Wednesday, 10 October 2018

BERSIHKAN HATIMU


Tenang datang dari hati yang di cuci bersih. Namun tidak semudah itu. Kata anakanda, "ibu tenang betul hidup ibu, adik belum lagi". MashaAllah , anak kecil pun tahu apa erti tenang.Selalu saya mahu menulis kisah ini namun selalu berhalangan . Barangkali Allah mahukan kisah yang ditulis itu ikhlas mahu mengurus hati. Bukan untuk membuka aib insan lain .Sungguh syurga itu mahal harganya dan didiami oleh insan yang hatinya bersih. Lalu di sinilah hikmah sebuah ujian .

"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata):

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "Surah Al-Fajr, ayat 27 - 30 :

Antara ujian manusia termasuklah habluminannas iaitu hubungan dengan manusia. Ada satu hadith Rasulullah saw mafhumnya ;

"Tidak akan masuk Syurga orang yang menyakiti jirannya"Allahuakhbar. Ada ujian bersabit. Tidak boleh ego diri, menyata kau salah dan aku benar atau sebaliknya. Tidak boleh bermasam muka. Tersenyum sahaja jalan terbaik dan anggap ini semua ujian Allah SWT.

Sentiasa berkata dalam diri, pujuk hati; Allah mahu menegur. Adalah itu yang tidak betul tentang diri. Allahuakhbar !!

Saya kisahkan kucing jiran yang membuang najis di rumah. Jiran sebelah rumah  menambak tinggi lantai depan, lalu pasir berkumpul di depan rumah ketika hujan. Hasil bawaan hujan lebat.

Lalu di situlah menjadi habitat haiwan membuang najis. Saya mengeluarkan belanja hampir RM1000 untuk membuat lantai simen di bahagian depan pagar . Tak cukup itu kemudian, tempat letak kereta yang bersih pun menjadi tempat pembuangan najis juga. Ada juga hal jiran membuang sampah di sebelah pintu masuk. Lalu saya mengupah contractor membina sekatan setakat tinggi tong sampah. 

Tulisan ini di harapkan tidak mencerca jiran, tetapi memandang dari satu sudut bagaimana Allah SWT menghadirkan cara untuk meraikan jiran dan utamanya dalam penyucian jiwa.
Hati yang bersih pasti bahagia. Hati yang bersih adalah hati bawaan penghuni syurga. Sekiranya mahu menjaga hati dan menjadi ahli syurga maka bersabarlah dengan ujian ini . 

Boleh sahaja menurut kehendak hati mahu menunjuk kesombongan dan menurut nafsu amarah . Allahuakhbar . Nauzubillahimindzalik. Namun untuk apa ? Sedangkan bahagia yang kita cari di dunia apatah lagi bahagia di akhirat yang kekal abadi . Alhamdulillah urus hatimu dengan Alquran. InshaAllah mendapat redha Allah SWT. Amin Ya Mujib. 

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...