Monday, 1 October 2018

INDAH AL QURAN DALAM SOLAT

Alquran dibacakan di dalam solat hukum bacaannya sunat. Ramai generasi sekarang yang meninggalkan bacaan ini kerana kesibukan.  Sedangkan meninggalkannya merupakan kerugian sangat besar.

Allah memberi nikmat bersolat buat yang mahu. Solat ini medium untuk kita berinteraksi dengan Allah. Semasa bersolat di mestikan kusyuk.

Apa itu kusyuk?  Kusyuk itu seolah tiada perkara lain yang difikirkan hanya Allah SWT.  Berada dalam keadaan yang indah sehingga tidak menyedari keadaan sekeliling.

Dalam Alquran Allah kata bahawa orang yang kusyuk adalah orang yang berjaya.


“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]


Inilah yang mahu dicapai. Lalu Alquran yang dibacakan merupakan satu nikmat untuk kita menghayati solat dengan lebih baik. InshaAllah akan dikongsikan lagi bab ini.

Alquran di dalam solat juga merupakan antara praktikal hafalan ayat ayat Alquran. Di luar solat,  Alquran dibaca sehingga betul dengan bantuan musyaf. Mana hukum tajwid yang panjang di panjangkan,  yang dengung di dengungkan. Di dalam solatlah dipraktikkan semuanya.

Apabila Alquran dibacakan dalam solat dengan memahami maknanya. Kesannya sangat hebat membantu kusyuk. Bayangkan membaca surah An Nas sahaja.  Kita memohon perlindungan dari Allah SWT yang mencipta,  Allah SWT yang memiliki dan Allah SWT yang disembah.

Memohon perlindungan dari syaitan yang sentiasa mencari sebab untuk melalaikan kita. Lalu kita solat sungguh - sungguh kerana terasa kebergantungan kepada Allah SWT.

Sungguh tinggi nilai Alquran di dalam solat. Mudah - mudahan kita tidak meninggalkan nikmat yang mahu Allah SWT berikan kepada kita ini.

Allahul mustaan.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...