Sunday, 23 September 2018

JAGA SOLAT

Jaga solat umpama jaga roh dari terlantar kesakitan. Apabila solat tidak dijaga maka sakit kerana tidak berhubung rapat dengan PenciptaNya. Kesannya solat tidak dapat mengubah hidup kita. Sakitkan , mana mampu nak berbuat apa - apa.
Jika ada masalah menangguh - nangguh kerja, itu kerana kita telah menangguh - nangguh waktu solat. Kerja yang paling utama. Jaga solat ini pada saya ialah dengan melihat berjarak lama mana kita solat selepas waktu solat sudah masuk.
Dulu waktu bekerja , ada masa dekat nak bonus, Pihak Human Resource akan buat spot check. Jam 8.45 pagi mereka sudah sampai di bawah memegang attendance untuk ambil nama siapa lewat . Padahal sistem sebenar, attendance di letak di pejabat masing - masing. Wah ! waktu tu memang kelam kabut staff semua datang awal. Akibatnya ? Tidak bertenanglah . Tersebar gosip gosip panas memarahi majikan takut ada effect pada bonus. Ini cerita dengan manusia pun ada masa tertentu kena patuh. Lebih lagi dengan Allah.
So samalah dengan solat awal . Bermakna azan sahaja , kita sudah sedia dengan wuduq atau sekurangnya dalam perjalanan ambil wuduq atau setidaknya ada di lift tunggu que.
Semakin jaraknya jauh dengan waktu azan , contoh zuhur 1.10 tengahari, kita solat jam 2 petang , berjarak 50 minit. Maka itu bukan solat awal. Pada kita masih awalkan. Kalau begitu pegangan kita maka kita akan terjerumus bersangka - sangka jam 3.30 solat masih awal kerana waktu luput jam 4.14 petang. Sudahnya kita tertipu, memegang prinsip, "masih sempatkan... janji buat !".
Tidak sama kesan janji buat dan solat awal. Subhanallah.
Allahuakhbar,
saat kita memegang prinsip itu sebenarnya kita lupa hendak bersyukur sedalam - dalamnya. Sedangkan syukur itu bukan sekadar mengucapkan Alhamdulillah, tapi perbuatan tidak seiring. Syukur itu dengan tidak membuat Allah ternanti - nanti hambaNya mahu berbicara dengannya , mahu meluah segala keserabutan dunia. Allah tidak berkehendak pada solat kita.
Subhanallah,
ada pelbagai jihad untuk keluar dari kelakuan menangguh - nangguh solat . Untuk solat ketika di rumah atau pejabat, mungkin cabarannya kurang berbanding di luar namun kena muhasabah juga bergelumang dengan kerja rumah dan tugasan pejabat. Adakah kita boleh pause diri dari terleka.
Contoh ini ketika kita dengan aktiviti luar. Untuk jaga waktu solat kena;
1- Keluar dari suasana selesa, "masjid ni tak biasalah" . Usah ambil kira itu . Semua masjid sama sahaja . Niat mahu solat itu dan yang penting Allah sedang tunggu.
2- Keluar dari perasaan mahu cari toilet bersih . Ini susah nak cakap , ketika ada perasaan ini , sedarlah kita juga manusia yang cuma di cipta dari tanah. Kalau tiba - tiba di takdirkan bertemu tandas kotor maka sedarlah bahawa Allah sedang beri peluang untuk sedekah bersihkan dengan tangan sendiri. Ini sangat ber'alasan', jarang sekali tandas kotor.
3-Keluar dari rasa sempat lagi solat di rumah. Contoh, sempat sampai sebelum maghrib. Sekali lagi azam nak solat awal waktu akan terkandas lagi. Kita tidak dapat menduga apa berlaku dalam perjalanan. Risau - risau jalan jem dan sebagainya. Dugaan hati juga tidak kurang beri kesan. Kita tidak akan tenang. Manakan tidaknya, ada hutang belum selesaikan. Begitulah adatnya.
Baik cukup tiga dulu. Yang lain pasti boleh difikirkan sendiri mengikut pengalaman. Ok for now saya nak cerita impak solat awal. Cukup dua sahaja contohnya. Bukan sahaja puan - puan, saya juga pejuang solat awal.
Ada satu post facebook yang saya buat sebaik selesai solat awal waktu. Sungguh kerja kerja lepas solat awal adalah Allah hadiahkan pada kualiti Terbaik. Post itu Alhamdulillah mampu menyentuh hati ramai orang yang membacanya . Like lebih 200. Bukan like sandarannya tetapi menunjukkan dakwah itu sampai pada level satu. Berubah itu level dua, dari hidayah Allah SWT.
Impak solat awal, contoh lagi saya beri. Semalam sebenarnya saya tertunggu - tunggu posmen Pos Laju menghantar tempahan Rempah Bubur Asyura. Dulu - dulu tak rasa apa - apa pun bila utamakan pos laju sebagai perantara waktu solat, hati pun tak bertenang, solat tak kusyuk. Berfikir bagaimana kalau pos laju sampai, aku pula sedang solat. Semalam berbeza saya tidak kisah Pos laju. Terus solat awal. Sebaik sahaja solat selesai , tiba - tiba posmen Pos laju pun sampai . Lalu terus saya keluar dengan telekung.
MashaAllah, Allah benar - benar menyampaikan saya dan menyempatkan saya mengambil bungkusan itu. Adik pos laju sangat baik akhlaknya. "Terima kasih kak" . Dia sempat sampai , mungkin asbab solat awal, sebelum sampai ke rumah saya, Allah merencana dia berhenti sebentar menyusun bungkusan yang mahu di hantar. Kita tidak tahu tetapi Allahlah yang menggerakkan hati. Allahuakhbar.
Buka - buka bungkusan ada lebihan barang . MashaAllah berbungkus - bungkus sup bunjut dihadiahkan, ada juga rempah perapan serba guna. Sudah di rezekikan hati tenang sudah solat, di gembirakan hati menerima hadiah dari penjual .
"...Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, dan apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir..." (Al-Ma'arij :19-21)
Sifat-sifat dasar fitrah yang ada pada manusia adalah berkeluh kesah, gelisah dan bakhil. Namun, ada pengecualian :
"...Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solat..." (Al-Ma'arij : 22-23)
Yang pertama adalah mengerjakan solat dan selanjutnya apa...???
"...Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bagian tertentu, bagi orang miskin yang meminta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta) (Al-Ma'arij : 24-25)
Kisah infaq , saya teringat , kisahnya begini . Bila saya bekerja sendiri, kadang ada hari tidak keluar rumah bertemu manusia maka saya melebihkan bayaran urusniaga online sebagai cara infaq. Infaq itu sifatnya hari - hari. Ucapnya sebagai hadiah , maka peniaga sangat gembira . Bukannya banyak pun, namun mashAllah mereka sangat bahagia. Samalah dengan peniaga rempah ini , sebaliknya dia juga mahu berbuat baik memberi macam - macam.
Allahuakbar maka cukuplah contoh di atas untuk kita melihat bagaimana menjaga solat dan di iring pula sikap sentiasa menjaga infaq, memberi banyak impak dalam kehidupan seharian .
Oh saya nak share satu tempat solat bertentangan di KIP Hotel Jalan Ipoh. Di kawasan Shell. Saya berhenti sebaik sahaja waktu asar. Dalam keadaan hujan sedang lebat. Cantik dan selesanya surau kecil ini . Tempat mengambil wuduq tersorok. Tidak perlu keluar dari tempat solat. Ini akan menjadi tempat favourite saya andai berhubungan dengan urusan di Akademi Sahabat Quran Malaysia dalam rangka menjaga solat.

