Dia pergi ke sana sini tidak pernah dihiraukan. Di pendengarannya semua tidak kena. "Belajar tinggi - tinggi tapi sudahnya memerap di kampung".
Sedih hatinya bukan kepalang. Air mata mula mahu mengalir. Bergenang lalu kolam air mata tidak dapat ditahan lagi.
Bukan dia tidak berusaha namun rezekinya masih belum tiba, bukan juga dia memilih tetapi Allah SWT belum perkenankan doanya. Aisyah redha tetapi orang - orang kampung tidak redha.
Tiba - tiba Aisyah teringat sahabat usrah Kak Fatimah. Kata Kak Fatimah, bila kita gelisah, runsing, bacalah Alquran. InshaAllah hati tenteram. Rindu pada Kak Fatimah dan sahabat - sahabat usrah di kampus dulu. Terus Aisyah mengambil Alquran perkata yang digunakan. Di belek berkali - kali akhirnya terjumpa.
Di datangkan ayat ayat yang menghiburkan hati.
فَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا وَمِنْ آنَاءِ اللَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ
"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan,
dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya;
dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang;
supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)".
Sungguh Al Quran menenangkan hati Aisyah. Buat manusia yang mendapat ujian hingga dukacita pada kehidupan. MashaAllah baru Aisyah tahu bahawa kesempatan belum bekerja rupanya Allah mahu Aisyah akrab dengan Alquran.
Bila memuji Allah dan ibadah siang dan malam pasti kemudiannya Allah hadiahkan redha dalam hati Aisyah.
Subhanallah,
inilah luahan hati manusia yang terkesan dengan kata - kata manusia.
Pesan buat hati,
Dalam kita menangani ujian ini, hendaklah banyakkan ibadah. Dalam ibadah ada doa , dalam ibadah ada pengharapan.
Kerana apa?
Kerana apabila kita berdoa, Allah SWT datangkan pertolongan. Masalah yang besar jadi kecil dan masalah yang kecil umpama tiada.
Manusia selagi mana tidak berpegang kepada tali Allah SWT memang hidupnya tidak terkawal .
Kerana tenangnya hidup datangnya dari Rahmat Allah SWT.
Moga- moga menjadi kekuatan kepada kita untuk dalami Al Quran.
Bukan sekadar memperelokkan bacaan tetapi ada lagi yang lebih besar. Iaitu memahami apa yang di baca untuk di hayati dan amal.
Alhamdulillah motivasi bermakna dari Alquran.
No comments:
Post a Comment