Hendak berilmu;
FAHAM AL QURAN
pesan buat saya yang dihadiahkan limpahan kasih sayang dari Allah SWT melalui Alquran. 💕
Alquran ini kena luang masa dan tenaga, tanda kita serius.
Untuk terus belajar dan belajar kerana manusia bukan terus pandai. Buat umpama zaman kita study dulu. Dengan tugasan, cari buku sana sini sebagai rujukan.
Disiplinnya tetap sama. Kalau ada penyakit malas, saya Pesan diri untuk Istighfar berkali - kali sampai Alquran itu diambil. Barangkali ada sebab lain seperti dosa penyebab malas itu.
Bismillah,
"Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar),
Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk,
serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa".
(Muhammad ; 17)
Ayat ini bahawa Allah pesan, orang yang awalnya tidak tahu kemudian dia masuk kelas Alquran misalnya. Tak kisahlah kelas baca Quran, amal Quran atau apa - apa Quran sekali pun akan diberi tambahan hidayah dari rasa mahu tahu tadi.
Asbab mereka berilmu tadi, Allah beri tambahan Taqwa. Taqwa ini buatkan mereka bulat dengan kebenaran walau pun banyak isu yang ditimbulkan dari orang yang hendak jatuhkan agama. Jika Allah tak tambah Taqwa tadi mungkin manusia tiada kekuatan diri. Lalu mereka terikut - ikut.
Begitulah pentingnya ilmu dan kelas pengajian Alquran, Allah beri upgraded hidayah dan taqwa.
Moga dapat kita susun kehidupan dan jadual kita untuk keutamaan mencari ilmu.
Allahumma solli ala Muhammad
Astaghfirullaha wa atubu ilaih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment