Sungguh saya tak tahu! Allah SWT yang tahu.
Selepas resigned, kata Puan Guru, cukupkan KPI dengan Allah SWT dulu. Biarlah rezeki datang kemudian.
Subhanallah saya insan kerdil. Kerdil sangat! Belum sempat lagi cukupkan KPI. Usaha tetap ada namun hanya Allah SWT yang tahu.
Tiba - tiba Allah SWT datangkan hadiah. Pagi semalam saya solat sunat sebelum bertemu Hajah Sarni. Waktu solat saya berdebar - debar. Oh memang azam tahun ini sebelum mulakan kerja nak minta tolong dengan Allah SWT. Selalu minta juga tapi tak proper!
Ingat tak nota saya post kelmarin.
“Dan mintalah pertolongan Allah SWT dengan jalan Sabar dan mengerjakan Solat, sesungguhnya ianya (solat) amat berat kecuali orang - orang yang kusyuk". (2:45)
Sempat juga saya doa. "Ya Allah jadikan aku keluar rumah ini sebagai satu ibadah buatku" . Terus drive sambil baca Istighfar, selawat Nabi saw dan "inna hazha larizqunna malahu minnafat". (sesungguhnya ini kami rezekikan tidak putus - putus).
Niat saya hanya satu. Asbab kecintaan Makkah dan Madinah, saya nak ajak semua orang pergi Tanah Suci tu. Saya nak jadi agen umrah Amazing Umrah Travel sambil sambung silaturrahim dengan Hajah ini, cerita pasal tahfiz dan kehidupan.
Kami bertemu masa Matta Fair 17. Rasa pergi Matta Fair ni boleh tahanlah juga. Macam mimpi indah di siang hari. Pergi jalan bahasa mudahnya. Siapa tak nak kan?
Saya pergi dengan rasa indah. Berjalan jauh pun sangka baik dengan Allah SWT. Kalau kita pergi Matta Fair tu memang bahagian Umrah hujung sekali. Di seberang sungai luar PWTC. Saya tahan sabar penat kaki berjalan. Susah di sini apalah sangat. Demi impian nak raikan bonda dan ayahanda. (Masa itu impian. Sekarang dah jadi kenyataan dan kenangan. Allah izin, alhamdulillah).
Panjang kami sembang dan bertukar cerita. Saya apa lagi. Modal cerita hijrah. Touching la sikitkan. Hajah pun sama. Berair - air mata kami muhasabah diri betapa Allah SWT Maha Penyayang. Masa tu Hajah pelawa saya ke office.
Bulan 9 membawa ke 16 Jan 2018. Allahuakbar! Allah SWT lorongkan saya buat benda yang tertangguh lama. Tangguh tu pun plan Allah SWT.
Tangguh nak berjumpa Hajah ini. Rupanya Allah SWT plan terbaik. Rasa seronok sangat masa kat Matta Fair tu rupanya ada pakej berganda. Sampailah berita gembira!
Nak tahu apa? Saya di lamar buat kelas di sana. Setiap minggu 2 atau 3x. Siapa pernah kahwin mesti rasa hebat dilamarkan. Tapi lamaran Al Quran lebih hebat dari itu!
Tak tumbuh tak melata.
Tak sungguh saya tak kata!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Siapa saya nak puji lagi kalau bukan Allah SWT. Saya tak pandai. Tapi bila Allah SWT tempatkan saya di situ, saya tahu amanah itu terlalu besar di galas.
Rahimnya Allah, Rahmannya Allah santuni insan kerdil seperti saya. Saya terkesima, memandang jauh - jauh perancangan Allah SWT.
Sahabat!
yakinlah dengan janji Allah SWT. Saya berkali - kali diberi. Diberi hidayah berhijrah, di ruangkan masa menuntut ilmu, diberi membayar yuran tinggi anak sekolah swasta 5 tahun kerana minta sekolah Jais tak dapat, suami diberi hadiah menunaikan haji, saya dapat peluang resigned, dapat imbuhan vss ketika berhenti kerja tiada simpanan (duit simpanan semua untuk tujuan belanja umrah 40k), diberi peluang meraikan ibubapa dan bawa famili ke umrah dengan saguhati mengajar selama setahun, diberi pelepasan awal dari kerja, November untuk mengerjakan Umrah, di beri izin mengajar Al Quran walau diri masih sangat lemah. Tak cukup space nak cerita pasal nikmat sahaja.
Allahu Allahπππ. Saya tak menunjuk. Cuma sharing kasih sayang Allah SWT.
Kata Hajah : 80% FOKUS pada FISABILILLAH.
20% baru untuk DUNIA.
Nikmatnya Hanya Pada Yang PERCAYA.
Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Moga Impian saya mengajar di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram tercapai!
Terus jadual saya penuh. Namun masa tetap flexible. Saya ada masa belah petang untuk study, homework, tulis manuskrip dan santuni anakanda, ayahanda dan bonda. Saya ada rabu untuk tambah ilmu.
Terima kasih Allah. Terima kasih sahabat - sahabat mendoakan dan menyokong. Terima kasih guru - guru Al Quran, Akademi dan guru - guru di office.
Saya sujud syukur sambil muhasabah diri. Ini pun nak selalu saya jadikan amalan. Sungguh rezeki Allah SWT itu terlalu luas.
Hati saya ikhlas nak sahabat semua rasa. Berjihadlah di jalan Allah SWT.
Barangkali buat saya!
Buat saya!
Ini pemberian tatkala jihad meninggalkan perbankan riba.
(buat saya wajib tinggal kerana peluang dan ruang mengajar).
Ini terbaik buat saya. Saya doakan kalian mendapat yang sama. Bertemu ruang dan peluang lain yang lebih indah. (Nota : Buat sahabat ustaz tak suruh resign dulu. Sehingga ada peluang lain.Saya doakan sahabat sentiasa di beri rahmat dan keberkatan).
Nota : Yang baik dari Allah SWT dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri dan saya memohon keampunan kepada Allah SWT.
Inshaallah. Allahulmustaan.
Allahumma solli ala Muhammad π π.
Semoga bermanfaat.
Di izinkan share andai ada manfaat !
#Impian Hajah tercapai.Nampak tak senyum sambil pejam.
#fahamQuran
#fahamSolat
#kusyukSolat
#FatahaAlmulk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment