Tuesday, 2 October 2018

UJIAN SANGATKAH KITA

Ujian sangatkah kita, pesan dari Allah.
"Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah.
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah,
dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir;
dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh.
Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Taubah;120)
Dalam ayat ini Allah tekankan wajibnya berjihad di jalan Allah dan pahalanya.
Subhanallah, pesan sungguh² buat hati, tiada yang sia sia buat diri kita dalam perjuangan di atas dunia. ðŸ˜¢Pahala itu kurniaan Allah yang sangat bernilai. kita merasa lelah dan penat adalah kerana kita cuba urus diri sendiri tanpa mengharap Allah.
Kita nak semua sempurna di mata kita tanpa kita buat - buat  tidak sedar, ada Allah yang Maha Mengurus. ðŸ˜¢
Ujian bagi orang² Arab dalam peperangan sangatlah berat. Bandingkan dengan ujian kita yang apalah sangat. Allahuakhbar, pesan buat hati dalam harung semua keletihan dunia kembalilah pada jalan penyelesaian yang ada dalam Al Quran.
Kerana itu Al Quran sering sentiasa dibuka, dibaca, difahami dan di amal.
Tips solusi masalah dengan Al Quran.
Ada satu kisah, masalah yang diadukan kepada Ibnu Abas,
Orang pertama mengadukan kampungnya yang kekeringan hingga banyak tanaman dan haiwan yang mati dan penduduk yang terancam kelaparan. Lalu Ibnu Abbas menjawab: Istighfarlah!
Orang kedua datang dari dusun yang jauh minta dikurniakan keturunan. Jawab Ibnu Abbas: Istighfarlah!
Orang ketiga datang dengan masalah kekurangan harta iaitu kemiskinan. Jawab Ibnu Abbas: Istighfarlah!
Lalu apa kata Ibnu Abas lagi. Kembali merujuk kepada Al Quran,
“Maka aku berkata:
Mohonlah ampun kepada Rabbmu sesungguhnya Dia maha pengampun. Niscaya pasti Dia turunkan hujan yang lebat kepadamu. Dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan menjadikan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu.”
(Nuh:10-12)
Allahuakhbar, Begitulah janji Allah istighfar akan menjawab tiga masalah berbeza. Jika kita percaya (wajib percaya) ayat ini, dan mengamalkannya, pasti hidup kita akan menjadi mudah dan lapang.
Allahu taala aklam.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...