Pesan buat diri pagi ini bahawa sangat jelas, Syaitan sangat Kreatif.
"Wahai manusia! Sungguh, janji Allah itu [Seperti kebangkitan dan pembalasan terhadap amal]
benar [Tidak ada keraguan padanya, dalil-dalil naqli dan ‘aqli telah menunjuk-kan demikian. Oleh kerana janji-Nya adalah benar, maka bersiap-siaplah untuk menghadapi-nya dan manfaatkanlah waktu-waktumu dengan beramal soleh ],
maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu [Sehingga kamu lupa terhadap tujuan diciptakannya kamu]
dan janganlah (syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah [dengan memberi angan-angan ampunan dengan sentiasa berbuat maksiat, hingga seakan syaitan berkata : sesungguhnya Allah menghapus dosamu dan mengampunimu kerana kemuliaanmu atau kerana luasnya rahmat-Nya untukmu; disebabkan sifat santun-Nya dan penundaan hukuman dari-Nya].
(Fatir ; 5)
Allahuakhbar, begitu sifat Syaitan yang sangat kreatif. Kita rasa dengan berbuat dosa sentiasa, Allah akan ampuni dosa kita kerana Dia Maha Pengampun. Kita rasa usia kita masih panjang, nantilah Taubat. Kita rasa Allah faham, kita buat dosa kerana kita tiada ilmu, kerana kita kerdil, kerana manusia selalu membuat kesilapan.
Semua itu adalah taktik kreatif syaitan yang kita tidak sedar. Pesan buat hati, Bagaimana andai usia pendek tanpa sempat bertaubat,
Bagaimana mahu bertaubat andai ketika ajal menghampiri, maksiat pun terlalu lazat dilazimi.
(maksiat bukan zina sahaja tetapi semua dosa kepada Allah SWT). Allahuakhbar, Usia kita tidak dapat ditelah bila akhirnya. Sedang amal kita terlalu sedikit, dan yang sedikit itu kita tidak tahu yang mana di terima.
(maksiat bukan zina sahaja tetapi semua dosa kepada Allah SWT). Allahuakhbar, Usia kita tidak dapat ditelah bila akhirnya. Sedang amal kita terlalu sedikit, dan yang sedikit itu kita tidak tahu yang mana di terima.
Kita masuk Syurga kerana Rahmat Allah, betul. Tetapi bagaimana Rahmat turun buat yang sering melakukan dosa tanpa Taubat. Semoga setiap hela nafas, kita tidak berhenti melazimi taubat dengan amalan Rasulullah saw.
Rasulullah saw melazimi taubat selain selepas waktu solat adalah dengan kiraan 100x lafaz;
"Astaghfirullah wa atubu ilaih"
Di dalam lafaz inilah harus disemat dalam hati untuk
1-menyesal
2-meninggalkan kesilapan dan
3-berjanji tidak mengulangi.
2-meninggalkan kesilapan dan
3-berjanji tidak mengulangi.
Solat sunat taubat, Rasulullah saw tidak pernah melaziminya.
Pesan buat hati, Sebaik² manusia adalah yang melakukan kesilapan kemudian mereka segera bertaubat.
Moga² Allah Ya Qawiy memberi kekuatan buat kita melazimi Istighfar dan Allah Ya Baits sentiasa memberi semangat untuk kita terus memperbaiki diri.
Allahul mustaan
No comments:
Post a Comment