Tuesday, 2 October 2018

TAQWA

Dalam Alquran , Allah kata Bertaqwalah seperi ayat di bawah
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” 
(Al Imran: 133)

kemudian Allah melanjutkan:

(iatu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan
(Al Imran: 134)

Apa itu Taqwa. Itulah yang di terangkan dalam ayat ke 134, surah Al Imran.

Adalah dengan menafkahkan hartanya, menahan amarah dan memaafkan kesalahan insan. Untuk terus bertindak dengan situasi ini maka hendaklah terus melakukan ibadah berikut yang merupakan alat untuk sentiasa berada dalam mood Taqwa.
Unt❤️

1-membaca, menggali, memahami Al Quran.
2-Terus bersolat dan memperbaiki solat

Kata Allah dalam surah Fatir bahawa ;

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka,
mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; "
(Fatir:29)

Perniagaan yang tidak merugikan kerana mendapat keredhaan Allah, mendapat pahala dan melindungi dan menjauhkan diri dari Neraka. Nauzubillahimindzalik. 

Subhanallah Taqwa adalah motivasi dalam mendapat cinta Allah SWT. Ia tidak mudah dan perlu mujahadah sungguh - sungguh . Ia sangat perlu dicapai walau bagaimana sukarnya mendaki taqwa ini. Antara kekuatan berada dalam Taqwa adalah dengan sentiasa berada dalam ruang lingkup kebaikan. Ia ada dalam suasana sahabat - sahabat yang sentiasa mendorong kebaikan buat kita.

Balasannya Syurga yang tidak ternilai harganya. Jom kita meraih nikmat Syurga. InshaAllah .

Allahul mustaan.

No comments:

Post a Comment

Mula bisnes SPA

Mengurus Kewangan Bisnes Kecil tajuk yang saya suka. Asas ini perlu ada pada perniagaan lain pun. Penulisan sangat terperinci bagi saya. Ia...