Showing posts with label BAB 3 - AL QURAN DAN SOLAT. Show all posts
Showing posts with label BAB 3 - AL QURAN DAN SOLAT. Show all posts

Tuesday, 9 October 2018

TIPS UNTUK KUSYUK SOLAT

Kusyuk solat adalah dengan menghadirkan hati dalam solat serta fizikal turut terlihat bersama - sama dalam usaha kusyuk itu. Ada lagi satu yang membantu kusyuk iaitu bagaimana minda kita dapat di rehatkan sementara kita bersolat dalam erti kata tidak berfikir - fikir di dalam solat itu.

Usaha untuk kusyuk solat ini mengambil masa dan perlu jihad sungguh - sungguh . Solat 5 minit itu usahanya adalah dengan bagaimana kita mengingati Allah SWT selain masa solat itu . Maksudnya sekiranya selain dari masa solat itu, andai sentiasa mengingati Allah dan menjaga diri dari berbuat dosa maka ia sangat membantu mendapatkan kusyuk. Namun sekiranya tidak maka usaha harus lebih lagi.

Ada pelbagai peringkat lain juga iaitu apa yang dilakukan sebelum solat. Sebelum solat kita haruslah menyediakan masa untuk merehatkan minda kita. Berikut saya kongsikan turutannya.

Masa azan berdoa "Ya Allah bantulah saya jauhkan dari kerja - kerja dunia"

Semasa berwuduq minta dengan Allah "Ya Allah berilah saya kusyuk ".

Kemudian ambil Al quran dan baca dengan Tajwid. Beristighfar dan betulkan niat baru Solat.

InshaAllah usaha ini perlu berterusan di samping menjaga Taqwa di luar solat.

Allahul mustaan .


Monday, 8 October 2018

KUSYUK SOLAT SIRI 3

Lagi ilmu kusyuk solat dari Kelas bersama Ustaz Muein. Saya seronok dengan ustaz ini kerana ilmu yang di bawa adalah ilmu Sunnah.  Sungguh Allah menghantar kita di dunia sebagai khalifah dan dibekalkan ilmu buat kita sebagai persediaan akhirnya pula sebagai bekal sebelum pulang ke akhirat lebih kekal.

Part 3

Bismillah.

‎‫إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ به مِن‬ ‫شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا‬ ‫مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ‬ أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه‬.

‎السلام عليكم ورحمة الله

🌳Kusyuk solat itu ilmu yang bermanfaat dan ia termasuk dalam amal soleh.

Dalam bahasa arabnya adalah

الخشوع kusyuk
فيdalam
الصلاهsolat

🌿Kusyuk solat juga adalah merupakan amalan soleh. Maka janganlah kita memandang remeh akan urusan tersebut.

🌿Solat yang betul sebenarnya akan mencegah kemungkaran.

🌳Antara sebab kita tidak kusyuk dalam solat : adalah apabila kita tidak amalkan ilmu yang di pelajari.

🌿Apabila ilmu yang kita ada
tidak di amalkan , kusyuk tidak akan di capai; Kemudian akhirnya doa pun tidak mustajab.

🌾Surah Al-Isra, ayat 107:🌾

قُلْ آمِنُوا بِهِ أَوْ لَا تُؤْمِنُوا إِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهِ إِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ يَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ سُجَّدًا

Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang yang ingkar itu):"Sama ada kamu beriman kepada Al-Quran atau kamu tiada beriman, (tidaklah menjadi hal); kerana sesungguhnya orang-orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Quran kepada mereka,mereka segera tunduk sujud (dalam keadaan hiba dan khusyuk);

☝Ayat di atas menunjukkan sifat orang yang berilmu .

🌿Dari ayat di atas; Ilmu bermanfaat, ia akan memberi kesan tindakan  iaitu mereka terus *tersungkur sujud*. Mereka iaitu orang yang berilmu bukan sahaja tersungkur sujud tetapi mereka juga *semakin yakin dengan janji Allah SWT.*

Iaitu di dalam:

🌾Surah Al-Isra, ayat 108:🌾

وَيَقُولُونَ سُبْحَانَ رَبِّنَا إِن كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولًا

Serta mereka menegaskan (dalam sujudnya): "Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya janji Tuhan kami tetap terlaksana. "

Ini tanda yakin. Dan kesan seterusnya, mereka terus *tersungkur dan menangis;*
Sebenarnya tangisan adalah kusyuk.

