" Macamana dia boleh rapat dengan Alquran , bawa ke mana sahaja. Eh! dia tak rasa pun malu dengan Alquran tu. Kenapa aku tak boleh macam tu? Aku pun nak juga ! Usah kata nak bawa ke mana - mana , kat rumah pun susah nak baca. Nampak tapi kat situ je lah Alquran tu . Minggu depan pun begitulah juga".
MashaAllah. Sebenarnya Alquran itu bukan untuk dibaca sahaja , tetapi lebih dari itu . Kita nak Alquran tu jadi apa, itulah yang akan mengubah cara pandang kita kepada Alquran sekaligus kita bertindak mengikut apa yang mahu kita capai.
Saya tanya tuan tuan dan puan - puan . Ada bezakan Alquran untuk mendapat pahala dan Alquran sebagai Best Friend ?
Kalau untuk pahala, baca sahajalah pasti dapat pahala. Namun kalau sebagai Best Friend , boleh sahaja bawa ke mana - mana. Waktu seronok , bahagia, sedih , geram , bermotivasi, down , dia sentiasa kita mahu ada di sisi. Hingga terasa rindu bila tiada, rindu bila tidak membaca. Indahnya, dan tetap juga berpahala.
Namun Alquran bukan setakat itu sahaja.
"Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian"
(Al Isra' : 82)
Maka kerana menghadkan fungsi Alquran menyebabkan kita belum bertemu keserasian dengan Alquran. Maka tanya diri kita sendiri. Kita nak Alquran jadi apa?
Alquran itu adalah penawar bagi insan . Kadang kala dalam kehidupan kita ada macam - macam episod kan ? Kita marah orang , orang terdengki kita, kita prasangka pada orang maka Alquran memberikan penawar dan mencuci hati kita dengan syarat mestilah Alquran itu kita amalkan isi kandungannya.
Jadi jelas di sini, Alquran itu harus jadi Best Friend.
Letak misi dahulu . Saya beri 20 saat .
MISI ALQURAN - BEST FRIEND !
Okay dah dapat jawapan kan ? Baik sekarang , bagaimana caranya nak kenal rapat dengan Best Friend kita ini .
No comments:
Post a Comment