FAHAM AL QURAN

Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. 


Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan lagi nanti.

Peranan Alquran ia sebagai Petunjuk. Untuk mendapat petunjuk dari Alquran tidak hanya dengan Tilawah Alquran (mengaji) sahaja. Mestilah dengan kita memahaminya. 


Alquran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam Bahasa Arab

Faham Alquran itu apa? 


Faham itu adalah Tahu dan Jelas akan ayat - ayat di dalam Alquran. Jika tidak faham dan jelas, maka sukar untuk kita menjadikan Alquran sebagai petunjuk atau pedoman.



"Sungguh, Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu agar mereka mendapat pelajaran. 
(Ad Dukhan : 58)

Sesungguhnya kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya).
(Az Zukhruf : 3)


Lalu usahalah untuk memahami Alquran dengan pelbagai cara. Ada beberapa cara 


1- Memahami terjemahan . Banyak Alquran yang di keluarkan sekarang mempunyai terjemahan. Misalnya Alquran Mu'jam dan Riyadh oleh Karangkraf.  
Di dalam Alquran ada banyak ayat - ayat yang mudah difahami. Misalnya ,



Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Rabnya.

(Surah Al-Kahfi: 110)



2- Merujuk kepada tafsir sama ada bertalaki atau pun melalui youtube. Ada juga tafsir yang didapati di internet dan telegram namun perlulah dipastikan ianya shahih dan dari sumber yang benar. 




InshaAllah kita kupas lebih lanjut di dalam tajuk seterusnya. 

Saturday, 22 September 2018

KANDUNGAN EBOOK

Tajuk: Motivasi Al Quran.

Bab 1: Kenal Al Quran

Bab 2: Faham Al Quran

Bab 3: Al Quran dan Solat

Bab 4: Motivasi Al Quran

Bab 5: Mengurus hati

Bab 6: Hak Al Quran (Baca, amal, hafaz, sebar)

Wednesday, 19 September 2018

KENAL AL QURAN


Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ?