Seperti dinyatakan dalam ayat berikut ini :

🌾Surah Al-Isra, ayat 109:🌾

وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا

_Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk._

🌿Daripada mana dia mendapat kusyuk?

Ialah dari ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat tentulah ada kesan dalam kehidupan.

🌾Surah Al Anfal :🌾
_Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila di sebut nama Allah hatinya gementar dan apabila dia di baca ayat2 Allah imannya bertambah._

🌿Kenapa hatinya gementar?  Sebab dia berilmu. Orang yang berilmu dia kenal Allah. Dia kenal Allah sebab berilmu.

Apabila disebut dalam Al Quran, *Innama* maksudnya hanyalah pasti. Pasti ini sahaja sifat orang beriman. Jika tiada sifat ini maka tidak berimanlah dia.

🌿 Apabila di baca ayat ayat Allah . Imannya bertambah.
Kita baca Quran hati tak gementar. Iman tak bertambah maknanya kita belum beriman. Dengar ayat Allah kita tak rasa apa - apa tetapi tengok drama nangis.

🌳Dalam contoh lain seperti ayat berikut.

🌾Surah Az-Zumar, ayat 9:🌾

أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

_"Apakah sama orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna._

🌿Orang berilmu dalam ayat ini adalah yang bangun malam. Ilmu menghasilkan amal soleh. Ilmu menghasilkan solat kusyuk. Orang yang tidak solat malam adalah orang yang tidak berilmu kerana dalam hadith nabi kata kemuliaan orang yang  beriman adalah bangun malam. Solat malam adalah kebiasaan orang soleh.

🌿Kusyuk dalam solat berpunca dari ilmu. Salah saru tanda kusyuk adalah dia solat malam.

🌳Satu tanda aras untuk kita mengenal diri kita.

1-Takut dan mengharap.Ciri orang beriman. Dia takut dan berharap.

🌿Orang yang bangun malam sebab dia rasa solatnya tidak cukup. Nilai rahmat Allah terlalu besar.

🌿Adakah kita ini mencukupi syarat untuk masuk syurga seperti tersebut.

🌾Surah Adh-Dhariyat, ayat 15:🌾
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ

_Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya._

🌿Siapa orang yang bertaqwa.Orang bertakwa adalah yang solat awal waktu, tak ambil hak orang dan sebagainya.

🌿Kenapa mata air. Sebab manusia suka air.

🌾Ayat 16:🌾
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ

_(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan._

🌳Siapa muhsinin ?

🌾ayat 17:🌾
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

🌳Kenapa dia layak masuk syurga ?

Sebab dia muhsinin.

🌳Apa sikap orang muhsinin? Adalah dia sedikit tidur dan dia bangun malam. Lepas tahajud dia bersyukur dan minta ampun.

*Muhasabah*
🚫Orang yang bangun malam solat lama, masih minta ampun. Yang tak bangun malam lebih lagi kena minta ampun.Kemudian istighfar tak masa bangun subuh.Yang istighfar bangun subuh esoknya bangun malam lagi tak?

🚫Nak tolak setengah jam kepada tuhan yang  bagi umur panjang pun susah kita nak buat?

🚫Beza orang berilmu; semakin berilmu semakin bangun malam semakin takut. Orang tak berilmu terlepas bangun malam semakin tak rasa apa apa.

🚫Asas kepada kusyuk adalah berilmu .Maka pergilah belajar. Yang lebih penting belajarlah tadabbur.Bila semakin kenal tuhan semakin takut Allah. dan rajin bangun malam.

🌳Maka antara doa yang boleh kita hafaz dan amalkan  adalah seperti berikut.

