Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Segalanya bermula dengan doa sungguh sungguh di Masjid Negara di bulan Ramadhan yang mulia tahun 2016. Ketika imam Sheikh Abdul Rahman Dasouki Tahar Redwan membaca Alquran di dalam solat tarawih. Beliau menangis kerana memahami dan menghayati bacaan itu.
Saya juga mahu sungguh², lalu berdoa hingga mengalir air mata. Ketika itu saya berdoa mahu Faham Alquran, mahu resign dari bank dan juga menumpukan usaha mahu ajak orang kepada Alquran.
Rupanya itulah detik yang paling dikenang seumur hidup. Doa dimakbulkan. Allahuakbar.
Saya orang biasa², bukan pelajar sekolah agama namun telah dihadiahkan hidayah itu. Jelas Alquran itu untuk semua.
Selepas itulah bermulanya segala hubungan rapat dengan Alquran. Dari diambil hanya ketika sedih dan ketika masa lapang sahaja. (Bila tiada lapang, tidak ambil. Sebenarnya Alquran telah melupakan saya) .
Mula dipegang dan di baca selalu. Indahnya ketika itu terpaksa membaca terjemahan. Dari terpaksa datang keseronokan. MashaAllah tidak pernah bermimpi mendapat nikmat sebegitu.
Alquran itu rupanya bukan sekadar untuk dibaca. Ia lebih dari segalanya. Setelah berkenalan rapat dengan Al Quran yang asalnya hanya mahu dibaca dan faham.
Rupanya ada banyak magic berlaku. Kehidupan bertukar 360 darjah. Saya mula berusaha jadi manusia dan umat terbaik. Belum terbaik tetapi mahu menjadi manusia paling baik iaitu belajar dan mengajarkan.
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah.”
(Ali Imran: 110)
Hadith Rasulullah saw dari riwayat Al Bukhari :
"Sebaik-baik di antara kamu adalah yang belajar Al Qur’an dan mengajarkannya".
Sekali duduk di hadapan mengajar. Berkali² juga saya duduk di belakang bermaksud mencari ilmu. Berikut merupakan latar belakang pendidikan saya ;
1-Diploma Teknologi Account (UTM)
2-Bachelor Business Administration (UPM)
3-Kursus Pengajian Usuluddin (UM)
4-Kursus Pengajian Bahasa Arab AlBayan (UM)
5-Kursus Pengajian Al Quran (UM)
Lalu saya terus bermula kelas demi kelas sehingga ke saat ini telah menginjak 2 tahun lebih.
Di usia 42 tahun ini, sungguh tidak disangka dianugerahkan Allah SWT kehidupan termanis dan terindah. Dengan apa lagi kalau bukan dengan mukjizat paling mulia AlQuran.
Ketika saya menggunakan masa kerja untuk membuat persediaan mengajar, hati bagai diketuk - ketuk. Menyebabkan saya mengganti masa sesudahnya. Kerap saya pulang lewat. Tugasan mengajar itu sudah nampak cantik tetapi kaedahnya tidak sesuai.
Alhamdulillah ketika terasa tidak dihargai, saya meletak keyakinan bahawa siapa kita nak merasa kekurangan sedangkan nikmat Allah beri di luar sana sangat banyak. Lihat sahaja pada tangan dan jemari yang Allah beri. Tanpanya tak mungkin kita mampu bekerja hatta menaip ini pun perlu sangat kepada jari yang sempurna.
. وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)".
(Ad dhuha:11)
Sudah tentu saya sangat happy dengan kerja saya sehingga mampu bertahan 22 tahun di Affin Bank walau pun terdapat cabaran demi cabaran. Alquran sentiasa menenangkan saya mendepani cabaran tersebut.
Dengan Alquran sahabat seperjuangan umpama adik beradik, boss - boss umpama melihat kebaikan dalam diri mereka. Ketika melihat keburukan saya terus terusan beristighfar.
"..mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu bergerak dan tempat kamu tinggal".
(Muhammad : 19)
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.
Begitu saya merasa bahawa Alquran dan keFahaman Solat sangat penting dalam diri manusia yang bergelar PEKERJA. Alquran dengan pelbagai panduan dalam kehidupan menjadikan manusia itu seimbang. Campaklah ke mana pun. Pasti Allah juga yang dicari.
Kini pejam celik sudah 10 bulan saya bergelar Fulltime Freelance Trainer Al Quran dan menjadi Trainer sudah lebih 2 tahun. Kelas demi kelas dari tahun 2016 menemukan saya dengan ramai insan yang ingin terus dicintai Allah melalui Al Quran dan Solat.
Mereka kenal Alquran tetapi mahu istiqamah pada jalan ini sehingga InshaAllah meninggal dalam khusnul khatimah.
................
InshaAllah Dengan ini Saya Membuka Peluang Jemputan ke Kelas - kelas di Corporate Office.
................
Antara modul yang di ajar adalah ;
1-Teknik Faham dan berCinta dgn Al-Quran : Tanpa Asas Bahasa Arab
2-Teknik Faham Al Quran Al Mulk,
3-Bengkel Ingat Makna Bacaan Solat,
4-FaTaHa (Faham Tadabbur Hafaz Al Mulk & AlKahfi).
5-Kelas Asas Bahasa Arab.
6-Faham Tadabbur Hafaz Juzuk Amma.
7-Ibrah Kisah Dalam Al Quran
8-Kelas Muslimat
Sebarang jemputan bolehlah berhubung terus dengan saya di
www.wasap.my/60122765460/JemputanCorporate
Buat yang organise kelas² sebegini pasti Allah lebih lagi hadiahkan yang lebih terbaik di jalan ini. Buat kita yang mencari, Allah akan buka jalan seluasnya.
Saya dedikasikan penghargaan buat Perkiwira ( Persatuan Kakitangan Affin Bank) dan Tahniah atas usaha tidak putus² membawa kelas² agama di Affin Bank semoga ini dicontohi oleh badan²perbankan yang lain. InshaAllah. Pengalaman di dalam persatuan tersebut sebagai Ajk sangatlah saya hargai.
Semua dari kurniaan Allah SWT.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua di dalam urusan Agama Islam ini.
Jazakumullahu khairan kasiran.
Allahumma solli ala Muhammad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment