Wednesday, 3 October 2018

UJIAN BARU BUKA QURAN

Teringat Syawal.

Cuti raya ni (memang cuti selalu pun),  saya marathon drama Nur. Oh saya yang diketuk berkali - kali sejak hijrah 360° tahun 2012 ni,  hati dah memang ada taman. (hati tisu)

Maka habislah sekotak tisu, kerana dialog²nya yang terasa di hati sendiri.

Umpamanya "Ya Allah aku tidak tahu di mana tempatku di sisiMu".

Ya Allah kerap kali di uji dulu,  saya seolah bukan meletak Allah di tempatnya. Dah puas hempas pulas baru pergi cari Al Quran. Baru solat sungguh².  Baru nak buka buku agama, buku motivasi dan sebagainya. Lalu dimana pula tempat saya di sisi Allah. 😢

Dialog ke 2, dialog doanya. Nur bersyukur banyak doanya masih dalam simpanan Allah (belum dimakbulkan) tetapi dia tetap terus bersyukur kerana masih mampu solat.

Saya dah tak ingat sangat dialog²nya tapi saya ingat banyak doa saya telah Allah makbulkan tetapi sekali pun saya tidak pernah berdoa "Ya Allah terima kasih kerana mengizinkan aku sujud padaMu."

Kecuali usai di operate prolapsed disc tahun 2014, saya berdoa nikmatnya andai saya diizinkan bersujud. Sedang waktu itu saya solat duduk.

Saya ingat ketika masih belajar di UPM. Usai kelas kami solat asar akhir waktu. Ketika itu kami pakai telekung wakaf yang kusam, ada banyak bintang² (faham sajelah). Solat dalam keadaan kelam kabut. Suasana sesak dalam surau biasanya bawah kolong bilik kuliah.

Begitu waktu lapang di rumah. Bilik beraircond pun solat lewat² tunggu waktu selesa. Sedangkan Nur hanya solat di belakang bangunan di lorong².

Allahuakhbar..

Kita terlalu enak berada di zon selesa, tiada merasai nikmat kusyuk. Namun Nur solat hanya di atas hamparan kotak. Namun solat dan doanya kusyuk sekali kerana berada dalam medan ujian yang sangat sadis dalam hidup.

Ketika ini pasti kita terasa nikmatnya ujian terlalu besar hingga kita mampu mendekatkan diri kepada Allah paling hampir.

Ketika kita berjalan mencari Allah. Allah berlari menghampiri kita. Mudah²an pengajaran dari banyak sisi memberi manfaat buat kesedaran Islam dalam diri kita.

Menjadi kayu ukur di mana diri kita sebenarnya. Amin³.

Allahumma solli ala Muhammad

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...