🌷 *Do’a Berlindung Dari Ilmu yang tidak bermanfaat, Hati yang tidak Khusyu’, Jiwa yang tidak pernah puas dan Do’a yang tidak terkabul.* 🌷

اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لاَ يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لاَيَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسِ لاَ تَـشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لاَ يَسْـتَجَابُ لَهَا

Ertinya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”

Penjelasan :

Do’a ini bersumber dari hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : 4899, Abu Dawud : 1324. An Nasaiy : 3572, Ibu Majah : 3827, Ahmad : 8132,

Alhamdulillah.  InshaAllah kita bersambung dengan Fadhilat solat khusyuk.InshaAllah.

Semoga bermanfaat buat sahabat semua.

Sunday, 7 October 2018

KUSYUK SOLAT SIRI 2

Alhamdulillah . Lepas pergi siri satu,  saya pergi pula siri 2. Harapan kusyuk masih ada.

Pagi ini kita sambung Kusyuk Solat

Part 2

Baik kita mulakan kuliah hari ini.

‎‫إنَّ الحَمْدَ لله، نَحْمَدُه، ونستعينُه، ونستغفرُهُ، ونعوذُ به مِن‬ ‫شُرُورِ أنفُسِنَا، وَمِنْ سيئاتِ أعْمَالِنا، مَنْ يَهْدِه الله فَلا‬ ‫مُضِلَّ لَهُ، ومن يُضْلِلْ، فَلا هَادِي لَهُ‬ أَشْهَدُ أنْ لا إلَهَ إلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ، وأشهدُ أنَّ مُحَمَّدًا عبْدُه ورَسُولُه‬.

‎السلام عليكم ورحمة الله

*Pembahagian Kusyuk*

🌳Ia terbahagi kepada 2

🔺kusyuk Iman
🔺kusyuk munafik

🚫Kusyuk munafiq yang ingin kita jauhi.

Iaitu;

Solat yang kelihatan nampak kusyuk tetapi hati melayang entah ke mana.

🌳Kata Saidina Umar ~Kusyuk bukan tunduk tetapi di dalam hati.

🌳Kata Huzaifah~ Badan fizikal kusyuk tetapi hati tak kusyuk.

Beliau menegur seorang lelaki yang tunduk.

Kata Huzaifah lagi ~

🔹Pertama hilang dari agama kamu adalah kusyuk;

🔹Dan yang kedua akan hilang adalah Solat dan hampir hampir  kamu masuk masjid tanpa ada seorang pun yang kusyuk.

🔹Dia berkata begitu pada bila? Pada zamannya ketika itu.

🔹Bagaimana pula pada zaman sekarang. Apakah maksud kata kata Huzaifah ini❓

#Sebagai renungan dan tindakan.

Semua kemungkaran bermula dari :

🔹 Solat yang tidak kusyuk.

Apabila tak kusyuk solat ;
Maka solat tak seronok.

🔹Tak mustahil manusia akan meninggalkan solat.

🔹Lalu mula solat lambat lambat dan akan tinggalkan solat.

🔹Apabila tinggal solat pula. Manusia tidak merasa apa apa kesalahan dan ia menjadi perkara biasa.

🔹Maka jawapan kepada hilang Agama tadi adalah :

🔹Bila tidak solat maka tiadalah agama bagi manusia.

Nota Part 1, scroll di wall saya.

Alhamdulillah .diberi izin Allah SWT untuk saya sharing harini.

Semoga bermanfaat buat sahabat semua.

Yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri.

Kita tutup dengan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr.
#mohon teguran jika ada kesilapan.
#notaSolat

NOTA KUSYUK SOLAT 1

Alhamdulillah guru saya Ustaz Muein penyampaian best sekali. Begini kuliahnya.

Kita bertemu dalam siri 1.

Ilmu kusyuk solat.

Baik pertamanya kita nak kenal apakah itu kusyuk?

🌱Kusyuk dari segi bahasa bermaksud :

Tunduk dan tenang

Dari Surah Al-Qalam, Ayat 43 :

Sambil pandangan mereka #tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan; dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.

Surah Taha, ayat 108 :

Pada hari itu mereka menurut seruan panggilan yang menyeru mereka dengan tidak dapat melencong dari menurutnya; dan #diam #khusyuklah segala suara kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya sehingga engkau tidak mendengar melainkan bunyi yang amat perlahan.

Dalam ayat ke 2, di bayangkan suasana di padang mahsyar di mana manusia semua diam tanpa mengeluarkan suara. Kenapa?

Kerana gerunnya kita semua pada waktu itu.

🌱Kusyuk juga bermaksud Diam.

Namun : Apabila manusia diam ketika solat, tidak bermakna dia kusyuk.

Dan apabila dia bergerak tak bermaksud dia tak kusyuk.

✔Baik kita dah tahu maksud kusyuk dari segi bahasa.

🌱Dari segi istilah Kusyuk maksudnya #tunduk kepada kebenaran.

Satu perkara yang paling penting untuk kita tahu bahawa apabila kita tunduk kepada perintah Allah SWT,

Barulah kita akan tenang.

Dan hanya apabila tenang , baru kita boleh mencapai kusyuk.

Apabila mata/telinga/seluruh perbuatan semua selari dengan Allah SWT maka ;

dapatlah kita mencapai kusyuk.

🚫tak mungkin kita kusyuk 10 minit ,
jika seluruh waktu tak selari dengan Allah SWT.

Macamana nak kusyuk solat jika selepas solat kita dedah aurat.

Ustaz memberi beberapa contoh.

⚡Apabila kita bercakap, kita bercakap tanpa berfikir.

kemudian solat Zuhur kita mahu kusyuk. Mustahil !

⚡Kita tak baca Al Quran dan tak rasa kebesaran Allah SWT .

mana mungkin kita kusyuk di dalam solat.

🌱Kusyuk juga adalah #takut berterusan di dalam hati.

Apabila di ingatkan akan kesalahan terus dia menerima teguran.

Bila takut pada Allah dan buat kesilapan, terus dia bertaubat.

🌱Dan kusyuk itu tempatnya di hati.
Dan;
Kesannya merebak kepada fizikal.

Bayangkan ada kisah insan yang terpaksa di potong kakinya takut merebak penyakitnya.

Beliau seorang yang waraq, tidak mahu minum ubat yang mengandungi bahan terlarang. Hingga sebabkan beliau hilang kewarasan.

Lalu beliau memilih untuk di potong kaki itu ketika beliau solat.

Sungguh tinggi kusyuk insan tersebut.

Kata Ibnu Abbas ~Solat itu di beri pahala setakat Faham dan Kusyuk.
Allahuakhbar

Alhamdulillah.Kita dah memahami maksud kusyuk dari segi istilah dan bahasa.💚

Kita tutup dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr.

InshaAllah nanti bila free kita sambung bahagian

2-kata Huzaifah
3-kusyuk dalam solat adalah ilmu bermanfaat dan amalan yang soleh
4-fadilat kusyuk
5-hukum kusyuk.

Allahu taala aklam.

Wednesday, 3 October 2018

INGIN KUSYUK SOLAT


Teringin sangat nak kusyuk solat.

Ya Allah, mula dulu, nikmat nak belajar bacaan solat tu Allah hadirkan macam air laju mengalir ke pembentung. Air yang laju tu umpama kemahuan yang sangat - sangat.

Tapi tertanya - tanya boleh ke capai maqam kusyuk ni. Sedangkan ulama pun tak berani kata dia kusyuk.

Dah kusyuk ke solat saya sampai boleh pula nak sharing Faham Bacaan Solat?

Jawapan apa pun pasti kita mahu memperbaiki solat kita. Kita je yang tahu solat kita kualitinya di mana. Selagi tidak mencuba,  kita juga tak tahu rasanya bagaimana.

Subhanallah.
Bukan pada cara bagaimana tetapi niat nak upgrade solat itu yang penting.

Kalau mahu cari cara susah tapi kita tak mampu ikuti. Maka sampai kembali bertemu Allah, tidak merasa solat yang indah.

Faham Bacaan Solat asbab kusyuk diraih. Tapi siapa yang boleh beri. Hanya Allah yang memberi. Kita mampu usaha sahaja.

