnya untuk diri sendiri. Sebagai peringatan setiap hari buat diri saya.
Inilah kisah penghijrahan saya dan saya yakin, MashaAllah Tuan Puan mengalami yang lebih baik dari ini.
Terima kasih kepada abah dan mak yang menjaga, melahirkan dan mendidik dengan penuh kasih sayang sementelah saya satu²nya anak perempuan dalam keluarga. Terima kasih suami, abang dan adik serta ipar duai dan sahabat² sentiasa menyokong, sahabat² di Affin Bank yang kalian semua mendoakan dalam nyata dan senyap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment