Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.
Pesta buku berlalu meninggalkan memori indah. Manusia itu dipertemukan dengan perancangan Allah SWT. Namun bertemu dan berpisah dengan asbab Al Quran membutirkan mutiara jernih di mata.
Merekalah yang selalu berpesan pesan pada kebaikan.Hari dan kali terakhir kami bertemu di KL. Alhamdulillah di rezekikan Allah SWT , dapat meraikan sahabat sahabat dari Jitra Kedah ini . (Lebih kurang 5 kali saya ke sana sepanjang seminggu PBAKL)
Begitu saya terkesan dengan kesungguhan mereka dalam menyebarkan ilmu Faham Al Quran. Saban waktu, walau dalam lelah , mengagihkan buku wakaf Faham Al Quran sambil berpesan pesan menyebarkannya.
Suatu waktu maghrib kami berpisah. Hujan turun renyai renyai . Sayu hati, dari celah turunnya nikmat Allah SWT, melihat Umi Nadiyah berjalan kaki ke Hotel Wira seorang diri. Dari atas pedestarian, saya melihat langkah lemah pada fizikal namun kuat di hati. Lalu Allah SWT kurniakan satu hidayah buat saya merasa bahagianya melihat jatuh bangun beliau di dalam dakwah dan membawa bendera Al Quran.
Sungguh saya berbeza umur dengannya. Namun perbezaan yang besar tidak pernah melayakkan umi bersenang lenang di rumah. Apatah lagi beliau yang sudah punya tempat yang selesa di UUM.
Begitu manusia yang jiwanya tidak pernah pudar dalam kerja kerja dakwah. Sanggup melepaskan tenaga tersisa berulang alik ke PWTC dalam misi Al Quran kerana bagi mereka dunia tempat bersusah payah.
Jika umi dengan ceritanya. Ustazah Adawiyah pula di landa demam . Waktu muda yang tidak pernah di sia siakan. (Di mana waktu muda saya berlalu.) Subhanallah.
Begitu pun jua Puan Cahaya yang di kurniakan ujian demam berlarutan.
Kebaikan tidak bermakna tanpa disertai dengan usaha sungguh sungguh dan keikhlasan hati. Sungguh sesuatu ujian itu untuk mengangkat darjat hamba hambanya yang istimewa. Dan ketika itu sebenarnya, Allah SWT memberikan kerehatan pada keletihan itu, sementara.
Hilang lelah dan asbab bersabar pada kesakitan , datanglah semula kekuatan yang dibekal Allah pada langkah seterusnya. Subhanallah, nikmat Allah yang manakah kita hendak terlupakan.
Jauh di sudut hati yang paling dalam.Mereka sangat istimewa. Semoga Al Quran menjadi asbab kami bertemu di Syurga. Semoga mereka dikurniakan Syurga Firdaus tanpa hisab.
Amin Ya Allah.
Di rezekikan lagi bertemu Puan Roza dan Prof Kamil dengan membeli buku terbaru Amirul Budak Sudan. Indah melihat pasangan ini berkongsi hobi yang sama. Begitu melihat perjuangan Alquran Ustazah Solihah yang sentiasa dekat di hati. Sungguh . Mereka sangat istimewa. Saya terinspirasi. Begitu jalan dakwah itu sungguh meluas.
Wednesday, 10 October 2018
UJIAN DAN AL QURAN
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang mentakdirkan kesakitan namun memberi mudah dan ketenangan hati.Jauh dari rasa sakit terlampau.Semuanya dapat di tahan jauh sekali bersungut sakit..sakit..sakit....Ye ...Allah SWT beri ujian yang mampu kita tanggung.
Saat di khabarkan Doktor bahawa saya ada 2 pilihan sama ada Injection yang bertahan jangka masa pendek Atau pun Pembedahan, yang saya mahukan adalah Kesembuhan.Saya mahu berjalan jauh ke Masjid Nabi, mahu sujud lagi di Masjid Haram .saya mahu berwukuf di Arafah satu masa nanti dengan keizinan Allah SWT.
Saya memberanikan hati dan tunduk merenung lantai . Terlintas di dalam hati terlalu besarnya Rahmat dan Keampunan.Betapa sayang Allah SWT pada saya sehingga memberi Ujian ini.Sesungguhnya saya merasa tiada milik kita .Semua Allah SWT yang punya.
Saat mahu dipengsankan, saya sudah pun mengucap berkali2.saya mohon Andai tiada hayat selepas ini.ampunkan dosa saya.masukkan ke dalam syurga tanpa di hisab serta pelihara Ibubapa,suami , anak2 dan ahli keluarga lain di dunia dan akhirat.Saya redha menyerah diri kerana hanya kepada Allah SWT sebaik baik tempat kembali, saya redha kerana mahu tubuh saya mudah di rawat tanpa sebarang kesukaran dan tepat pada puncanya..saya redha kerana yakin hikmah kebaikan di sebalik Ujian dari Allah SWT.
Akhirnya kita bertemu lagi.Saya redha dan gembira di kelilingi sahabat2 terbaik termasuk anda.Alhamdulillah saya sihat2.Selama 2 tahun tidak pernah mc, Allah SWT memberi ruang saya berehat.Saya sedang membiasakan diri untuk bergerak kerana luka pembedahan.Fungsi pergerakan kita di kawal oleh tulang belakang maka kecederaan ini amat membataskan pergerakan.
Pengalaman bersolat duduk sedang saya rasai.Rukuk dan sujudnya lebih kurang sama.Jika lalai sudah pasti terlupa di rakaat berapa.rukuk kah sujud kah?semoga Allah SWT menerima kekurangan Ibadah.Allahuakhbar, Subhanallah , Alhamdulillah saya sedang melalui dan meninggalkan 2 perkara.
1.masa muda sebelum tua
2.masa sihat sebelum sakit
Semoga berhasil meraih kasih sayang Allah SWT lagi dan lagi...

PROGRAM HAFAZAN ALQURAN
Segala yang baik itu harus Bermula.
Mahu Alquran penuh di dada, Cita - Cita kita semua . Sahabat Quran Malaysia dengan kerjasama Sahabat Quran Indonesia akan bergabung bagi menyantuni anak - anak dan ibu ayah di Program Hafazan Intensif Amazing Camp Al Quran Cuti Sekolah 25 Nov - 08 Dec 2018 ini .
InshaAllah akan diadakan di Lembah Klang bersama - sama kita berjemaah dalam menghafaz Alquran sebagai satu kekuatan spiritual untuk kita dan anak - anak . Andai kita rasakan masa sudah terlewat , lihatlah Rasulullah saw menerima wahyu yang dihafaz ketika umur 40 an.
MashaAllah , program ini menggunakan Sistem Hafazan Turki Uthmani yang digunakan di seluruh dunia dan Palestin umpamanya dan telah melahirkan seramai 20 ribu hafiz dan hafizah dalam masa 40 hari secara sepenuh masa dengan izin Allah SWT.
Untuk memulakan perjalanan Alquran penuh keindahan , kami sedang membuka penyertaan silakan menghubungi kami di Sahabat Quran Malaysia.

NOTA DARI HATI
Nota dari hati,
Allahuakhbar ๐ญ
Masjid Nabawi yang ku tinggalkan 3 tahun lalu, 2014.
Saat melihat susuk bangunan dari dalam bas, airmata sudah tidak dapat di tahan tahan.
Rindu Rasulullah saw.๐ญ๐ญ
Begini rasa terbit dari hati setelah bergelar trainer Al Quran. Begitu Allah hadirkan rasa kerana mukjizat Al Quran hadiah kepada Rasulullah dan umatnya.
.
Saat niat raikan ibubapa. Alhamdulillah hotel di pilih yang dekat. Bonda dan ayahanda tidak kuat lagi. Umrah pertama, hotel agak jauh terpaksa membuat L turn untuk ke ruang muslimat. Bonda lesu.
Alhamdulillah kali ini, dari hotel terus ke pintu 15 dekat dengan pintu muslimat. Syukur.
"Wahai Allah pelihara dan kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi ku sejak dari kecil.
Wahai Allah di hujung usia mereka, permudahkan ibadah mereka".
.
Bersolat di Masjid Nabi ganjaran 1000 pahala lebih dari 27 pahala jemaah. (1000*27). Ia kiraan Allah SWT namun kiraan manusia umpama bersolat 1500 tahun dengan bersolat 4 jam di masjid.
Sangat perlu mujahadah sungguh sungguh. Perlu banyak berjalan jauh dan keluar awal. Jika lewat hanya bersolat di luar.
Seawal pagi berduyun jemaah turun datanglah untuk solat tahajud,solat taubat dan membaca Al Quran.
Al Isro'
79. "Dan pada sebahagian malam hari, kerjakanlah sholat tahajud sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Robb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji" .
QS. Ali 'Imran
113".... , mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari, sedang mereka juga bersujud (solat)".
Ada yang memilih bersolat di carpet luar awal awal biar pun masih banyak ruang kosong di dalam.
Namun sayang, mengapa jauh datang dengan pakej mahal tetapi tidak meraikan bersolat di dalam masjid.
.
Tong Air zam zam berderetan. Saya mencari yang tidak sejuk namun tidak berjumpa. Rupanya cuaca sejuk lalu airnya sejuk kerana cuaca bukan kerana ais.