Mohonlah taufiq agar Allah memilih kita. Buat saya,  rasa itu terlalu indah walau setakat Al Fatihah,  walau setakat doa 2 sujud.

Namun mohon pada Allah kerana kadang kadang dia beri semua sekali. Kita pula terkejut kerana bagi Allah hanya dengan Kun Fa Ya Kun sahaja.

Walau kita orang biasa. Harapan masih ada. Nikmat bersolat untuk semua.

Tuesday, 2 October 2018

BERJAYA ORANG KUSYUK SOLAT

Sebelum ini saya kongsikan satu ayat iaitu

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya.”
Surah Al-Mu'minuun ayat 1-2

Dalam ayat ini,  Allah berkata bahawa orang yang berjaya adalah orang beriman yang kusyuk dalam solatnya. 

Bagaimana pula kaitannya kusyuk dengan kejayaan.  Antara elemen penting yang ingin saya tekankan adalah kusyuk itu sebenarnya adalah latihan fokus kepada perkara - perkara di luar kehidupan manusia. 

Ramai manusia sudah tidak fokus kepada sesuatu kerja. Bermaksud dalam lakukan sesuatu kerja,  kepala bercabang - cabang memikirkan perkara lain. Sedang menaip tugasan,  terpandang mesengger.  Sedang buat filling tiba - tiba menjawab panggilan telefon kemudian terlupa apa sedang dilakukan. 

Ini menyebabkan pekerjaan yang dilakukan tidak tepat atau berkemungkinan berlaku kesilapan.  Lebih teruk pekerjaan yang sepatutnya siap dengan hanya 15 minit bertangguh menjadi 30 minit. 

Berbeza dengan manusia yang fokus kepada pekerjaan, yang difikirkan hanya pekerjaan di yang sedang dilakukan maka ia menjadi salah satu sebab manusia ini mencapai laluan kejayaan dengan lebih dekat. 

Sebab itulah Allah menekankan dalam ayat ini bahawa berjayalah orang yang kusyuk kerana kusyuk itu dapat membina manusia yang fokus kerja dilakukan dengan sungguh - sungguh. 

Sekiranya mahu melatih diri fokus maka latih diri untuk kusyuk di dalam solat. Menjaga waktu solat di awal waktu sahaja tidak mencukupi. Paling utama dari yang utama adalah belajar kusyuk, usaha kusyuk dan menambah kusyuk. 

Mudah - mudahan ini menjadi asbab untuk kita mencari ilmu kusyuk solat,  inshaAllah. 


Monday, 1 October 2018

INDAH AL QURAN DALAM SOLAT

Alquran dibacakan di dalam solat hukum bacaannya sunat. Ramai generasi sekarang yang meninggalkan bacaan ini kerana kesibukan.  Sedangkan meninggalkannya merupakan kerugian sangat besar.

Allah memberi nikmat bersolat buat yang mahu. Solat ini medium untuk kita berinteraksi dengan Allah. Semasa bersolat di mestikan kusyuk.

Apa itu kusyuk?  Kusyuk itu seolah tiada perkara lain yang difikirkan hanya Allah SWT.  Berada dalam keadaan yang indah sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

Dalam Alquran Allah kata bahawa orang yang kusyuk adalah orang yang berjaya.


“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]


Inilah yang mahu dicapai. Lalu Alquran yang dibacakan merupakan satu nikmat untuk kita menghayati solat dengan lebih baik. InshaAllah akan dikongsikan lagi bab ini.

Alquran di dalam solat juga merupakan antara praktikal hafalan ayat ayat Alquran. Di luar solat,  Alquran dibaca sehingga betul dengan bantuan musyaf. Mana hukum tajwid yang panjang di panjangkan,  yang dengung di dengungkan. Di dalam solatlah dipraktikkan semuanya.

Apabila Alquran dibacakan dalam solat dengan memahami maknanya. Kesannya sangat hebat membantu kusyuk. Bayangkan membaca surah An Nas sahaja.  Kita memohon perlindungan dari Allah SWT yang mencipta,  Allah SWT yang memiliki dan Allah SWT yang disembah.

