"Tak pernah - pernah, saya belajar AlQuran di Burger King" . Kata si isteri. Mereka muda, Subhanallah.
Mereka sepasang suami isteri, baru pulang Haji. Semalamnya si isteri menghantar mesej kepada saya. Ustazah saya mahu jumpa ustazah, kami mahu belajar di UM. Perjalanan mereka Allah atur bagaimana pagi tadi saya semudah menerima pelawaan mereka berjumpa. Tidak dirancang namun Allah mudahkan .Kebetulan kelas saya di Selayang di tangguhkan.
Mereka batalkan meeting business untuk belajar Alquran. Antara business dan Alquran ternyata mereka memilih Alquran. Mereka rasa kejar material yang tak seberapa hingga sebabkan sangat sibuk. Masa dengan Allah kurang. Sedangkan di luar sana masih ramai yang memilih untuk aktiviti dunia saban hari dan ternyata Alquran merupakan pilihan terakhir. 😢
Ketika saya explain Kelas - kelas di UM si suami kata "okay, baik kita ambil kelas pagi sampai petang, fokus satu hari dekat sana".
"Sebab saya tak tahu bila mati, ustazah. Selama ni banyak tertinggal". (Allahu ! mereka 27 tahun, saya 42 tahun lagi banyak telah tertinggal. Nangis saya dalam hati)
Ternyata perjalanan Haji mereka satu perjalanan membuka mata hati. Sehingga mereka sangat jelas apa misi mereka selepas pulang. Impian mereka mahu jadi Daie, pulang dari haji semangat berkobar - kobar. Office mereka mahu buka kelas Alquran. Allahuakbar !
Doa saya "Sampaikan cita cita mereka, mudahkan langkah mereka. Mereka mahu berbakti kepadaMu Ya Allah. Mereka sudah baik tetapi mereka belum Yakin, Allah tolonglah yakinkan mereka" .
Ya terlalu ramaikan perlukan panduan, mereka orang biasa seperti saya. Latar belakangnya berbeza economic, accountants, business, designers atau architect.
Namun mereka mahu kembali menjadi Hamba Allah yang baik.
Mudah - mudahan Allah bantu. Allahul mustaan.
Allahumma solli ala Muhammad 💕
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Hati paling penting dalam kehidupan kita kerana hati yang baik menentukan tindakan fizikal. Hanya hati yang baik istiqamah berbuat kebaika...
-
Kita dah berkenalan dengan Alquran . Tahu peranannya. Peranan Alquran sangat banyak namun kita huraikan 3 sahaja. InshaAllah dikongsikan...
-
Amaran 1. Ebook ini adalah Hak cipta terpelihara Nazliana Abu Naem. 2. Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedarkan atau...
No comments:
Post a Comment