Thursday, 4 October 2018

USAHA FAHAM AL QURAN

Saya lanjutkan lagi tentang usaha Faham Al Quran . Kita akan pergi kepada istilah Tadabbur.
Faham amat penting untuk ambil semua Nota Kehidupan dari Alquran. 


Kisah dalam Alquran tu adalah dalam hidup kita. Nota itu adalah kata - kata Allah, firman Allah, kalam Allah. Saya gunakan istilah Nota Kehidupan sebab nak bagi nampak best dan sungguh memang best sahabat sayang.
Faham Alquran membuka jalan kedua iaitu  Tadabbur. Tidak tadabbur, tiadalah faham Al Quran. Baca terjemahan itu adalah surface sahaja iaitu Level satu .

Sahabat Fb saya ada banyak peringkat ilmukan . Allah beri kita kelebihan pada bidang lain jadi baca terjemahan itu level 1. Baru mahu di asah skill itu. Support mereka , bagi mereka semangat . Usah kata dulu "eh suka - suka tafsir sendiri: Okay .

Untuk yang dah baca terjemahan masih usaha nak habis teruskan . Apa nak dibuat pada ayat yang di baca itu . Akan jumpa pula level seterusnya Tadabbur.

Tadabbur ini apa ?

Ialah satu proses berfikir untuk hayati ayat Allah ini . Berfikir dan kaitkan dalam diri, memahami hikmah iaitu maksudnya. Ia juga adalah proses merenung ayat Allah secara mendalam. Ya sampai ke lubuk hati paling dalam .

Hasan Ali berkata :  " Bacalah Alquran hingga boleh mencegahmu dari melakukan dosa.Bila tidak mencegah dari berbuat dosa itu tandanya kamu tidak membacanya ".

Subhanallah. Bagaimana mahu baca hingga cegah dosa adalah dengan Tadabbur. Bagaimana pula untuk tadabbur hingga cegah dosa. Ia adalah melalui hati. Mediumnya hati. Terkesannya adalah hati. Jadi hati yang terkesan dengan Alquran maka akan pengaruhi tindakan yang baik.

Namun kenapa masih belum buat .Antara jawapannya adalah merasa dan yakin bahawa faham Alquran itu susah. Sedangkan kalau Alquran itu susah maka tak sampailah tujuan Alquran itu di turunkan. 

Sedang kita tahukan Alquran bukan untuk orang Arab sahaja.

"Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran "
(Al qamar :17 )

Andai Allah sudah kata mudah maka siapa kita untuk berkata susah . Andai kita terasa dengan kesedihan Rasulullah saw. Silakan bermula dengan tindakan ye sahabat semua.
Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Qur’an ini sesuatu yang tidak diperhatikan”. (Furqan :30)

Sayu rasa hati .Barangkali dengan emosi ini kita lebih kuat, lebih fokus, lebih serius untuk bertindak .

Allahul mustaan. 

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...