Memohon perlindungan dari syaitan yang sentiasa mencari sebab untuk melalaikan kita. Lalu kita solat sungguh - sungguh kerana terasa kebergantungan kepada Allah SWT.

Sungguh tinggi nilai Alquran di dalam solat. Mudah - mudahan kita tidak meninggalkan nikmat yang mahu Allah SWT berikan kepada kita ini.

Allahul mustaan.

Sunday, 23 September 2018

JAGA SOLAT

Jaga solat umpama jaga roh dari terlantar kesakitan. Apabila solat tidak dijaga maka sakit kerana tidak berhubung rapat dengan PenciptaNya. Kesannya solat tidak dapat mengubah hidup kita. Sakitkan , mana mampu nak berbuat apa - apa.
Jika ada masalah menangguh - nangguh kerja, itu kerana kita telah menangguh - nangguh waktu solat. Kerja yang paling utama. Jaga solat ini pada saya ialah dengan melihat berjarak lama mana kita solat selepas waktu solat sudah masuk.
Dulu waktu bekerja , ada masa dekat nak bonus, Pihak Human Resource akan buat spot check. Jam 8.45 pagi mereka sudah sampai di bawah memegang attendance untuk ambil nama siapa lewat . Padahal sistem sebenar, attendance di letak di pejabat masing - masing. Wah ! waktu tu memang kelam kabut staff semua datang awal. Akibatnya ? Tidak bertenanglah . Tersebar gosip gosip panas memarahi majikan takut ada effect pada bonus. Ini cerita dengan manusia pun ada masa tertentu kena patuh. Lebih lagi dengan Allah.
So samalah dengan solat awal . Bermakna azan sahaja , kita sudah sedia dengan wuduq atau sekurangnya dalam perjalanan ambil wuduq atau setidaknya ada di lift tunggu que.
Semakin jaraknya jauh dengan waktu azan , contoh zuhur 1.10 tengahari, kita solat jam 2 petang , berjarak 50 minit. Maka itu bukan solat awal. Pada kita masih awalkan. Kalau begitu pegangan kita maka kita akan terjerumus bersangka - sangka jam 3.30 solat masih awal kerana waktu luput jam 4.14 petang. Sudahnya kita tertipu, memegang prinsip, "masih sempatkan... janji buat !".
Tidak sama kesan janji buat dan solat awal. Subhanallah.
Allahuakhbar,
saat kita memegang prinsip itu sebenarnya kita lupa hendak bersyukur sedalam - dalamnya. Sedangkan syukur itu bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah, tapi perbuatan tidak seiring. Syukur itu dengan tidak membuat Allah ternanti - nanti hambaNya mahu berbicara dengannya , mahu meluah segala keserabutan dunia. Allah tidak berkehendak pada solat kita.
Subhanallah,
ada pelbagai jihad untuk keluar dari kelakuan menangguh - nangguh solat . Untuk solat ketika di rumah atau pejabat, mungkin cabarannya kurang berbanding di luar namun kena muhasabah juga bergelumang dengan kerja rumah dan tugasan pejabat. Adakah kita boleh pause diri dari terleka.
Contoh ini ketika kita dengan aktiviti luar. Untuk jaga waktu solat kena;
1- Keluar dari suasana selesa, "masjid ni tak biasalah" . Usah ambil kira itu . Semua masjid sama sahaja . Niat mahu solat itu dan yang penting Allah sedang tunggu.
2- Keluar dari perasaan mahu cari toilet bersih . Ini susah nak cakap , ketika ada perasaan ini , sedarlah kita juga manusia yang cuma di cipta dari tanah. Kalau tiba - tiba di takdirkan bertemu tandas kotor maka sedarlah bahawa Allah sedang beri peluang untuk sedekah bersihkan dengan tangan sendiri. Ini sangat ber'alasan', jarang sekali tandas kotor.
3-Keluar dari rasa sempat lagi solat di rumah. Contoh, sempat sampai sebelum maghrib. Sekali lagi azam nak solat awal waktu akan terkandas lagi. Kita tidak dapat menduga apa berlaku dalam perjalanan. Risau - risau jalan jem dan sebagainya. Dugaan hati juga tidak kurang beri kesan. Kita tidak akan tenang. Manakan tidaknya, ada hutang belum selesaikan. Begitulah adatnya.
