Dalam kehidupan, manusia sering terlalai. Alquran menyedarkan manusia bahawa ada hari perhitungan amal.
Pagi ini apabila dibacakan Alquran Allah SWT berpesan bahawa dari surah Al Waqiah;
"Wahai manusia kamu akan menjadi 3 golongan.
Golongan kanan. Alangkah beruntungnya golongan kanan itu.
Golongan celaka. Alangkah ruginya nasib golongan celaka itu.
Dan golongan yang segera memenuhi panggilan Allah, merekalah yang lebih dahulu masuk Syurga".
(Al Wakiah:7-10)
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.
Nak jadi golongan mana saya? Pasti kita semua mahu jadi golongan yang bersegera memenuhi panggilan Allah SWT.
Soalannya : Sudahkah?
Belum. Allahul mustaan. Allah jualah yang membantu. Baru 3 ayat surah Al Quran telah terasa diri ditegur sangat - sangat.
Sedang dunia makin hari makin fana. Tambah lagi ilmu Alquran untuk sedar diri. Kerana itu saya tidak mahu berenggang dengan Alquran
Lalu tindakan hari ini adalah bersegera memenuhi panggilan Allah
1-panggilan Ibadah
2-panggilan kebaikan, segera sedekah, segera bantu orang.
3-segera revamp masa untuk bersama Allah dalam Alquran, dalam solat.
Langkah ini kita lakukan kerana menyedari ada kehidupan yang lebih panjang nanti. Lalu kita bangkit dari kelalaian bahawa ada sesuatu harus dilakukan.
InshaAllah moga kita sama - sama melangkah.
Allahumma solli ala Muhammad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Airmata saya bergenang dan menitik. Tak tertahan hati seorang ibu. Puan Ida Kamalia dan suami diberi keindahan oleh Allah dan kekuatan untu...
-
Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengam...
No comments:
Post a Comment