Jawapannya adalah dengan mengambil tahu Alquran itu apa ?

Oh , Alquran adalah kitab suci bagi orang Islam. Ia mengumpulkan kata - kata Allah dalam satu musyaf. Alquran itu indah kerana ia merujuk kepada sesuatu yang agung, mulia dan hebat. Di turunkan pula melalui perantaraan Jibril yang dikenali dengan nama Ruhul Qudus. Jibril adalah Malaikat terbaik di sisi Allah.


Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
(An Nahl : 102)


Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ? Adalah dengan Tahu bahawa Alquran adalah satu kitab yang ada banyak Peranan.

Alquran adalah sumber yang meneguhkan Tauhid. 

Saya berikan contoh. Juga dari ayat di atas.MashaAllah, bila kita sebut Meneguhkan Hati , Ia pasti berkait dengan Keyakinan. Adakah kita cukup yakin 100 % kepada Allah bahawa  DIA yang susun atur kehidupan kita dari awal pagi bangun hinggalah mahu tidur semula. Sewaktu tidur, kita tidak terlepas dari aturan Allah SWT. 

Setiap masa kita berada dalam aturannya. Bila berinteraksi dengan Alquran pasti kita sentiasa yakin dengan setiap inci kehidupan kita. Teguh bermaksud kuat dengan kebenaran dan kuatkan hati pada kebaikan. Itulah tauhid dengan merasa Allah itu Esa dan tiada campurtangan makhluk.

Alquran juga merupakan petunjuk. 


Ini bermaksud manusia mengambil kata - kata Allah sebagai panduan, bergantung pada kalamullah dalam setiap  urus hidup. Berpandu pada Al Quran dalam setiap urusan dan masalah yang ditemui dalam kehidupan . Dalam mencari rezeki, dia merujuk dan yakin pada kata - kata Allah tentang rezeki dan sebagainya. Bila Allah berkata bahawa rezeki manusia diberikan Allah dengan berkadaran, dia pun akur menambah taqwa.


Alquran juga sumber kekuatan emosi. 

Merupakan wadah untuk manusia mendapat kekuatan emosi. Apabila dinyatakan Syurga buat manusia yang beriman. Manusia pasti merasa seronok dan bahagia lalu bermula berbuat kebaikan . Maka khabar - khabar gembira di dalam Alquran adalah pujukan dari sudut emosi diri manusia.

MashaAllah bila dah kenal Alquran dan fungsinya. InshaAllah diceritakan bagaimana Mahu Faham di bab ke 2.





Saturday, 15 September 2018

PENGENALAN

"Cemburu betul !" getus Solehah. 

" Macamana dia boleh rapat dengan Alquran , bawa ke mana sahaja. Eh!  dia tak rasa pun malu dengan Alquran tu. Kenapa aku tak boleh macam tu? Aku pun nak juga ! Usah kata nak bawa ke mana - mana , kat rumah pun susah nak baca. Nampak tapi kat situ je lah Alquran  tu . Minggu depan pun begitulah juga".

MashaAllah.  Sebenarnya Alquran itu bukan untuk dibaca sahaja , tetapi lebih dari itu . Kita nak Alquran tu jadi apa,  itulah yang akan mengubah cara pandang kita kepada Alquran sekaligus kita bertindak mengikut apa yang mahu kita capai.

Saya tanya tuan tuan dan puan - puan . Ada bezakan Alquran untuk mendapat pahala dan Alquran sebagai Best Friend ?

Kalau untuk pahala, baca sahajalah pasti dapat pahala. Namun kalau sebagai Best Friend , boleh sahaja bawa ke mana - mana. Waktu seronok , bahagia, sedih , geram , bermotivasi, down , dia sentiasa kita mahu ada di sisi. Hingga terasa rindu bila tiada,  rindu bila tidak membaca. Indahnya,  dan tetap juga berpahala.

Namun Alquran bukan setakat itu sahaja.

"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"
(Al Isra' : 82)


Maka kerana menghadkan fungsi Alquran menyebabkan kita belum bertemu keserasian dengan Alquran. Maka tanya diri kita sendiri. Kita nak Alquran jadi apa?


Alquran itu adalah penawar bagi insan . Kadang kala dalam kehidupan kita ada macam - macam episod kan ? Kita marah orang , orang terdengki kita, kita prasangka pada orang maka Alquran memberikan penawar dan mencuci hati kita dengan syarat mestilah Alquran itu kita amalkan isi kandungannya. 
Alquran adalah rahmat bagi orang beriman. Dengan rahmatlah kita masuk ke Syurga Allah SWT. 


Jadi jelas di sini, Alquran itu harus jadi Best Friend. 


Letak misi dahulu . Saya beri 20 saat .

MISI ALQURAN - BEST FRIEND !


Okay dah dapat jawapan kan ? Baik sekarang , bagaimana caranya nak kenal rapat dengan Best Friend kita ini .







Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...