Thursday, 4 October 2018

MUNAFIQ DAN RAGU - RAGU

Orang beriman yang beriman dalam ayat ini dikatakan orang munafiq oleh ulama tafsir. Mereka mengaku islam tetapi dalam hati mereka tidak beriman kepada Allah. 

Lagi satu tafsir mengatakan bahawa yang di tuju ayat ini kepada orang Islam yang lemah iman. 

Bila jumpa ayat tentang orang munafiq, perhatikan ciri - cirinya ada pada kita tak?

Nauzubillahimindzalik.

Bismillah,

“Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata:

"Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?"

Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan musuh),

sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati;

dengan yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka".
(Muhammad:20)

Bila turun surah perang, mereka tak mahu pergi pun kerana takut, bukan mahu berjuang untuk Islam. Perang adalah mempertahankan Tauhid. Macamana nak pertahankan kalau Tauhid mereka pun tak kukuh.

Dalam hati mereka ada penyakit iaitu ragu - ragu dengan Islam.

#Pesan buat saya.

Allahuakhbar nilai diri kita sendiri. Ada tak kita ragu - ragu dengan Allah. Ada tak kita ragu-ragu dengan Sedekah, hingga kita rasa akan sebabkan kita muflis.

Ada tak kita ragu - ragu dengan buat baik, Allah tak kan balas kebaikan dengan kebaikan lain. Lalu kita tangguh - tangguh nak buat kebaikan.

Ini sangat kecil berbanding jihad perang tetapi bila kita tidak suasana perang, jihad kebaikan pun sangatlah besarnya.

Jihad baca dan study Alquran secara serius. Dah mula ke belum? 

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...