Thursday, 4 October 2018

KIAMAT DAN KEMATIAN

Ya betul masa semakin suntuk. Saya turut merasakannya. Suasana manusia di Palu, dengan "Allahuakhbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar tidak lekang di mulut".

Suasana gelap bergoyang - goyang tika mereka lari bertempiaran.

Manusia pasti berasa takut. Seberani manusia. Tiada terkecuali dari rasa takut.

Bismillah,

" Demi sesungguhnya!

Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan,

dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar".
(Al Baqarah : 155)

Bila melihat kawasan sasaran gempa termasuk Malaysia,  Allahuakhbar betapa saya merasakan bahawa mati semakin mendekati.

Kita tidak tahukan kerana sering juga kita berseorangan.  Begitu pun anak anak dan suami kita. Namun dalam takut itulah kita sering terlupa dan terlalai.

"(Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya)

maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut,

kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya.

Kalaulah demikian, maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka - apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?"
(Muhammad : 18)

Kata Allah,  mereka itu mahu tunggu lagi kah? Mereka mahu tunggu sampai kena azabkah. 😭

السّاعَØ©َ

 yang disebut itu boleh bermaksud ‘Kiamat Besar’ ataupun ‘kiamat kecil’ yang bermaksud ‘mati’.

Datang ia secara mengejut.

Berbeza orang kafir, mukmin pun akan mati mengejut juga kerana orang mukmin pun tidak tahu bilakah dia akan mati.

Tapi mati mengejut tidak menjadi bahaya bagi orang mukmin kerana orang mukmin sudah bersedia, tapi amat bahaya kepada orang fasik.

Sediakah kita?

Dan terdapat tanda - tanda

Hadis dari Imam Bukhari;

"ia pernah menyaksikan Rasulullah Saw. berisyarat dengan kedua jarinya, iaitu jari tengah dan jari yang mengiringinya seraya bersabda:

Aku diutus sedang (jarak antara) aku dan hari kiamat sama seperti kedua jari ini".

Allah kata lagi kalau dengan Rasulullah saw pun tidak boleh berubah. Alquran pun tak mampu berubah.  Apa lagi yang buat mereka berubah. Di akhir nanti,  iman sudah tidak berguna lagi. Allahuakbar

Astaghfirullaha wa atubu ilaih.

Moga moga jadi panduan buat kita terus study Alquran untuk terus berada di jalan lurus.

Allahumma solli ala Muhammad.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...