Baik cukup tiga dulu. Yang lain pasti boleh difikirkan sendiri mengikut pengalaman. Ok for now saya nak cerita impak solat awal. Cukup dua sahaja contohnya. Bukan sahaja puan - puan, saya juga pejuang solat awal.
Ada satu post facebook yang saya buat sebaik selesai solat awal waktu. Sungguh kerja kerja lepas solat awal adalah Allah hadiahkan pada kualiti Terbaik. Post itu Alhamdulillah mampu menyentuh hati ramai orang yang membacanya . Like lebih 200. Bukan like sandarannya tetapi menunjukkan dakwah itu sampai pada level satu. Berubah itu level dua, dari hidayah Allah SWT.
Impak solat awal, contoh lagi saya beri. Semalam sebenarnya saya tertunggu - tunggu posmen Pos Laju menghantar tempahan Rempah Bubur Asyura. Dulu - dulu tak rasa apa - apa pun bila utamakan pos laju sebagai perantara waktu solat, hati pun tak bertenang, solat tak kusyuk. Berfikir bagaimana kalau pos laju sampai, aku pula sedang solat. Semalam berbeza saya tidak kisah Pos laju. Terus solat awal. Sebaik sahaja solat selesai , tiba - tiba posmen Pos laju pun sampai . Lalu terus saya keluar dengan telekung.
MashaAllah, Allah benar - benar menyampaikan saya dan menyempatkan saya mengambil bungkusan itu. Adik pos laju sangat baik akhlaknya. "Terima kasih kak" . Dia sempat sampai , mungkin asbab solat awal, sebelum sampai ke rumah saya, Allah merencana dia berhenti sebentar menyusun bungkusan yang mahu di hantar. Kita tidak tahu tetapi Allahlah yang menggerakkan hati. Allahuakhbar.
Buka - buka bungkusan ada lebihan barang . MashaAllah berbungkus - bungkus sup bunjut dihadiahkan, ada juga rempah perapan serba guna. Sudah di rezekikan hati tenang sudah solat, di gembirakan hati menerima hadiah dari penjual .
"...Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir..." (Al-Ma'arij :19-21)
Sifat-sifat dasar fitrah yang ada pada manusia adalah berkeluh kesah, gelisah dan bakhil. Namun, ada pengecualian :
"...Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solat..." (Al-Ma'arij : 22-23)
Yang pertama adalah mengerjakan solat dan selanjutnya apa...???
"...Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta) (Al-Ma'arij : 24-25)
Kisah infaq , saya teringat , kisahnya begini . Bila saya bekerja sendiri, kadang ada hari tidak keluar rumah bertemu manusia maka saya melebihkan bayaran urusniaga online sebagai cara infaq. Infaq itu sifatnya hari - hari. Ucapnya sebagai hadiah , maka peniaga sangat gembira . Bukannya banyak pun, namun mashAllah mereka sangat bahagia. Samalah dengan peniaga rempah ini , sebaliknya dia juga mahu berbuat baik memberi macam - macam.
Allahuakbar maka cukuplah contoh di atas untuk kita melihat bagaimana menjaga solat dan di iring pula sikap sentiasa menjaga infaq, memberi banyak impak dalam kehidupan seharian .
Oh saya nak share satu tempat solat bertentangan di KIP Hotel Jalan Ipoh. Di kawasan Shell. Saya berhenti sebaik sahaja waktu asar. Dalam keadaan hujan sedang lebat. Cantik dan selesanya surau kecil ini . Tempat mengambil wuduq tersorok. Tidak perlu keluar dari tempat solat. Ini akan menjadi tempat favourite saya andai berhubungan dengan urusan di Akademi Sahabat Quran Malaysia dalam rangka menjaga solat.

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...