Minum dan berdoalah dengan bacaan sunnah Rasulullah saw.
"Allahumma inni as-aluka ‘ilman naafi’a wa rizqon waasi’an wa syifa’an min kulli daa-in/"
(Ya Allah aku memohon pada-Mu ilmu yang bermanfaat, rizqi yang luas, dan kesembuhan dari segala macam penyakit)
Mengambil ibrah, Hajar di tinggalkan bersama Nabi Ismail tanpa sebarang bekal. Lalu Allah Swt hadiahkan air zam zam di bawah kaki Nabi Ismail.
Syukur kesempatan yang tidak mahu di akhiri.
Allahumma solli ala Muhammad. ๐๐NOTa

HATI DI PUNCAK UHUD
Bismillah,
Allahuakhbar,
Hati insaf merasai kebesaran Allah SWT. Betapa saya ketika sampai di Puncak tertinggi Jabal Nur.
Allahuakhbar!
hanya Kekuatan Allah yang menyampaikan saya di tempat turunnya ayat pertama Al Quran yang kita cintai.
Tersingkap hijab dari hati akan keagungan Allah. Jabal Nur dengan batu - batuan dan tangganya agak curam.
Saya berhenti berkali² meneruskan perjuangan pendakian. Menghela nafas baru dan melepaskan nafas lama yang tercungap².
Kata Bonda, nanti sebut selalu "Allahu Ya Qawwiy", ia pujukan buat hati untuk tidak putus asa. Dalam hati berdoa "Ya Allah jauhkan aku dari menjadi orang yang berputus asa".
Ia umpama perjuangan meneruskan hidup. Teruskan atau berhenti dan patah balik.
Puncak Jabal Nur umpama Bahagia yang dicari. Menujunya perlu keteguhan Iman. Iaitu Yakin bahagia itu mampu dicapai dengan segala kebergantungan pada Allah.
Setiap ujian hidup perlu berhati - hati ditempuhi. Kadang jalannya mudah kadang berliku. Emosi perlu di tangani dengan lebih baik.
Insan sangat kerdil, Allah SWT kuat lalu mohonlah kekuatan dariNya.
Sesekali anak buah menunggu, sampai tahap selesa saya berseorang.
Ia umpama sahabat saling menyokong, sampai di satu tahap, tetap manusia itu mengharap kasih sayang Allah. Makhluk hanya memberi sokongan moral.
Sambil berehat, muhasabah diri, bagaimana Sayidatina Khadijah ra berkhidmat untuk suami tersayang.
Allahuakhbar!
Pertanyaan datang menjengah, apakah sudah cukup saya berkhidmat untuk suami atau sebenarnya ia tidak pernah dimulakan kerana dibuat tanpa keikhlasan. ๐ฅ
Atau apakah kita mahu berkata bahawa Rasulullah saw itu Insan pilihan Allah. Sempurna akhlaknya. Begitu Baginda layak di layan.
Sedang suami, insan biasa penuh kekurangan. Jika begitu, fikirkan semula, apakah kita insan yang sempurna. Adakah kasih sayang segigih Cinta Sayidatina Khadijah.
Saya merasai kasih sayang Allah. PertolonganNya sentiasa dekat. ๐ญ๐ญ
Begitu saya bermonolog di dalam hati di celah kegelapan dan kesunyian pendakian.
Allahuakhbar!
Saat menuruni Jabal Nur, benteng - benteng curam perlu berhati - hati. Berkali ganda halangannya berbanding naik kerana perlu imbangan badan dan kestabilan emosi. Sungguh - sungguh dengan mengharap pertolongan Allah SWT.
Naik dan turun keduanya tidak boleh tergopoh gapah. Perlu difikirkan kiri atau kanankah laluannya.Sambil menyusun langkah seterusnya, zikir menjadi peneman. Fizikal dan fikiran perlu bersatu hati.
Ia umpama meneruskan perjuang dalam setiap langkah kehidupan. Andai jalan yang dipilih salah, nantikan akibat pada tubuh badan. Andai ujian ditangani dengan cara salah, ia mengundang kesukaran lebih menyayat hati.
Berjaya sampai di bawah, umpama bahagia yang dicapai dengan meletakkan Ego diri pada tingkat paling bawah.
Ketika itulah Bahagia paling hakiki dirasai kerana bersulam dengan hakikat insan sering melakukan kesilapan.
"Bacalah dengan nama TuhanMu"
Begitu kehidupan perlu berteman ilmu. Ilmu kalamullah perlu serasi.
Allahuakhbar!
Perjalanan penuh keinsafan, tiada hanya dengan izin Allah SWT. Semoga kita bersama - sama mendapat pelajaran.
Tidak perlu merasai pendakian Jabal Nur. Ia satu pilihan bukan pemutus kisah. Jabal Nur Sirah yang perlu dihayati. Ia semangat yang dibaca dalam tulisan - tulisan Xpdc tetapi hakikat yang berada di depan mata, perlu disantuni kisahnya. Hayati ketika mereka masih ada.
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.
TQ Allah. Satu lagi nikmat tak mampu dileraikan ibrahnya.
Allahumma solli ala Muhammad. ๐๐

LAGI SYURGA NERAKA
Bismillah.
Membicarakan Surah An-Naba, ayat 23:
َّูุงุจِุซَِูู َِูููุง ุฃَุญَْูุงุจًุง
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.
Surah Al-Kahf, ayat 60:
َูุฅِุฐْ َูุงَู ู ُูุณَٰู َِููุชَุงُู َูุง ุฃَุจْุฑَุญُ ุญَุชَّٰู ุฃَุจُْูุบَ ู َุฌْู َุนَ ุงْูุจَุญْุฑَِْูู ุฃَْู ุฃَู ْุถَِู ุญُُูุจًุง
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".
Nota : Neraka Jahanam tempat kembali yang paling buruk.
PALING buruk! ( paling maksudnya buruk sangat sangat ! )
Hukuba dalam surah Al Kahfi dalam Tafsir Ibnu Kasir maksudnya 80 puluh tahun.
Allahuahbar bukan 80 tahun sahaja tetapi 80 berkali kali.
Lalu Ahkaba dalam surah Naba bermaksud lama yang mencapai 80 tahun.
Allahuakhbar, saya pesan kepada diri bahawa hukuman ini sangat azab. Bayangkan 1% api di dunia yang begitu panas sekali. Mampu membakar seluruh isi alam.
Saya pesan pada diri janganlah sekali kali berkata " takpelah masuk Neraka akhirnya akan masuk Syurga"
"Takpelah buat dosa Allahu SWT Maha Pengampun".
Nauzubillahimin dzalik
Subhanallah hari ini di beri kesempatan masih bernafas. Lalu tekad mahu terus menjadi ahli Syurga yang di penuhi dengan keindahan.
Bukan Nikmat prasarana sahaja, tetapi nikmat hati bersih, nikmat berakhlak mulia.
Subhanallah. Pesan ustaz , Mengajar dan Mendidik itu berbeza.
Mengajar adalah menurunkan ilmu tetapi mendidik itu membawa maksud lebih dalam kerana membawa mesej tersebut di dalam diri dahulu.
Satu tugas berat namun kita mohon dipermudahkan serta di beri segala ruang memperbaiki diri demi mahu meraih nikmat Syurga . Jauh dari Neraka , seburuk buruk tempat kembali.
Allahu Taala. Aklam
#notaQuranNazliana

Alquran, Syurga dan Neraka
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Semalam di beri kesempatan hadir Taman Syurga bersama Prof Kamil dan Puan Raudzah.
Subhanallah. Siapa yang tidak sedih mendengarkan masa kita di alam kubur nanti dan dengan siapa kita masuk syurga?๐ญ๐ญ๐ญ
Prof membuka perspektif 'masa yang subjektif' untuk kita memikirkan konsep bila kita akan mati. Dan apakah persediaan penting ke arah itu.
Antara point penting adalah:
๐Masuk syurga tanpa hisab
๐Dalam kubur sekejap
๐Masuk syurga bersama orang-orang di sayangi
๐ lupa๐ญ(siapa boleh ingat satu lagi point)
Perlu lakukan ;
~Solat berjemaah
~Solat malam
~Membaca Al Quran (baca terjemahan, baca Quran, baca terjemahan.Buat 1 muka surat, setengah muka surat pun takpe.)
~Solat dhuha
~Puasa sunat
~Menjaga hati
Lebih indah bertemu dengan wanita syurga Puan Raudzah.
Niat menunaikan haji usia muda dirai dengan doa -doa dan tangisan malam hari untuk melembutkan hati suami yang belum bersedia ketika itu.
Bukan setahun tetapi bertahun -tahun.
Subhanallah alhamdulillah allahuakhbar.
Ternyata Allah swt memperkenan.๐ญ
Pesanan buat diri : Berapa kerap dan gigih berdoa untuk suami?๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Mula bisnes SPA
Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...
-
Nota dari hati, Allahuakhbar ๐ญ Masjid Nabawi yang ku tinggalkan 3 tahun lalu, 2014. Saat melihat susuk bangunan dari dalam bas, air...
-
Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengam...
-
Airmata saya bergenang dan menitik. Tak tertahan hati seorang ibu. Puan Ida Kamalia dan suami diberi keindahan oleh Allah dan kekuatan untu...