Monday, 1 October 2018

KENAPA FAHAM ALQURAN

Kenapa kena Faham Al Quran.

Sebab kita nak tahu Allah kata apa?

Selalukan kita nak dengar manusia kata apa,  mak kata apa,  suami kata apa,  anak - anak kata apa.

Lalu Alquran adalah apa Allah kata buat kita. Allah kata dengan kasih sayang hatta yang diceritakan Azab juga tersirat kasih sayang. Umpama bercinta dengan kekasih hati,  merindui siang malam,  rasa seronok nak dengar kata Allah.

Saya beri contoh;

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.

Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
(al-Mu’min : ayat 60)

MashaAllah,
Allah Mahu agar kita sentiasa mendambakan Dia dengan sentiasa berDoa.  Ada insan masih belum dihadiahkan oleh Allah rasa indah berdoa dan perlu berdoa.  Maka kalau bertemu ayat ini boleh tersedar,  "Ya Allah ini rupanya yang Engkau mahukan" .

Selepas bertemu ayat ini,  ada setengahnya masih belum dihadiahkan taufiq tetapi bila terngiang di kepala akan azabnya orang yang dikatakan sombong asbab tidak berdoa itu,  terus saja dia berdoa. Mula mula paksa diri.

Lalu mengubah persepsi dia hari itu juga dan inilah yang dipegang sampai bila - bila.  Mula doakan diri sendiri akhirnya dia berdoa untuk orang tersayang dan sahabat- sahabat. Bila tidak berdoa rasa pelik,  bila tak berdoa rasa tidak complete hari itu buat dia.

Ha!  lalu inilah keindahan Faham Alquran.

Apa tindakannya dari mesej ini sahabat - sahabat?

Mulalah baca terjemahan.  Yang mahu di kejar bukan lagi khatam bertahun - tahun. Tetap dapat pahala tetapi kali ini adalah mahu tilawah disertai dengan baca Terjemahan.

Biar separuh page tapi yang di baca di fahami.

InshaAllah sama - sama kita.

Allahumma solli ala Muhammad

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...