Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ?
Jawapannya adalah dengan mengambil tahu Alquran itu apa ?
Oh , Alquran adalah kitab suci bagi orang Islam. Ia mengumpulkan kata - kata Allah dalam satu musyaf. Alquran itu indah kerana ia merujuk kepada sesuatu yang agung, mulia dan hebat. Di turunkan pula melalui perantaraan Jibril yang dikenali dengan nama Ruhul Qudus. Jibril adalah Malaikat terbaik di sisi Allah.
Katakanlah: "Ruhul Qudus (Jibril) menurunkan Al Quran itu dari Tuhanmu dengan benar, untuk meneguhkan (hati) orang-orang yang telah beriman, dan menjadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)".
(An Nahl : 102)
Bagaimana caranya mahu kenal rapat dengan Alquran ? Adalah dengan Tahu bahawa Alquran adalah satu kitab yang ada banyak Peranan.
Alquran adalah sumber yang meneguhkan Tauhid.
Saya berikan contoh. Juga dari ayat di atas.MashaAllah, bila kita sebut Meneguhkan Hati , Ia pasti berkait dengan Keyakinan. Adakah kita cukup yakin 100 % kepada Allah bahawa DIA yang susun atur kehidupan kita dari awal pagi bangun hinggalah mahu tidur semula. Sewaktu tidur, kita tidak terlepas dari aturan Allah SWT.
Setiap masa kita berada dalam aturannya. Bila berinteraksi dengan Alquran pasti kita sentiasa yakin dengan setiap inci kehidupan kita. Teguh bermaksud kuat dengan kebenaran dan kuatkan hati pada kebaikan. Itulah tauhid dengan merasa Allah itu Esa dan tiada campurtangan makhluk.

Alquran juga merupakan petunjuk.
Ini bermaksud manusia mengambil kata - kata Allah sebagai panduan, bergantung pada kalamullah dalam setiap urus hidup. Berpandu pada Al Quran dalam setiap urusan dan masalah yang ditemui dalam kehidupan . Dalam mencari rezeki, dia merujuk dan yakin pada kata - kata Allah tentang rezeki dan sebagainya. Bila Allah berkata bahawa rezeki manusia diberikan Allah dengan berkadaran, dia pun akur menambah taqwa.
Alquran juga sumber kekuatan emosi.
Merupakan wadah untuk manusia mendapat kekuatan emosi. Apabila dinyatakan Syurga buat manusia yang beriman. Manusia pasti merasa seronok dan bahagia lalu bermula berbuat kebaikan . Maka khabar - khabar gembira di dalam Alquran adalah pujukan dari sudut emosi diri manusia.
MashaAllah bila dah kenal Alquran dan fungsinya. InshaAllah diceritakan bagaimana Mahu Faham di bab ke 2.
No comments:
Post a Comment